BAB 46

10.4K 407 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Faiz tiba di tempat yang dijanjikan dengan Nelly tadi. Kelibat Nelly masih belum kelihatan. Faiz menunggu dengan sabar di dalam kereta. Beberapa minit kemudian, Nelly tiba dengan keretanya. Melihat gadis itu keluar, Faiz juga keluar sama.

"Sayang, bila you sampai? I miss you," rengek Nelly manja.

"Pagi tadi. You nak jumpa ni ada apa?"

"You ni, sayang. I rindu you lah. Dah lah you balik tak bagitahu. How's Penang?"

"Okay. You buat apa je masa I tak ada?" Muka Nelly berubah riak mendengar soalan Faiz.

"Err..I hang out dengan kawan-kawan I lah..," jawab Nelly sedikit gagap.

Faiz berdiri memeluk tubuh. Jawapan Nelly buat dia rasa seperti diperbodohkan. Sedangkan dia tahu apa aktiviti Nelly sepanjang ketiadaannya. Baihaqi dan Khairul memaklumkan kepada Faiz mereka terserempak dengan Nelly bersama lelaki lain.

Sedikit pun Faiz tidak terkejut mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh dua sahabat baiknya itu. Dia sudah menjangka Nelly pasti menggunakan kesempatan yang ada untuk keluar dengan lelaki itu. Lelaki yang sama Faiz pernah lihat dahulu.

"You tak ada beli souvenir apa-apa untuk I ke, sayang?" Soal Nelly, cuba mengalih topik perbualan.

"Takda. I lupa," jawab Faiz. Nelly menghampiri Faiz lalu lengan lelaki itu dipautnya mesra. Perlahan-lahan Faiz mengalihkan tangan Nelly.

"Kenapa dengan you, sayang? Lately ni you dah banyak berubah. You dah tak layan I. Kalau I tak contact, mimpilah you nak contact I dulu. Pergi Penang pun, you tak whatsapp, tak call I.." Nelly merajuk.  Berjauh hati.

"You yang berubah atau I? Ask yourself, Nel," Faiz jadi geram. Kali ini dia punya sedikit keberanian untuk menyoal. Setelah dia yakin Hana punya rasa yang sama.

Nelly diam. Gadis itu sedikit resah mendengar soalan dan bicara lelaki di sebelahnya. Faiz nampak berbeza.

"You, kita baru jumpa takkan you nak cari gaduh dengan I pulak? I rindu you tau?"

"Dahlah, Nel. I nak balik..," ujar Faiz.

"You berubah sebab betina tu kan, Faiz?" Soalan Nelly membuatkan langkah Faiz terhenti.

"Betina tu goda you kan? I tahu dia pun join pergi Penang. You jangan lupa Faiz, kawan-kawan I jugak pergi sama. You jangan ingat I tak tahu apa yang jadi kat sana.."

"Apa yang reporter you bagitahu? Hana goda I? Tell me!" cabar Faiz. Dia jadi geram apabila Nelly gemar menggunakan perkataan kasar untuk membahasakan Hana.

"Huh, you don't need to know. Listen here, Faiz. I tak nak dengar apa-apa lagi cerita pasal betina tu or else, you know..," ugut Nelly.

"Or what? You jangan nak buat kerja gilalah, Nel. Hana takda kena-mengena dengan apa yang jadi antara kita. Leave her alone," ujar Faiz.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now