BAB 10

13.5K 517 7
                                    

Faiz baru sahaja tiba di Kafe B bersama kawan-kawannya apabila dia ternampak Hana yang sedang duduk bersebelahan seorang lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Faiz baru sahaja tiba di Kafe B bersama kawan-kawannya apabila dia ternampak Hana yang sedang duduk bersebelahan seorang lelaki. Di hadapannya, Sara bersendirian. Mereka sedang asyik menjamu selera. Dia kenal lelaki di sebelah Hana. Adib. Kawan sebiliknya di kamsis ketika sama-sama berada di semester satu. Kamsis. Singkatan bagi Kamar Siswa/Siswi.

"Bro, kau tak nak makan ke?" Tegur Khairul.

"Kau pergilah beli dulu. Aku tunggu sini. Kejap lagi aku pergi," jawab Faiz. Matanya masih tertumpu kepada gadis itu.

Khairul berlalu bersama seorang lagi rakan mereka, Baihaqi. Faiz duduk dan memerhatikan tingkah laku Hana. Gadis itu kelihatan mesra dengan Adib. Dia tak tahu sejak bila Hana kenal dengan Adib kerana dia tahu Adib berlainan jabatan dengan mereka.

Kalau Hana punya hubungan dengan Adib, siapa lelaki yang bersamanya di Black Canyon tempoh hari?

"Kau ni kenapa Faiz? Dari tadi aku tengok ralit pandang-pandang sana?" Soal Baihaqi yang tiba-tiba muncul dengan pinggan di tangan.

"Hah? Pandang siapa?" Faiz sedikit tersentak lalu mengalihkan pandangan. Baihaqi dan Khairul cuba mencari gerangan yang menjadi tumpuan Faiz dari tadi.

Mata mereka tertancap pada Hana di hujung sana.

"Tu bukan budak yang dekat barbeque haritu ke, bro?" Soal Baihaqi. Khairul mengangguk bagai burung belatuk.

"Siapa? Hana?" Faiz menyoal kembali.

"Oh, Hana. Macam mana kau kenal dia Faiz? Dia datang dengan Saif kan? Kawan pada girlfriend Saif? Kan, Bai?" Giliran Baihaqi pula mengangguk tanda setuju.

"Masa barbeque tu pun aku nampak kau duduk sebelah dia. Tu yang Nelly jeles tu," sambung Khairul.

"Satu kelas dengan aku," Faiz menjawab pendek. Malas mahu bercerita lanjut bagaimana dia mula-mula mengenali Hana dulu.

Mengingatkan peristiwa itu, Faiz senyum sendirian. Dia masih ingat muka blur Hana masa dia melambungkan kunci motor gadis itu dulu.

'Hana, Hana. Nak nasihatkan aku tapi kau sendiri kelaut. Kalaulah aku boleh bagi kau cermin masa tu, boleh kau tengok rupa kau waktu tu. Sumpah kelakar!'

Lamunan Faiz terhenti apabila disiku Khairul. Pelik Khairul melihat kawannya yang sorang tu tersenyum sorang-sorang. Dah macam orang angau je. Khairul dan Baihaqi mula menikmati makan tengahari mereka tanpa menghiraukan lagi Faiz.

Mata Faiz kembali memandang Hana yang langsung tidak menyedari dirinya diperhatikan. Asyik sangat bersembang dengan si Adib. Kemudian dia melihat Hana mengeluarkan telefonnya. Adib juga memegang telefon dan menaip sesuatu. Selepas itu Hana tersenyum sambil menganggukkan kepala.

'Oh, baru kenallah ni? Siap bertukar nombor telefon. Aku sendiri takda nombor dia.'

Perasaan cemburu tiba-tiba terasa menjalar dalam diri. Faiz keliru. 'Kenapa aku tiba-tiba rasa macam ni? Oh, come on Faiz! Kau dah ada Nelly.'

Nelly!

Baru-baru ini mereka bertengkar. Selepas dia menarik Nelly jauh dari Hana. Dia lihat sendiri Nelly sengaja melanggar bahu Hana. Dia tak buta. Dia tahu Nelly cemburu apabila dia mendekati Hana. Tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia selesa bila bersama Hana.

Gadis itu agak kelam-kabut tapi perwatakan Hana yang acah-acah garang dan kasar bila berhadapan dengannya membuatkan Faiz terhibur. Dengan Nelly dia jarang ketawa sebab Nelly bukan seorang gadis yang suka ketawa. Tapi dia sayangkan gadis itu. Dah dua tahun mereka bersama. Bukanlah satu jangka masa yang singkat.

Faiz mengeluh. Dia malas mahu fikir lagi. Lantas dia bangun dan pergi mengambil makanan.

...

Petang seperti biasa latihan ragbi diadakan di padang. Faiz berjalan perlahan menuju ke arah ahli pasukannya yang berkumpul di tepi padang. Masing-masing menegur kapten pasukan mereka yang baru tiba.

"Semua dah ada? Kalau dah ada boleh warm up dulu. Coach lambat sikit hari ni. Dia suruh kita start dulu," ujar Faiz.

Semua mengangguk faham dan terus bangun untuk melakukan sesi pemanasan badan. Mereka memulakan latihan sehingga coach mereka, Encik Zaki sampai.

Latihan berakhir lewat petang. Usai berpamitan, Faiz, Khairul dan Baihaqi berlalu ke kawasan parkir. Sebuah kereta tiba-tiba berhenti menghalang laluan mereka. Cermin kereta diturunkan.

"Hai, sayang. Baru habis training ke?" Sapa Nelly mesra. Khairul dan Baihaqi meminta diri terlebih dahulu. Meninggalkan Faiz dan Nelly.

"Hmm ... I nak balik dah ni. You dari mana?" Soal Faiz.

"I keluar ke town tadi. Lepas tu teringat you ada training petang ni jadi I datang sini. Jom, kita keluar minum?" Ajak Nelly.

"I datang tadi naik motor, Nel."

"It's okay. Tinggal dulu motor you. Nanti kita datang sini balik," Nelly memberi cadangan. Faiz mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Tapi tak boleh lama okay? Dah senja ni. I nak kena balik mandi and solat maghrib," ujar Faiz.

"Okay, no problem!"

Kereta Nelly meluncur laju membelah jalan raya. Faiz mencadangkan untuk ke kedai yang berhampiran dengan kawasan poli sahaja. Nanti senang nak patah balik. Tak jauh sangat. Nelly hanya bersetuju. Senang hatinya harini melihat mood Faiz. Dah lama rasanya mereka tak keluar berdua. Faiz sentiasa sibuk dengan kelas dan latihan ragbinya.

"Sayang, temankan I tengok late night movie malam ni?" Nelly bersuara selepas pelayan menghantar minuman mereka.

"Sorry Nelly, I dah janji nak keluar dengan Bai dan Khairul malam ni. Next time, okay?"

Nelly menarik muncung panjang.

"Kita dah lama tak keluar dating, Faiz. Movie pun dah lama kita tak tengok sama-sama. You asyik busy je. I bosan, tau? Nanti I keluar dengan orang lain baru you tahu," rajuk Nelly. Faiz mengeluh. Dia tahu sejak kebelakangan ini mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama.

"I tahu. I'm sorry okay? Next time kita pergi tengok movie sama-sama," pujuk Faiz. Nelly hanya mengangguk lemah.

"Jom, dah nak azan maghrib ni. I nak balik mandi. Badan dah melekit rasanya," ujar Faiz.

Nelly kemudian menghantar Faiz semula ke tempat parkir motor. Mereka berpisah di situ sebelum membawa haluan masing-masing.

 Mereka berpisah di situ sebelum membawa haluan masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now