BAB 22

11.6K 504 24
                                    

Faiz kembali ke rumah dengan hati yang sebal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faiz kembali ke rumah dengan hati yang sebal. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku ke? Dia dah tahu aku nak jumpa dia malam ni. Boleh pulak dia keluar dengan si Adib tu? Eh berbulu mata ni tengok diorang tau? Yang Adib pun satu hal. Dah tak ada perempuan lain ke yang dia nak tackle? Arghhh!

Telefon yang berbunyi hanya dibiarkan sahaja. Niat hati nak habiskan masa dengan Hana malam ini berakhir dengan tayangan menyakitkn pemandangan. Faiz tiba di rumah Hana tadi, Sara yang menyapanya di muka pintu. Katanya Hana dah keluar dengan Adib.

Terus sahaja Faiz ke gerai di bawah. Melihatkan kemesraan Adib dan Hana dia jadi panas hati. Lagi panas hatinya bila Hana menyedarkannya yang dia tidak punya hak untuk mempertikaikan dengan siapa gadis itu bole keluar. Aku bukan siapa-siapa pada dia. Jauh sekali kekasih hatinya.

Bunyi hon bertalu-talu di luar rumah membingitkan telinga. Faiz bingkas bangun dan melangkah keluar melihat gerangan yang membunyikan hon. Melihatkan kereta Suzuki Swift biru, hati Faiz bertambah menggelegak.

"You! I call you banyak kali you tak jawab! You buat apa?" Soal Nelly sebaik melihat kelibat Faiz. Dia ingin memeluk lengan Faiz tetapi lelaki itu menepis.

"Tidur," Faiz menjawab malas.

"Awalnya you tidur. Jom sayang. Temankan I makan," rengek Nelly.

"You pergi jelah. I malas nak keluar. I mengantuk," Faiz beralasan.

Walaupun sudah mengetahui kecurangan Nelly, Faiz sengaja tidak memberitahu gadis itu tentang hal tersebut. Dia mahu melihat sejauh mana Nelly mahu berbohong.

"Alah you ni. Selalu bagi alasan bila I ajak. Nanti I keluar dengan lelaki lain baru you tahu," ugut gadis itu.

Faiz mencebik dalam diam.

"Suka hati you lah Nel. Dah lah, I nak masuk. You pergi balik lah," kata Faiz seolah-olah menghalau Nelly. Nelly geram lalu menghentakkan kakinya.

"Ni mesti sebab betina tu kan? Takpa-takpa. Tunggu la apa I nak buat nanti!" Bentak Nelly dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memecut pergi sebelum sempat Faiz menghalang.

Hana! Ah sudah! Apa pulak dia nak buat kat Hana?

Faiz cuba menghubungi Nelly tetapi gagal. Dia cuba menghubungi Hana pula. Masuk voicemail. Tak boleh jadi ni! Faiz segera mencapai kunci motosikalnya dan memecut ke rumah Hana.

Saat menghampiri rumah sewa Hana, Faiz memperlahankan motor. Dari jauh kelihatan Hana dan Adib di luar rumah sedang berbual-bual sebelum Adib dilihat berlalu pergi dengan keretanya. Hana pula masuk ke dalam rumah. Faiz menarik nafas lega. Matanya melilau melihat sekitar rumah sewa Hana kalau-kalau ada kelibat kereta Nelly di situ. Puas hati dengan apa yang dilihat, Faiz kembali ke rumah.

...

Keesokan hari, Nelly mencari-cari Hana di kawasan kuliah. Dia tahu Hana di mana. Dia punya ramai informer di kalangan pelajar. Apa susah, bagi je duit. Apa je dia nak tahu mesti dia dapat. 10 minit menunggu, kelibat Hana muncul. Tanpa berlengah lagi, Hana dihampirinya.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now