BAB 38

10.5K 421 1
                                    

NOTE, MUST READ: OKAY SEBELUM KORANG BACA BAB NI, SUKA AUTHOR INGATKAN YANG CERITA NI HANYA REKAAN SEMATA2. SO KALAU ADA YANG FIKIR TAK LOGIK TU ABAIKAN EH. NI KHAS DITUJU PADA YANG TAHU PASAL MODUL PENGAJIAN DI POLITEKNIK TERUTAMA STUDENT CIVIL ENGINEERING. AUTHOR REKA CERITA JE TAU TAU. HAHAHA.

OK..ENJOY!

Panahan cahaya matahari yang terik memaksa aku berjalan sedikit menunduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Panahan cahaya matahari yang terik memaksa aku berjalan sedikit menunduk. Fail di tangan aku jadikan perisai bidan terjun. Gasaklah janji boleh tutup muka. Sara sudah pulang ke rumah selepas tamat sahaja kelas Geoteknik tadi. Aku pula dalamperjalanan ke jabatan.

Encik Johan ada meninggalkan pesan agar aku berjumpa dengannya di pejabat sebelum lunch break. Katanya ada hal yang perlu dibincangkan. Aku melajukan sedikit langkah agar segera sampai.

Tiba di pejabat Encik Johan, aku mengetuk pintu sebelum dibenarkan masuk. Sebaik sahaja melangkah masuk, aku lihat ada beberapa orang pelajar lain di situ. Boleh tahan ramai juga. Bercampur kelas dan semester. Tetapi rata-ratanya pelajar semester tiga dan lima.

"Baiklah, saya mulakan dulu dengan group pertama ni. Minggu depan, politeknik kita akan mengadakan rombongan ke Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang. 40 orang peserta termasuklah tenaga pengajar akan menyertai rombongan ini. Kamu semua adalah antara yang terpilih. Ada lagi 2 group lain, saya akan jumpa kemudian. Saya panggil kamu ke sini untuk tanya jika ada sebarang bantahan? Mungkin ada yang tak dapat ikut? Tapi saya nak alasan yang kukuh bagi sesiapa yang tak dapat join ya," panjan lebar penerangan dari En. Johan.

"Nanti, saya edarkan tentatif program pada yang akan pergi di perjumpaan seterusnya. Apa-apa saya maklumkan melalui whatsapp. Boleh bersurai," tambahnya lagi.

Semua mengangguk bersetuju cuma ada seorang dua yang mengangkat tangan. Tidak dapat menyertai rombongan tersebut. Mereka kemudiannya berjumpa secara peribadi dengan Encik Johan di biliknya.

"Best ni, lama tak pergi rombongan." Terdengar beberapa orang pelajar bersembang ketika keluar dari pejabat Encik Johan tadi.

Hurmm..mesti bosan sebab cuma aku je yang akan pergi nanti. Nama Sara tiada dalam senarai. 3 hari 2 malam. Haishhh takda kawan nak sembang. Harap-harap group yang lain tu ada lah orang yang aku kenal. Mana tahu ada classmate aku yang ikut sekali nanti. Sempat aku bermonolog dalam hati.

...

"Alah bestnya kau Hana. Dapat pergi jalan-jalan Penang. Lama aku tak pergi sana. Dapat pekena pasembur, nasi kandar..fuh meleleh air liur aku ni terbayang tau," respon Sara sebaik sahaja aku memberitahunya tadi.

"Best apa, aku takda geng nanti. Kenapalah Encik Johan tu tak pilih kau sekali? Barulah best," balasku. Muncung ditarik seinci.

"It's okaylah, babe. Dah rezeki kau terpilih. Eh, bukan senang-senang dapat masuk empangan tu tau. Kau kira beruntunglah. Selama ni belajar teori je, nanti pergi sana boleh explore macam-macam. Haaa..kan seronok?"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now