BAB 42

11K 452 25
                                    

Disebabkan sudah terpisah daripada Wani dan Tasya, aku merayau seorang diri di dalam mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Disebabkan sudah terpisah daripada Wani dan Tasya, aku merayau seorang diri di dalam mall. Macamlah tak biasa lepak seorang. Cuba memujuk hati. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Membelek baju, mencuba kasut, cuci mata tengok jam dan macam-macam benda aku buat sendiri. Kadang-kadang seronok juga macam ni. Sebab takda nak fikir sesiapa.

Melewati kedai telefon, aku tiba-tiba teringat sesuatu. Handphone aku! Aduh, Faiz ni! Melilau pula aku mencari lelaki itu tetapi tidak bertemu. Sudahlah tidak biasa dengan tempat orang. Hai apalah nasib badan.

Penat mencari, akhirnya aku duduk sebentar di kerusi yang disediakan. Merehatkan kaki yang sakit. Dia ni pergi mana? Takkan tengok wayang pulak? Aku menggumam sendiri.

Tiba-tiba perutku berbunyi. Kali terakhir aku makan adalah tengahari tadi. Patutlah terasa lapar. Aku bangun mencari food court. Ramainya orang! Sudahnya aku ke kedai roti. Membeli sebuku roti. Sekadar mengalas perut.

Melihat jam di tangan, ada lagi setengah jam sebelum pukul 10 malam. Eh, tadi diorang ada bagitahu tunggu kat mana-mana ke eh? Alamak, dah lah handphone aku pada mamat tu. Oh, public phone! Tapi ada ke?

Puas pula aku berpusing pusing mencari telefon awam. Zaman dah makin canggih, orang dah tak guna lagi public phone jadinya kuranglah perkhidmatannya di mana-mana. Sedang mencari, aku terlihat seseorang. Terasa mahu melompat kegembiraan saat aku bertembung dengan Sam.

"Sam!" Aku memanggil namanya. Sam menoleh.

"Lah... awak buat apa kat sini sorang-sorang Hana?"

"Eh cakap kita, dia pun sama," ejekku. Kami ketawa serentak.

"Sam, boleh tak tolong call Faiz? Handphone saya ada pada dia," pintaku. Sam memandangku hairan.

"Macam mana telefon awak ada pada dia?" Sam menggosok lembut dagunya.

"Faiz dengan awak ada apa-apa ye? Eh kejap, tapi bukan ke dia couple dengan Nelly?"

"Ish, jangan nak merepeklah! Awak sendiri cakap tadi dia dah ada girlfriend. Dah, jangan banyak tanya. Call dia cepat," aku menggesa Sam.

Sam mengeluarkan handphone dari begnya. Nombor Faiz dicari dan dia melekapkan telefon di telinga.

"Hello, Faiz! Kau kat mana? Haa? Okay-okay aku datang sana." Sam memutuskan panggilan.

"Diorang lepak kat luar, layan busking. Jom!"

Aku mengangguk. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke luar mall. Di suatu sudut, kelihatan orang ramai berkerumun. Dari jauh lagi sudah terdengar bunyi alunan muzik yang agak kuat.

Kepala Sam terjengah jengah mencari kawan-kawan sekelasnya. Aku juga tidak terkecuali. Seketika kemudian Sam memaklumkan dia sudah menjumpai mereka. Aku hanya mengikut Sam meredah penonton yang berada di situ.

"Hah! Kat sini rupanya kau Faiz. Ni girlfriend kau cari," selamba sahaja Sam menuturkan kata. Aku memandang Sam lalu menjenggilkan biji mata.

Faiz merapat hingga ke sisi aku. Orang ramai dan muzik yang kuat agak membataskan pendengaran. Faiz kemudian memandangku.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now