BAB 18

11.9K 521 4
                                    

HAI SEMUA

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

HAI SEMUA. SORRY LAMA TAK UPDATE. SIS SEMPAT SIAPKAN SATU BAB NI JE. BUSY PLUS KEKERINGAN IDEA. SORRY KALAU BUAT YOU GAIS TERTUNGGU2. ENJOY!

...

Minggu baru bermula. Pagi Isnin, seperti biasa aku bersiap ke kelas. Aku berseorangan ke kelas harini. Sara terpaksa bercuti atas urusan keluarga. Aku semakin sihat. Hati pun makin bahagia. Setiap kali tiba waktu untuk makan dan mengambil ubat setiap kali itulah aku terima whatsapp dari Faiz mengingatkan. Aku tahu aku salah sebab aku tak patut rasa macam ni. Sedar diri aku siapa, Faiz siapa. Walaupun mata ini pernah menyaksikan kecurangan Nelly, tapi aku tahu Faiz sangat menyayangi gadis itu.

Tak sampai hati untuk memberitahu Faiz hal itu. Bukti yang ada aku simpan untuk diri sendiri. Faiz baik, dia tak layak untuk dilukai. Tapi entah lah aku betul-betul tak mampu nak bagitahu. Mungkin sebab aku tak sanggup tengok Faiz sedih. Biarlah dia tahu sendiri. Bukan dari aku.

Hari ini aku mengenakan blouse hitam, selendang warna sedondon dan seluar slack berwarna krim. Aku menunggang skuterku dengan berhati2. Pagi-pagi begini jalan biasanya sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing.

Setibanya di poli, aku mencari ruang kosong untuk memakir motor. Aku memastikan motor dikunci dengan baik dan menyimpan kunci di dalam beg galasku. Tersenyum seketika terkenangkan pertemuan pertamaku dengan Faiz. Aku mula menapak perlahan. Jam di tangan menunjukkan jam 7.40 pagi. Masih awal. Ada lagi 20 minit sebelum kelas bermula. Suasana di poli kelihatan sedikit berkabus. Mungkin jerebu.

Pintu kelas dikuak dan aku melangkah masuk. Beberapa orang pelajar lain kelihatan sedang berbual sesama sendiri. Masih ramai yang belum tiba. Aku meletakkan beg dan keluar kembali untuk ke kedai bersebelahan bangunan kelas. Ingin membeli roti buat sarapan. Tadi sebelum ke kelas aku tak sempat nak sarapan.

"Hana," panggilan seseorang membuatkan aku menoleh ke belakang.

"Hai Adib. Buat apa kat sini?" Soalku.

"Ada kelas area sini. Hana nak pergi kedai ke?"

"Haah nak beli roti buat alas perut. Tadi tak sempat nak buat breakfast," terangku panjang lebar.

Adib mengangguk dan kami beriringan ke kedai. Aku mengambil roti dan air kotak milo. Adib masih mencari apa yang diinginkan. Sudahnya dia turut mengambil apa yang aku ambil. Aku ingin mengeluarkan duit dari purse apabila Adib menawarkan diri untuk membayar. Nak belanja katanya. Aku hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Jumpa lagi nanti Hana," ujar Adib ketika kami ingin membawa haluan masing2.

"In shaa Allah," jawabku.

...

Lunch time aku berfikir untuk bungkuskan sahaja makanan memandangkan aku berseorangan hari ini. Aku ke kafe B. Ketika itu kafe sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang ingin mengisi perut. Aku ke meja buffet. Bekas makanan aku ambil dan nasi disenduk. Aku memilih ikan goreng, sedikit kuah dan ulam ulaman. Menu ringkas untuk makan tengahari ini. Aku ke bahagian air pula.

"Kak, bungkuskan teh o ais satu ya," pintaku kepada kakak yang menjual air.

"Tapau makan je ke? Kenapa tak makan sini je?" Soal suara di belakang aku. Tanpa perlu menoleh aku sudah mengecam empunya diri.

"Tapau je. Tak ada geng nak makan," jawabku.

"Aku ada," katanya.

Aku menoleh. Berkerut dahi aku memandang muka tiada riaknya. Seriously? Dia nak suruh cik ponti dia serang aku ke apa?

"Thanks but no thanks. Saya masih muda untuk mati di tangan cik ponti awak tu," ujarku.

Faiz ketawa senang hati.

"Apalah yang kau takut sangat dengan dia tu. Dia manusia jugak," ketawanya masih bersisa.

"Sebab dia cik ponti la saya seram. Kalau dia manusia senang saya ketuk je," kataku selamba.

Walaupun aku sedang bercakap pasal girlfriend lelaki tu tapi sedikit pun aku tak goyang. Faiz maklum aku memang tak suka buah hatinya. Jadi dia biarkan sahaja. Aku sendiri malas nak ambil pusing apa dia rasa. Lantaklah.

Air yang aku pesan siap. Aku meminta diri ke kaunter pembayaran. Faiz mengekori dari belakang. Aku jadi tak selesa bimbang kalau-kalau cik ponti nampak. Tak naklah timbulkan kekecohan di tempat terbuka begini.

"Hana..," panggil Faiz ketika aku ingin melangkah keluar dari kafe. Aku berhenti dan memandangnya.

"Ya Encik Faiz. Anything?"

"Aku ada training petang ni. Kalau kau free datanglah," ujar Faiz.

"Tengoklah kalau saya rajin. Awak tahu kan buah hati awak tu macam mana? Nanti dia ingat saya nak rampas awak dari dia. Saya rimas tau. Saya tak buat tapi dia tuduh-tuduh macam tu. Jangan menyesal lak kalau saya buat betul-betul nanti...," aku menekup mulut dengan ayat terakhir.

Adoi Hana. Apasal kau cakap macam tu kat dia? Membulat mata Faiz memandang aku.

"Kau nak rampas aku betul-betul?" Soalnya membuatkan aku terkedu. Haaaa..kan dah kena? Tulah mulut gatal lagi. Aku tepuk-tepuk mulut celuparku.

"Dah lah Faiz. Saya nak balik rumah ni. Petang nanti saya ada kelas pulak," dalihku.

"Jangan letak harapan pada aku Hana..," kata Faiz secara tiba-tiba.

Bukan kau ke yang buka peluang untuk aku letakkan harapan? Arghh Faiz! Kenapa mesti kau?

"Jangan letak harapan? Saya yang patut cakap jangan pernah bagi harapan pada saya. Stop cari saya. Stop tegur saya. Stop semua yang awak buat. Yang awak mulakan. Jadi awak lah yang patut hentikan semua ni. Saya balik dulu," kata-kata yang tak seiring dengan apa yang aku rasa.

Terasa seperti ada duri di hati kala ini. Kau kena lupakannya Hana. Kau kena buang perasaan yang baru berputik ni. Kau boleh!

Lalu aku pergi meninggalkan Faiz di situ sendirian.

Lalu aku pergi meninggalkan Faiz di situ sendirian

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
BUTAKAH CINTA ©️ Kde žijí příběhy. Začni objevovat