BAB 50

11.5K 424 17
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku berdiri di hadapan rumah Faiz. Masih teragak-agak mahu memberi salam. Ini kali pertama aku datang ke sini.

"Assalamualaikum!" Akhirnya aku memberanikan diri. Kali kedua memberi salam, keluar seorang lelaki. Kawan serumah Faiz, mungkin.

"Waalaikumussalam..," jawab lelaki berkenaan.

"Faiz ada?" Soalku. Lelaki itu mengerutkan kening.

"Hana, kan?". Aku mengangguk lalu tersenyum.

"Ya, saya."

Lelaki bernama Baihaqi itu kemudian keluar membuka pintu pagar. "Faiz tidur. Sakit kepala katanya. Hana datang ni, dia suruh ke?" Soal Baihaqi ramah.

"Eh, tak. Saya sendiri yang cakap nak datang. Saya call dia pagi tadi dia kata sakit kepala. Sebab tu saya datang sini," ujarku. Baihaqi mengangguk.

Dia menjemput aku untuk duduk di kerusi yang terletak di luar rumah. "Hana duduk dulu. Nanti saya kejutkan Faiz."

"Terima kasih," ucapku. Baihaqi menghilang ke dalam rumah. Mataku melilau memandang keadaan sekeliling rumah. Kemas dan bersih. Kagum kerana sukar untuk melihat rumah bujang kemas begini.

Tidak lama kemudian, Faiz muncul dengan wajah yang lesu.

"Awak..awak okay tak ni?" Soalku. Risau melihat keadaannya. Faiz mengambil tempat di sebelahku. Kepala direbahkannya di atas meja batu bulat itu. "Hurmm..tak hilang lagi sakit kepala," adunya.

"Jom, saya bawa awak pergi klinik. Kita jumpa doktor?"

"Tak payahlah. Kejap-kejap lagi okaylah ni..," katanya.

"Awak dah makan ke belum?". Faiz menggeleng.

"Awak nak makan apa? Saya pergi belikan," ujarku. Faiz mengangkat mukanya. "Temankan aku sekejap, boleh?"pintanya. Lantas aku mengangguk.

Kami berdua duduk di bangku tersebut untuk beberapa ketika. Faiz banyak mendiamkan diri. Beberapa percubaan memujuknya untuk ke klinik gagal.

"Jomlah, awak. At least awak boleh amek mc, rehat je harini tak payah pergi kelas," pujukku lagi. Mencuba untuk kali terakhir.

Faiz akhirnya mengangguk lemah. Lelaki itu bangun, masuk ke dalam rumah kemudian keluar kembali dengan pakaian lain serta membawa kunci kereta. Kunci bertukar tangan. Aku mengiringinya hingga ke kereta. Selepas Faiz masuk, aku pula mengambil tempat di bahagian pemandu.

Pertama kali juga aku memandu kereta lelaki ini. Kekok pada awalnya. Tetapi aku buang jauh rasa itu memandangkan keadaan Faiz ketika ini. Sepanjang perjalanan ke klinik, Faiz hanya bersandar. Sesekali jarinya memicit kepala.

Tiba di klinik, Faiz menghulurkan walletnya kepada aku untuk urusan pendaftaran. Sementara menunggu doktor memeriksa, kami duduk di atas kerusi yang disediakan. Kepala Faiz hampir terlentok di bahuku.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now