BAB 11

12.4K 564 7
                                    

"Faiz, aku dengan Khai nak pergi jamming malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Faiz, aku dengan Khai nak pergi jamming malam ni. Kau nak ikut tak?" Soal Baihaqi.

"Jamming? Tak kot. Aku nak rehat je malam ni. Korang pergilah," Faiz menolak. Dia terasa malas mahu keluar.

Baihaqi tidak banyak soal lagi. Faiz moodnya tak menentu. Kalau dia kata tak nak tu cukuplah jangan ditanya lagi. Nanti lain jadinya. Selepas kedua-dua rakannya keluar, Faiz berbaring di sofa menonton televisyen.

Seketika kemudian, perutnya tiba-tiba berkeriuk. Lelaki itu bingkas bangun, menyarung tshirt dan mencapai handphone serta wallet miliknya. Dia keluar dari rumah, menyarung helmet dan terus memecut pergi.

Setibanya di gerai yang biasa dikunjungi, dia mematikan enjin motosikalnya. Menanggalkan helmet dan meletakkannya di atas seat motor. Langkah perlahan diatur menuju ke meja. Seketika matanya melingas ke sekeliling. Seorang gadis yang bersendirian tidak jauh dari tempatnya berdiri menarik perhatian. Tidak jadi mahu ke gerai kebiasaannya, Faiz melencong ke arah gadis itu. Pelik, selalunya dia dengan kawan baiknya kemana sahaja.

Tanpa berkata apa-apa Faiz menarik kerusi dan duduk di sebelah Hana. Jelas muka terkejut gadis itu sebaik menyedari kehadiran Faiz.

"Sorry? Siapa bagi awak izin untuk duduk sini?" Soal Hana.

"Public area. Aku bole duduk mana-mana je aku suka," jawab Faiz selamba.

"Awak kalau sekali tak menyakitkan hati saya tak boleh ke?" Bidas Hana geram.

"Kawan kau mana? Selalu macam belangkas," soal Faiz tanpa menghiraukan kata-kata Hana.

"Awak sibuk kenapa?"

"Tak adalah. Aku tak pernah tengok kau makan sorang-sorang. Tu aku tanya. Kotlah kau tunggu boyfriend ke, kan?"

"Kalau ya saya tunggu boyfriend pun, kenapa?" Soal Hana.

"Siapa pakwe kau? Adib?"

Hana menoleh. Terkejut agaknya bagaimana Faiz mengenali Adib. Faiz tersenyum melihat reaksi spontan Hana.

"Awak kenal Adib?" Soal Hana kembali.

"Roomate aku masa sem satu. Aku nampak kau dengan dia dekat kafe baru-baru ni," jelas Faiz panjang lebar. Dia tak tahu kenapa dia tiba-tiba boleh berbual dengan Hana malam ini.

"Oh," Hana mengangguk. Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan.

"Kau memang tunggu dia ke?" Tiba-tiba Faiz menyoal.

"Tak adalah," ringkas jawapan Hana. Diam-diam Faiz mengukir senyuman.

"So, bolehlah kau teman aku makan, kan?" Faiz bertanya. Lebih kepada sebuah permintaan.

Hana diam sejenak.

"Saya tak nak girlfriend awak serang saya pula. Seram okay tengok muka dia," selamba Hana mengutuk. Meletus ketawa Faiz.

"Tiba-tiba aku pula yang rasa seram. Terfikir kalau-kalau aku bercinta dengan pontianak. Yelah sampai kau kata seram tengok muka dia," ujar Faiz dengan sisa-sisa ketawanya.

Hana mencebik.

"Aku ajak kau teman makan je. Bukan ajak kau bercinta pun kalau dia nak marah-marah. Kan?"

"Okay. Tapi kalau tiba-tiba cik ponti awak tu datang serang saya, siap awak!" Hana memberi amaran.

Faiz kembali ketawa. 'Adoilah, Hana! Cik ponti terus kau bagi?'

Hatinya terhibur malam ni. Dia tak sangka Hana pandai melawak. Paling dia tak sangka Hana sudi menemaninya malam ni. Masa dia ajak tadi, dia risau juga kalau Hana menolak. Terus sahaja dia memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

Sedang menikmati nasi goreng yang dipesan tadi, tiba-tiba muncul seorang lelaki menegur Hana. Adib!

"Hai, Hana!" Sapa Adib mesra. Hana mengangkat muka memandang lelaki itu.

"Eh, Adib. Awak dari mana? Sorang?" Bertalu soalan yang dilemparkan oleh Hana. Adib tersenyum manis.

"Taklah. Saya dengan kawan-kawan saya kat sana tu," Adib menunding jari ke arah meja yang tidak jauh dari situ.

Faiz berdehem. Adib menoleh. Baru dia menyedari lelaki yang di sebelah Hana.

"Hei, Faiz! Lah, aku ingatkan siapalah tadi. Sorry tak perasaan. What's up bro? Lama tak jumpa," Adib menyapa Faiz. Mereka berjabat tangan.

"Aku ingat kau tak nampak dah aku kat sini," perli Faiz.

Adib ketawa. Dia tahu Faiz hanya berjenaka.

"Kau dengan Hana ...?" Kata-kata Adib terhenti. Dia memandang Hana dan Faiz.

"Faiz satu bengkel dengan saya. Kira classmatelah," terang Hana. Faiz hanya mengiyakan.

"Oh, classmate. Ingatkan boyfriend awak tadi. Terkejut jugak saya. Yelah, sebab Faiz kan batch saya. Your senior," Adib berkata sambil menarik nafas lega.

Hana hanya menggelengkan kepala. Mereka berbual-bual seketika sebelum Adib meminta diri. Dia beredar ke mejanya semula. Faiz dan Hana kembali diam. Sepi antara mereka.

"Kau serius ke dengan budak Adib tu?" Soal Faiz tiba-tiba.

"Maksud awak?"

"Kau suka dia?"

"Bukan urusan awak," tempelak Hana.

Faiz terdiam.

"Awak dah siap makan ke? Kalau dah siap, saya nak balik rumah," ujar Hana.

"Kau tinggal kat rumah flat tu ke?" Soal Faiz. Hana mengangguk.

"Jomlah aku hantar kau balik. Dah lewat malam ni. Bahaya jalan sorang."

"Eh, tak payahlah. Rumah saya dekat je. Lagipun saya dah biasa jalan sorang," Hana menolak.

"Jangan degil boleh tak?"

Hana hanya diam. Dia menunggu Faiz siap membayarkan harga makanan setelah Faiz berkeras tidak mahu mengambil duit darinya. Selepas itu, mereka berjalan bergandingan.

"Aku jalan dengan kau ni ada orang marah tak?" Faiz sengaja bertanya.

"Marah? Maksud awak? Abang-abang atau abah saya marah? Saya tak buat salah apa-apa." Balas Hana.

"Kau ada abang? Jadi maknanya yang dekat mall haritu abang kau ke?"'Faiz menduga.

"Awak nampak saya dengan abang saya?"

"Aku ternampak je. Aku ingatkan boyfriend kau sebab rapat semacam," Faiz berkata. Dalam diam dia tersenyum. Abang rupanya. Entah kenapa hatinya lega.

Setibanya di depan rumah Hana, mereka berhenti. Hana berpusing menghadap Faiz.

"Err ... terima kasih belanja makan dan temankan saya sampai depan rumah. Saya masuk dulu ya," pamit Hana.

"Kasih diterima. Okay, selamat malam Hana," Faiz berkata seraya tersenyum. Setelah Hana masuk ke dalam rumah, Faiz melangkah pergi dengan hati yang senang.

 Setelah Hana masuk ke dalam rumah, Faiz melangkah pergi dengan hati yang senang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now