BAB 35

11.4K 449 10
                                    

Aku tersedar dari tidur saat terdengar azan subuh berkumandang dari surau berdekatan

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Aku tersedar dari tidur saat terdengar azan subuh berkumandang dari surau berdekatan. Perlahan-lahan aku duduk bersila. Kemudian aku bangkit mencapai tuala di ampaian dan berlalu ke bilik air. Membersihkan diri sebelum menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba.

Usai solat, aku duduk di sisi katil. Seketika mata tertancap pada objek di atas meja. Coklat Cadbury berbalut plastik berwarna ungu itu aku capai.

- Just hold onto me coz i'm a little unsteady -

Nota yang diberikan oleh Faiz aku renung lama. Hold onto him? Mampukah? Tapi persoalannya, sampai bila?

Tidak mahu berfikir lebih jauh, aku meletakkan kembali coklat tersebut di atas meja. Aku bangun dan bersiap ala kadar. Bercadang untuk mencari gerai menjual sarapan pagi di sekitar kawasan tempat tinggalku.

Aku menjenguk Sara di kamar. Masih tidur. Cuti solat mungkin. Tidak berniat untuk mengganggu, aku menutup kembali pintu bilik Sara. Pintu utama rumah aku kuak. Masih awal pagi lagi. Ada ke kedai yang dah buka? Aku menyarung selipar dan melangkah keluar. Setelah memastikan pintu rumah dikunci, aku mula menapak.

Tidak bercadang untuk menggunakan motor, aku hanya berjalan kaki. Hari Ahad begini agak sunyi pada waktu-waktu pagi begini. Hari cutilah katakan. Menuruni bukit, aku berselisih dengan sebuah kereta yang kemudiannya berpatah balik. Aku tahu siapa pemiliknya dan kerana itu aku berhenti.

Tingkap sebelah pemandu diturunkan.

"Kau nak ke mana pagi-pagi macam ni?" Sapa Faiz.

"Nak cari breakfast.."

"Jalan kaki? Seorang?"

"Kenapa?" Soalku hairan. "Dah, jom naik. Aku datang ni memang nak ambil kau pun."

Aku memandangnya hairan. "Ambil saya pergi mana?"

"Aku nak ajak kau teman aku jogging then kita pergi breakfast sama.."

"Kenapa tak text dulu? Saya pakai selipar ni, awak."

"Naik jelah dulu. Kita balik rumah kau pergi tukar kasut. Apa yang susahnya," bidas Faiz.

"Hurmm yelah," aku akur. Aku bergerak ke pintu sebelah pemandu lalu masuk ke dalam perut kereta. Faiz menghadiahkan senyuman buatku.

"Morning, princess," sapanya perlahan. Cukup untuk aku mendengar.

"Morning," jawabku ringkas.

...

Faiz memandu dengan tenang. Sesekali aku perasan dia mencuri curi pandang. Aku buat tidak endah. Tiba di taman tasik, Faiz memakir kereta. Aku menanggalkan tali pinggang keledar dan keluar dari kereta diikuti Faiz. Masih awal pagi jadi tidak sesak dengan pengunjung. Keadaan sekitar juga agak berkabus. Sejuk masih terasa.

Aku duduk mengemaskan ikatan tali kasut. Selesai saja, aku kembali berdiri. Faiz merapati aku. Tangannya menyentuh tudung di kepalaku. Dia menguis sesuatu. Oh, daun. Nervous mak!

BUTAKAH CINTA ©️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن