BAB 39

10.4K 446 11
                                    

"Okay semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay semua. Saya dah edarkan tentatif program untuk lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Semua boleh tengok nanti ya. Saya minta kerjasama semua yang terlibat, untuk berkumpul di hadapan jabatan sejam sebelum waktu berlepas. Jangan lewat. Saya tak nak tunggu lama, nanti mengganggu perjalanan jadual yang dah disusun. Faham semua?" Encik Johan berdiri di atas mini stage, menghadap semua peserta peserta yang akan menyertai lawatan ini.

Serentak semua menjawab, "Faham, encik!"

"Any questions?" Soal Puan Marisa pula. Selaku pensyarah yang akan mengiringi pelajar-pelajar bersama Encik Johan nanti.

"Puan, kita tidur di mana nanti?" Soal salah seorang pelajar perempuan.

"Kita akan bermalam di hostel, sekitar Bayan Lepas."

Semua mengangguk mendengar jawapan dari Puan Marisa. Beberapa minit selepas itu, Encik Johan membenarkan semua peserta bersurai. Masing-masing riuh bercerita sesama sendiri. Bercerita mengenai perjalanan yang bakal ditempuhi nanti. Aku menggalas beg di bahu, melangkah menuju ke parking motor.

Sampai di tempat memakir motor, aku menunduk menggapai rantai kunci lalu membukanya. Sebaik sahaja aku bangun semula, aku terkejut apabila mendapati Faiz berdiri hampir denganku.

"Boleh tepi sikit?" Soalnya agak dingin. Aku terpinga-pinga. Dia nak ke mana? Melihat muka aku yang kebingungan, Faiz menunjuk ke arah motor di sebelah motor aku.

Oh! Macam mana aku boleh tak perasan motor dia parking kat sebelah ni? Perlahan lahan aku berganjak ke tepi.

Faiz membongkokkan badan membuka lock motornya. Tanpa sepatah kata, lelaki itu duduk di atas motor dan memakai helmet. Enjin dihidupkan sebelum dia memecut pergi. Aku masih lagi kaku di situ. Melihat figura Faiz yang semakin menghilang.

Tiba-tiba terasa sesak di dada. Tanpa sedar, mata mula kabur dek air mata yang bertakung. Menanti masa untuk pecah. Sudah beberapa hari aku tidak bertemu Faiz di mana-mana selepas terserempak di hadapan bilik Encik Johan tempoh hari. Aku fikir aku mampu untuk melupakan semuanya tapi aku salah. Berhadapan dengan Faiz yang dingin ini, membuatkan aku lebih sakit. Tiada lagi usikan-usikan nakal dari lelaki itu. Tiada lagi gurauan darinya. Malah tiada lagi senyuman buat aku.

Ini pilihan kau, Hana. Untuk apa kau bersedih? Untuk apa kau menangis? Kau yang buat keputusan. Faiz hanya memenuhi permintaan kau untuk tidak lagi mengganggu. Kau lupa?

Sungguh, terasa lemah kaki berdiri saat ini. Airmata yang gugur segera aku kesat menggunakan tangan. Akhirnya aku berlalu dengan hati yang pedih.

...

Pejam celik pejam celik, akhirnya hari untuk mengikuti rombongan ke Pulau Pinang tiba. Pagi itu aku menyiapkan segala keperluan untuk dibawa malam nanti. Kami diminta berkumpul pada jam 10 malam di perkarangan politeknik. Bas dijangka bertolak jam 11 malam.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now