BAB 77

12.2K 490 36
                                    

Beberapa bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa bulan kemudian.

Selepas kelas Mekanik Struktur, aku dan Sara ke bangunan JKA. Puan Siti mahu berjumpa, pesanan yang disampaikan kepada wakil kelas kami. Katanya ingin berbincang mengenai projek jualan bunga di Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Tiba di depan bilik Puan Siti, aku mengetuk pintu sebelum terdengar suara pensyarah itu membenarkan kami masuk. Aku dan Sara diminta duduk di kerusi di hadapan Puan Siti. 

"Okay, hari tu kita dah bincang pasal projek jualan ni kan? Jadi saya nak tahu kita nak ambik supplier mana? Or awak berdua pandai dalam gubahan?" Soal wanita itu.

"Ish saya ni tak kreatif, puan kalau bab menggubah ni. Tangan tak berseni..," kataku seraya tersengih.

"Saya lagi lah tak pandai puan..," jawab Sara pula. Sudahnya kami bertiga ketawa kerana Puan Siti juga mengatakan hal yang sama.

"Kalau macam tu kita cari supplier luar saje lah, ya?"

Aku dan Sara terangguk-angguk bagai burung belatuk. Perbincangan berterusan sehingga hampir sejam sebelum kami dibenarkan bersurai.

Sebelah petang aku dan Sara hanya duduk di rumah memandangkan kami tiada apa-apa kelas. Sambil menonton televisyen, aku menyiapkan assignment yang ada.

Baru-baru ni diadakan sesi interview bagi semua pelajar lepasan Latihan Industri. Setiap pelajar diminta menceritakan pengalaman mereka ketika menjalani LI dan selepas itu sesi soal jawab oleh pensyarah yang ditugaskan, bermula.

Aku lega kerana berjaya menempuh sesi soal jawab dengan baik. Walaupun tak semua soalan aku jawab dengan betul tapi bak kata Sara, confident level tu kena tinggi. Haha! Harap-harap nanti keputusan yang keluar tak mengecewakan aku.

...

Lagi tiga hari Majlis Konvokesyen, aku dan Sara sibuk menyiapkan dan menyediakan segala keperluan untuk membuka gerai. Ke hulu ke hilir kami berdua berurusan dengan supplier. Puan Siti juga ringan tangan membantu kami. Tidaklah terasa sangat tekanannya.

Sara semakin teruja kerana dapat bertemu dengan Saif. Melihat Saif di hari graduasi nanti. Aku juga nervous. Yelah mana tahu akan terserempak dengan Faiz walaupun peluang itu tipis. Ramai kot manusia nanti. Majlis Konvokesyen biasanya penuh dengan kehadiran pelajar dan ahli keluarga masing-masing.

Malam itu sedang sibuk menguruskan hal gerai jualan nanti, aku mendapat panggilan dari seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai Farisya. Adik kepada Faiz. 

"Assalamualaikum..Kak Hana, ya?"

"Ya, saya. Siapa ni ya?" Soalku kerana nombor tersebut tiada dalam senarai contact list aku.

"Ni Ica, kak. Adik Abang Faiz.."

"Farisya?" Soalku kembali. Mendengar nama Faiz, hati aku berdebar-debar. Ada sesuatu yang terjadikah?

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now