BAB 25

11.4K 499 6
                                    

Sampai sahaja di tempat letak kereta, aku lihat kawan-kawan yang lain sudah bersedia untuk bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di tempat letak kereta, aku lihat kawan-kawan yang lain sudah bersedia untuk bergerak. Cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam kereta Saif. Saif dan Sara masih berdiri di luar kereta. Faiz sedang berbual dengan mereka sebelum kedua-duanya masuk ke dalam. Faiz hanya memandang aku dari jauh saat Saif mula memandu keluar dari situ. Aku sempat melihatnya dari ekor mata.

Ketika dalam perjalanan, aku hanya diam. Sara memandang aku hairan.

"Kau dengan Faiz dah kenapa Hana? Anything yang kau nak bagitahu aku?" Soal Sara. Saif di sebelahnya hanya diam, tenang memandu. Tidak mahu masuk campur agaknya.

"Tak ada apa-apa. Eh macam mana dia boleh tahu kita pergi situ?"

"Saif baru bagitahu aku tadi yang Faiz ada contact dia sebelum kita gerak tadi. Saif yang bagitahu pasal picnic ni. Dia ingat Faiz tahu," terang Sara.

"Oh. No wonder lah tiba-tiba dia boleh muncul kat situ. Aku ingat dia ada superpower," ujarku selamba.

Meletus ketawa Sara dan Saif dari tempat duduk hadapan.

"Cuma aku pelik kenapa dia datang? Time kita dah nak balik pulak tu. Dia buat apa?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh tiba-tiba datang. Kalau datang awal tu logiklah sebab nak join kita kan. Ni dah nak balik baru muncul," ujar Sara.

Kami berdua diam. Memikirkan sebab-sebab yang berkemungkinan. Akhirnya persoalan itu berlalu pergi bila mata aku semakin memberat dan terkatup tanpa sedar.

"Hana, bangun. Kita dah sampai," kejut Sara sambil menggoncang lembut bahu aku. Aku terpisat-pisat membuka mata. Hurmm dah sampai rumah rupanya.

Aku mengambil barang-barang dan keluar dari kereta. Saif pula membantu Sara mengeluarkan barang lain dari bonet. Aku melangkah ke dalam pagar dan membukakan pintu rumah.

"Hana, aku keluar dengan Saif kejap ya. Barang-barang ni nanti kita kemaskan sama-sama. Kau rehatlah dulu," Sara berkata seraya meletakkan barang-barang yang dibawa ke atas meja makan.

Aku mengangguk dan hanya melihat Sara berlalu pergi. Tudung aku tanggalkan dan merebahkan badan di atas sofa ruang tamu. Haihhh penatnya. Sambung tidur lah sekejap.

Dengan mudah aku kembali lena semula.

...

Tit! Tit! Tit! Bunyi alarm di telefon menyedarkan aku dari lena. Alamak! Dah hujung waktu zohor! Macam mana boleh terlena lama? Aku bingkas bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Seterusnya menunaikan solat zohor.

Usai solat, aku masih bertelekung. Bersandar pada sisi katil. Kaki dilunjur ke depan. Aku mengurut sedikit pergelangan kaki yang sakit tadi. Mujur tak terseliuh. Kalau tak jenuhlah kena jalan macam penguin nanti.

Sisa penat masih berbaki tapi aku gagahkan juga untuk bangun dan melipat telekung. Kemudian aku keluar menuju ke dapur. Mencapai perkakasan yang diguna pakai tadi untuk dibersihkan. Ditemani radio, aku menyiapkan kerja-kerja mencuci di sinki. Sesekali bibir bergerak mengikut irama lagu. Amboi senang hati ya, cik Hana.

Kerja-kerja mencuci siap, aku mengemas dapur pula. Mengelap bahagian yang kotor dan menyusun perkakasan. Berpuas hati dengan kerja mengemas, aku berlalu ke ruang tamu. Remote control aku capai dan menekan punat on. Eh movie favourite aku! Keanu Reeves heronya. Actor lama tapi masih segak hingga kini.

Sedang berbahagia melayan movie, pintu rumah diketuk dari luar. Aik? Sara dah balik ke? Kenapa tak guna kunci je? Takkan dia tak ada kunci rumah? Tertinggal kot! Aku bangkit dari duduk dan melangkah ke pintu.

Tanpa sebarang syak wasangka, aku membuka pintu.

"Kau tak bawa kunci ke Sa....," aku terkedu.

Bukan Sara di depan pintu tapi Faiz! Terkocoh-kocoh aku menutup pintu kembali saat teringatkan yang aku tak bertudung.

"Awak! Buat apa datang sini? Terkejut saya!" Aku melaung dari dalam.

Terdengar ketawa dari Faiz di luar pintu.

"Kau main buka je pintu siapa suruh? Lawa rambut?" Perli lelaki itu.

"Lain kali tanya dulu siapa. Jangan main buka je pintu. Bahaya. Kalau aku tak apalah. Kalau orang jahat tadi?" Sambungnya. Sempat lagi dia berleter. Tapi ada kebenarannya juga.

Aku mengetap bibir. Geram. Aku kunci pintu dan masuk ke bilik mencapai tudung. Keluar semula lalu membuka pintu utama rumah. Faiz membelakangi aku ketika itu. Sebaik sahaja menyedari pintu dibuka, lelaki itu berpusing menghadap aku.

Selipar aku sarung dan melangkah keluar.

"Hah? Nak apa datang rumah anak dara orang ni?" Soalku berpeluk tubuh.

"Mak aih sombongnya! Penat aku datang ingat kau rindu aku ke apa ke.." kata-kata Faiz buat aku tersedak.

"Jangan buat lawak boleh tak? Tak ada kerja saya nak rindu-rindu awak ni. Buang masa," aku membalas.

"Yelah siapalah aku ni kan," rajuknya.

"Eh, dah-dah tak payah nak berdrama pulak. Awak datang ni nak apa? Saya tengah sedap tengok movie. Kacau jelah.."

"Jomlah sambung tengok sama-sama. Nak?" Gila apa lah Faiz ni tiba-tiba jadi ulat bulu ni?

"Penumbuk nak? Sejak bila awak dah jadi ulat bulu ni? Berjangkit dengan girlfriend ulat bulu awak tu, eh? Lagipun saya tak nak kena tangkap khalwat plak dengan awak. Selisih malaikat 44 tau" Sindirku.

"Kawin free tak nak?" Balasnya.

"Jangan nak merepeklah Faiz. Cepatlah cakap nak apa? Kalau tak nak cakap, saya masuk!"

"Kaki kau okay ke tak tu? Tadi aku tengok jalan terhincut-hincut. Terseliuh ke?" Nada suaranya bertukar serius. Ni baru Faiz yang aku suka. Eh!

"Tak terseliuh pun. Sakit sikit je. Tapi okay je ni."

"Kalau macam tu okaylah. Ingatkan terseliuh. Aku balik dululah kalau macam tu".

Faiz berpaling untuk pergi.

"Awak!" Aku memanggilnya kembali. Langkah Faiz terhenti.

"Awak pergi mana menghilang? Tiba-tiba harini awak muncul kat air terjun tadi?"

"Aku ada hal penting nak kena settlekan.."

"Tapi awak buat apa kat air terjun tadi?"

"Tak ada apa. Okaylah aku balik dulu," kata Faiz. Tanpa sempat aku bertanya lanjut, lelaki itu menderu pergi dengan motosikalnya.

Pelik pulak Faiz ni. Hal apa yang penting tu? Eh Hana tak payah beriya sangat fikir. Takda kaitan dengan kau pun! 

 Takda kaitan dengan kau pun! 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now