BAB 56

9.3K 397 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Dua hari lagi tempoh aku bercuti. Lusa aku akan pulang semula ke rumah sewa. Terasa begitu pantas masa berjalan. Semalam aku menerima panggilan dari seorang pegawai polis, memaklumkan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes aku yang lalu. Melalui cctv di parking mall, pihak polis berjaya mengesan wajah si pelaku.

Malangnya lelaki itu tidak mengaku dia diupah oleh sesiapa. Dengan kata lain, dia tidak mengaku Nelly dalang di sebalik semuanya. Aku agak terkilan kerana Nelly masih bebas tetapi tetap bersyukur kerana si pelaku sudah diberkas polis.

Faiz juga sudah mengetahui tentang perkara ini. Jelas lelaki itu tidak berpuas hati apabila si pelaku tersebut seolah-olah ingin melindungi kejahatan Nelly. Kata Faiz, tindakan pelaku itu hanya akan membuatkan Nelly bebas melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.

Meski aku sendiri tidak yakin tetapi aku tetap cuba menenangkan Faiz dengan mengatakan kemungkinan Nelly tidak lagi berani mendekatiku buat sementara waktu ini. Faiz hanya mengeluh.

Sebelah petang, aku duduk bersantai di gazebo luar sambil mengupas kulit mangga. Hasil daripada pokok yang ditanam oleh ibu. Tersedia di atas meja, sambal kicap yang aku siapkan awal tadi. Ibu dan abah tiada di rumah. Keluar ke pasar malam di pekan. Nak mencari lauk pauk kata ibu. Abang Fiq masih belum pulang. Biasanya hampir lewat petang baru abang sulungku itu tiba di rumah setiap hari.

"Hana..," panggilan seseorang membuatkan jantungku berdebar.

Aku kenal empunya suara itu.

"Hazril......"

"Boleh saya duduk?" Soal Hazril. Aku hanya terpaku. Tanpa menunggu jawapan balas dari aku, lelaki itu duduk di hadapan. Betul-betul menghadap aku. Kerja mengupas terhenti dan aku menunduk.

"Hana..Hana sihat?"

"Sihat." Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari bibirku.

"Hana, saya tahu Hana marahkan saya. Saya tahu saya dah lukakan perasaan Hana. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya pernah buat dulu. Hana, saya sayangkan awak. Sampai sekarang saya masih tunggu awak.." ujar Hazril.

Aku menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan.

"Look, Hazril. Kisah kita dah lama berakhir. Saya bukan lagi Hana yang awak pernah kenal dulu. Please, move on. Sebab saya juga dah move on. Saya bahagia dengan life saya sekarang.."

"Hana bahagia dengan lelaki tu?"

"Yes. I'm happy with him. Dia lelaki yang baik. Yang penting dia setia, Hazril," sengaja aku tekankan perkataan setia di situ.

Hazril menunduk. Menyesal? Too late, Hazril!

"Dah takda ruang langsung di hati Hana untuk saya?"

"No, Hazril. No more. I hope you will find someone better than me. And when you found that girl, please..learn to appreciate her. Don't take her for granted. Like what you did to me back then.." ujarku.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now