BAB 32

10.7K 446 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Hari ketiga di kampung. Usai solat isyak, aku termenung seketika di atas sejadah. Terimbau kembali pertemuan yang tidak dijangka petang semalam. Aku mengenali Hazril sejak dari bangku persekolahan. Pertama kali melihatnya, aku terus jatuh suka. Menaruh perasaan kepadanya. Tapi aku sedar aku siapa. Hazril agak hot di sekolah ketika itu. Ramai peminat. Dan yang aku pasti dia tidak pernah menyedari kewujudanku.

Aku hanya mampu memendam perasaan sehinggalah suatu hari Hazril tiba-tiba muncul dan meluahkan perasaannya padaku. Aku terkesima. Tidak pernah menyangka selama ni aku tidak bertepuk sebelah tangan. Kata Hazril, hari pertama kami bertemu dulu dia juga mula menyukai aku tetapi tidak punya keberanian untuk berdepan. Dia juga fikir aku tidak menyedari kewujudannya. Ironic bukan?

Semakin hari kami semakin rapat. Setahun berlalu tidak terasa. Ibu dan abah juga mengetahui keakraban kami. Hazril rajin datang ke rumah untuk study bersama. Abang-abang aku juga mengenali Hazril dengan baik.

Beberapa hari sebelum kami menduduki SPM, aku terserempak dengan Hazril di bandar bersama gadis lain. Mereka tampak mesra berdua. Berjalan berpimpin tangan. Hati aku hancur saat itu.

Aku mengelak dari bertemu Hazril selepas kejadian tersebut. Mesej, call daripada Hazril aku abaikan. Hati aku sakit. Sampai hati dia buat aku macam ni? Sedangkan tidak lama lagi kami bakal menghadapi peperiksaan besar. Tidakkah dia sedar semua ini tamparan hebat untuk aku?

Berkali-kali Hazril cuba menghubungi aku. Dia ada datang ke rumah tapi aku meminta keluarga memberitahunya aku tiada. Apa sahaja alasan asalkan aku tidak perlu bertemunya lagi.

Akhirnya hari untuk peperiksaan sebenar tiba juga. Sepanjang tempoh itu, aku berjaya mengelak daripada bertentang mata dengan lelaki itu. Sehinggalah hari terakhir peperiksaan, Hazril berjaya menghalang aku daripada terus mengelakkan diri.

"Hana, kenapa ni? Saya call, mesej tak reply? Saya pergi rumah, Hana selalu takda. Kenapa Hana mengelak daripada saya?" Soal Hazril.

"Ke tepilah. Saya nak balik," jawabku cuba mengelak daripada memandangnya.

"Hey,, kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Lembut intonasi suara Hazril sedikit pun tidak menggoyahkan aku.

"Jangan ganggu saya lagi. Tolonglah!" pintaku.

"Tapi kenapa? Apa salah saya?"

"Dahlah Hazril. Antara kita dah takda apa-apa. Lupakan semuanya. Saya balik dulu," pamitku.

Aku terpaksa menolak Hazril ke tepi dan berlari pergi. Terdengar suara Hazril memanggil namaku tetapi aku tidak menoleh lagi. Selepas pertemuan itu, Hazril masih tidak berputus asa. Tetap cuba menghubungi aku.

Sehinggalah suatu hari, tiada lagi mesej atau call dari Hazril. Aku lega tetapi dalam masa yang sama aku jadi rindu. Kenangan bersamanya sentiasa berlegar-lengar di ingatan. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita sayang. Tetapi semua ini bukan kehendak aku. Hazril yang berpaling hati.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now