BAB 75

10.7K 391 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Abang Bad, pemilik kedai buku meminta aku untuk menyusun stock buku-buku baru yang diperolehi semalam.

Sama seperti cuti semester yang lepas, aku menghabiskan waktu-waktu aku di sini. Bekerja secara sambilan. Sudah dua minggu aku memulakan tugas. Pagi hingga petang aku sibukkan diri di kedai, malam pula aku menghadap report LI yang perlu disiapkan untuk dihantar pada semester akan datang.

Sedaya upaya aku menyibukkan diri. Cuba lari dari memikirkan dia lagi. Meskipun hati ini meronta ingin bertemu, merindui pada dia yang sudah menjadi milik orang lain. Hai lah hati, sudah-sudahlah fikir pasal dia lagi. Berdosa tau kacau suami orang? Suami orang? Hurmm..satu hakikat yang perit untuk aku telan.

Aku menggelengkan kepala, cuba kembali fokus kepada kerja yang perlu diselesaikan. Pintu kedai dibuka dan aku menoleh lantas tersenyum melihat gerangan yang menjengul.

"Hai, Hana. Busy ke?" Soal Asyraf.

"Hai, awak. Boleh tahanlah. Abang Bad minta saya susun buku-buku yang baru sampai ni. Awak tak kerja ke?" Soalku hairan.

Asyraf yang lengkap berbaju kemeja, berseluar slack dan bertali leher itu aku pandang.

"Handsome sangat ke saya?" Soalnya tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi. "Huh?"

Asyraf ketawa. "Saya tanya, handsome sangat ke saya ni sampai awak pandang tak berkelip?"

Mukaku merona merah. Tersedar kesilapan sendiri merenung anak teruna orang.

"Eh, sorry..," jawabku.

"Saya kerja tapi ni kena keluar ke pekan. Ada hal sikit nak kena uruskan. Alang-alang dah sampai sini, boleh jumpa awak sekejap. Lagipun dah nak lunch hour ni. Jom, teman saya makan?"

"Eh, dah nak tengahari? Saya tak perasan pun. Busy hari ni. Kejap ya, saya settlekan sikit lagi lepas tu saya teman awak lunch..," kataku.

Asyraf mengangguk dan melangkah ke rak-rak buku, membelek sementara aku menyiapkan kerja.

Selepas itu, kami keluar makan tengahari bersama. Kata Asyraf dia teringin nak makan nasi ayam. Di pekan itu, memang ada satu kedai yang famous dengan menu nasi ayamnya yang sedap. Jadi kami hanya ke kedai tersebut.

"So, how's your report? Dah siap?" Soal Asyraf ketika menunggu makanan tiba.

"Dah siap separuh. Penat juga tangan ni menaip setiap malam. Banyak betul.."

"Biasalah tu. Macam saya juga masa praktikal dulu. Lagi banyak nak kena buat.."

Aku sekadar mengangguk.

"Hana, next semester dah sem 5 kan? Then, final sem..lepas tu apa plan Hana? Further study?"

"Cadangnya macam tulah. Nak ambil degree. Lepas dapat degree baru saya nak kerja.."

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now