BAB 34

10.7K 446 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






"Hana, dah siap ke barang nak balik esok?" Soal abah ketika kami sekeluarga sedang menonton drama di televisyen.

"Dah, abah. Cuma tinggal sikit je lagi nak masukkan. Yang lain dah settled. Esok abah hantar Hana?"

"Abang Fiq drive. Abah dengan ibu ikut sekali,"

"Oh okay.."

Abang Is sudah mula bekerja. Kebetulan esok dia officer on duty jadi tak dapat nak hantar aku ke terminal. Tak mengapa. Aku faham tuntutan kerjayanya. Lagipun cuti Abang Is tempoh hari memang dimanfaatkan untuk bersama keluarga. Itu pun aku dah bersyukur sangat.

"Hana, siang tadi budak Hazril tu ada cari Hana kat rumah. Ibu bagitahu Hana takda keluar jumpa kawan," ujar ibu.

"Hazril datang? Dia nak apa lagilah?". Aku mengeluh.

Tak reti penat ke mamat ni? Orang dah cakap semua dah berakhir pun masih lagi tak faham faham. Nak guna bahasa apa lagi entahlah.

"Hana masih berkawan dengan dia ke?" Soal Abang Fiq tiba-tiba.

"Tak ada contact pun, setahun lebih dah. Alih-alih Hana jumpa dia baru-baru ni masa pergi kedai. Lepas tu masa keluar dengan Abang Is haritu.."

"Dia nak apa cari Hana lagi?" Abang Fiq bertanya lagi. Abah dan ibu hanya diam, sekadar menjadi pendengar sahaja.

Aku menjungkit bahu. Juga tidak mengerti. Dah setahun lebih kami putus tiba-tiba muncul semula nak kembali? Takkanlah selama tempoh itu dia tak pernah bertemu wanita lain. Habis tu, gadis yang berkepit dengan dia dulu tu mana? Gadis punca hubungan mereka retak dan akhirnya terputus di tengah jalan.

Lega apabila isu mengenai Hazril habis di situ. Abang Fiq seperti memahami bahawa aku tidak lagi mahu berbicara mengenai lelaki yang pernah satu ketika dulu bertahta di hati aku itu.

...

Jam sudah menunjukkan angka dua belas tengah malam tetapi mata aku masih lagi tidak mahu lelap. Alahai mata, tidurlah. Esok nak harungi perjalanan jauh. Bagasi di tepi almari pakaian, aku pandang kosong. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir berakhir percutian pendek kali ini. Masa untuk pulang ke kehidupan satu lagi. Kehidupan sebagai pelajar.

Memikirkan hari esok, aku teringatkan seseorang. Masih membisu hingga ke hari ini. Teringatkan pesanan lelaki itu untuk memaklumkannya bila sampai di sana nanti. Perubahan dirinya kebelakangan ini membuatkan aku teragak agak untuk menghubungi lelaki itu.

Handphone aku capai, nama Faiz aku cari. Melihatkan status whatsappnya yang online, aku berfikir kewajaran untuk menghantar sebarang mesej ketika ini. Jari menaip sesuatu tetapi kemudiannya aku padam kembali. Taip lagi, aku padam. Sudahnya aku meletakkan kembali handphone di sisi. Cuba untuk tidur meskipun payah.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now