BAB 78

12.8K 473 39
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku menunggu Sara kembali ke gerai. Kekok pula bila berdua dengan Faiz di sini. Aku dah suruh dia pergi join kawan-kawan dia bergambar or reunion ke apa tapi Faiz jawab malas. Aduh. Lelaki itu sudah pun menanggalkan jubahnya. Selamba sahaja disangkutkan pada bahuku. Kini dia hanya berseluar slack, berbaju kemeja beserta tali leher. Handsome! Eh?

"Hana! Sorry aku lambat. Busy photoshoot dengan Saif. Eh? Faiz...?" Sara muncul tiba-tiba sebelum menyedari kehadiran Faiz di situ.

Sara memandangku dengan kening terjungkit. Aku membalas dengan menjungkit bahu pula.

"Aku pinjam Hana kejap, boleh?" Soal Faiz.

"Boleh. Boleh. You all berdua mesti banyak benda nak catch up, kan? It's okay, aku boleh jagakan gerai.."

"Tapi nanti kalau Puan Siti tengok kau sorang, mesti dia pelik pula aku ke mana. Tak payah lah.."

"Hana..just go okay? I'll take care of the rest. Don't worry.." ujar Sara. Matanya dijegilkan kepadaku.

Lambat-lambat aku bangun dari kerusi. Faiz sudah pun menunggu di luar gerai.

"Goodluck, babe!" Ucap Sara sambil menunjukkan ibu jari.

Thumbs up! Heh!

Aku melangkah beriringan dengan Faiz. Tiada seorang pun yang bersuara. Jubah Faiz aku pegang dengan tangan kiri. Lelaki itu pula di sebelah kanan.

Faiz tiba-tiba berhenti di sebuah gazebo. Agak jauh dari dewan utama. Bila Faiz duduk, aku ikut duduk sekali.

"Hana, sebelum apa-apa aku perlukan kepastian.." ujar Faiz setelah suasana sepi seketika.

Aku menoleh memandangnya dengan kerutan di dahi.

"Kepastian? Tentang apa?"

"Kau dengan Asyraf..."

Aku menggeleng. Faham maksud lelaki itu.

"Saya tak pernah anggap dia lebih daripada seorang kawan, kalau itu yang awak maksudkan," jawabku. 

Faiz menghela nafas.

"Lama, Hana. Lama aku tunggu jawapan dari kau. Tuhan je tahu macam mana aku tahan rasa nak cari kau. Nak text, call..nak jumpa kau.."

"Kenapa langsung tak contact?" Aku menduga.

"Aku dah janji nak bagi kau ruang. Aku takut kalau aku tak tepati janji, aku akan terus kehilangan kau. Sebab tu aku tak pernah contact. Social media je yang ada untuk aku ubat rasa rindu.."

Aku menoleh ke arah Faiz. Lelaki itu tunduk.

"Kalau Ica tak datang jumpa saya, sampai sekarang pun saya tak tahu apa jadi pada hubungan awak dan Nelly.."

"Ica jumpa kau? Bila?" Wajah Faiz nyata terkejut.

"Dua tiga hari lepas. Dia yang ceritakan semuanya. Kenapa awak tak beritahu saya?"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now