BAB 67

8.5K 345 10
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam minggu yang hening. Faiz hanya bersendirian di rumah. Baihaqi dan Khairul ada mengajaknya keluar tetapi dia menolak dengan alasan mahu berehat sahaja di rumah. Hana pula pulang ke kampungnya. Rindu keluarga katanya. Faiz yang menghantar gadis itu di terminal selepas habis waktu kerjanya tadi.

"Take care okay. Sampai sana jangan lupa whatsapp. Apa-apa call aku terus..," pesan Faiz sebelum Hana melangkah masuk ke dalam bas.

"Okay awak. Awak pun jaga diri baik-baik. Bye..,"

"Bye sayang.."

Melihat jam di tangan pukul 9 malam. Bunyi notifikasi whatsapp menyentakkan Faiz yang sedang asyik mengelamun. Dibuka whatsapp tersebut. Datin Zaliah?

Datin📩 Faiz! Boleh datang rumah aunty? Tolong aunty Faiz. Nelly mengamuk teruk. Aunty dah tak tahu nak buat apa. Uncle pulak outstation. Please Faiz.

Faiz terdiam seketika. Memikirkan jawapan kepada permintaan itu.

Faiz📩Okay aunty. Saya datang sekarang.

Faiz menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut pergi. Tiba di rumah Datin Zaliah, Faiz memberi salam namun tiada sahutan. Kemudian dia mendengar suara seseorang menjerit kuat. Tanpa berfikir panjang, Faiz terus meluru masuk dan berlari mencari arah suara itu datang.

Alangkah terkejutnya dia melihat Nelly di dalam gulungan selimut, menjerit dan menangis bagaikan orang gila di atas katil di dalam sebuah bilik. 

"Nelly?" Panggilnya. 

Seketika jeritan Nelly terhenti. Gadis itu menjenguk mukanya dari celah gulungan selimut tebal yang membaluti seluruh tubuhnya.

"Faiz...," suara Nelly merintih.

"Apa dah jadi? Mana aunty Zaliah?"

"Faiz, jangan tinggalkan I sayang. I need you. I really need you, baby.." 

"Apa semua ni Nelly?!" Jerkah Faiz.

Dia tiba-tiba panik. Senario terburuk terlintas di fikirannya ketika ini. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, pintu rumah diketuk kuat dari luar. Peluh membasahi dahinya. Perlahan-lahan Faiz membuka pintu. Dunianya bagaikan gelap. Masa depannya musnah!

...

Suasana di rumah agam itu sepi. Hanya suara Nelly yang teresak-esak menangis di dalam pelukan mamanya, Datin Zaliah. Faiz meraup muka. Semua yang berlaku bagai mimpi. Mereka semua baru sahaja pulang dari balai polis selepas keterangan diambil.

"Sekarang uncle perlu tahu, adakah Faiz akan bertanggungjawab dengan semua ni?" Soal papa Nelly. Dato' Hisyam.

"Untuk kesekian kalinya, saya akan cakap yang saya tak bersalah uncle..aunty. Semua ni perangkap!"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now