BAB 76

11.4K 441 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Puas menelek penampilanku di cermin, aku mencapai handbag dan memulas tombol pintu. Hari ini aku ayu berbaju kurung moden berwarna gold untuk ke rumah Asyraf, memenuhi undangan lelaki itu ke majlis perkahwinan kakaknya.

Ya, aku di Johor. Semalam aku tiba di sini. Menginap di sebuah hotel di tengah bandaraya JB. Aku memandu sendirian ke sini setelah mendapat keizinan daripada ibu dan abah.

Awalnya Asyraf menawarkan diri untuk ke Johor bersamaku tetapi aku menolak. Yelah, dia kan tuan rumah. Takkanlah dia nak balik lambat dengan aku? Mestilah dia kena balik beberapa hari sebelum kenduri. 

Sara tidak tahu aku di sini. Sengaja aku ingin membuat kejutan untuknya. Cadangnya selepas kenduri aku mahu ke rumah gadis itu. Pasti gamat nanti bila dia melihat aku terpacak di depan rumahnya.

Tiba di rumah Asyraf, mataku melilau mencari kelibat lelaki itu. 

Dari jauh, aku melihat Asyraf sedang sibuk melayani tetamu yang hadir. Perlahan aku menghampirinya. Lelaki itu menoleh dan tersenyum sebaik sahaja menyedari kehadiranku.

"Hey, there you are. Thanks for coming. You look beautiful..," puji Asyraf membuatkan aku menunduk malu.

"Thank you juga sebab sudi jemput saya.."

"Sama-sama. Come, saya kenalkan awak dengan parent saya".

"Err...parent awak? Seganlah saya.."

"Don't worry. Diorang tak makan orang..," Asyraf berjenaka serentak tertawa kecil. Aku mengangguk lalu mengikut Asyraf masuk ke dalam rumah.

"Mak, ayah..kenalkan ni kawan Raf, Nurul Hana. Hana, ni mak dan ayah saya..," Asyraf memperkenalkan kami.

Aku menunduk bersalaman dengan mak Asyraf. "Makcik..pakcik..sihat?" Sapaku cuba membuang rasa kekok.

"Alhamdulillah kami sihat. Cantik orangnya, Raf..," pujian mak Asyraf menambah rasa segan di hati. Ayah Asyraf juga mengangguk, sependapat dengan isterinya.

"Hana datang dari jauh ni tinggal dekat mana?" Soal ayah Asyraf. Eh, senang bagi namalah. Pakcik Shukor. Mak Asyraf pula Makcik Rahmah.

"Err saya menginap di hotel semalam, pakcik. Tapi lepas kenduri ni nak terus ke rumah kawan. Dia tinggal di JB juga.."

"Oh. Eh, sembang-sembang ni Hana dah makan ke? Raf, pergi bawa Hana makan.." ujar Pakcik Shukor.

"Jom, Hana.." ajak Asyraf. Aku meminta diri dan mengekori Asyraf ke khemah tetamu.

Asyraf menemani aku sepanjang aku berada di situ. Dari mengambil makanan hinggalah ke meja makan. Terasa segan pula apabila banyak mata-mata memandang kami berdua.

"Hai, Raf..tak nak kenalkan girlfriend Raf kat Mak Ngah ke?" Tiba-tiba seorang wanita yang agak berusia menegur. Asyraf tersengih lalu menggosok perlahan tengkuknya. Gulp! Girlfriend?

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now