BAB 55

10.4K 396 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selesai urusan permohonan cuti untuk aku oleh abah tadi, kami sekeluarga ke sebuah restoran untuk bersarapan. Kebetulan kelas Faiz pagi itu dibatalkan, jadi aku menjemputnya untuk menyertai kami sekali. Dapat juga bertemu abah dan ahli keluargaku yang lain.

Faiz tiba di situ sewaktu air yang dipesan sampai ke meja.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, Faiz kan? Mari..sarapan sekali," pelawa ibu sebaik sahaja menyedari kehadiran Faiz di situ.

"Ehem, ni lah Faiz ya, dik?" Usik Abang Fiq. Aku tersipu malu.

"Kenalkan, Luqman Faiz..," aku memperkenalkan Faiz secara lebih formal.

"Saya Faiz..," ujar Faiz beradab. Kemudian Faiz menghampiri abah, bersalaman sambil tunduk mencium tangan. "Apa khabar pakcik?"

"Baik-baik. Alhamdulillah."

Giliran abang-abang aku pula selepas itu. Jelas mukanya sedikit cuak berhadapan dengan keluarga aku.

"Duduk, Faiz. Orderlah nak makan apa. Pakcik belanja. Jangan risau," usik abah. Faiz tersenyum seraya mengangguk.

"Dah lama berkawan dengan Hana?" Soal abah.

Sempat pagi tadi ibu bercerita tentang Faiz kepada abah dan abang-abang aku sewaktu dalam perjalanan ke politeknik. Aku hanya mendiamkan diri. Terasa segan pula. Ditambah lagi dengan usikan daripada Abang Is dan Abang Fiq.

"Awal semester dulu, pakcik," jawab Faiz cuba menyesuaikan diri.

Sesi temuduga bermula. Latar belakang Faiz habis semua ditanya oleh abang-abangku. Abah cuma jadi pendengar, sesekali mencelah bila perlu.

"Okaylah, kami nak kena gerak dulu ni. Nanti lewat sampai," pamit abah lalu menghulurkankan salam kepada Faiz. Abah berlalu ke kereta dengan ibu.

"Okay, bro. Nice meeting you. Senang-senang datang rumah..," Abang Is bersuara. Tangan kanannya bersalaman dengan Faiz manakala tangan kiri menepuk lembut bahu lelaki itu.

"In shaa Allah, bang..," jawab Faiz, terangguk-angguk bagai burung belatuk. Aku menyembunyikan senyum melihat riak wajah Faiz.

Tinggal Abang Fiq dan aku sahaja selepas Abang Is meminta diri. "Bila nak bawa rombongan?"

Faiz tersentak sedikit lalu tersengih menggaru belakang tengkuknya.

"Abang gurau jelah! Tahu kau cuak eh? Okay, Faiz. Abang gerak dulu. Hana, jangan lama-lama. Ibu abah dah tunggu dalam kereta," ujar Abang Fiq. Aku mengangguk, melihat abang sulung aku itu berlalu.

"Hmm..awak jangan ambil hati sangat ya dengan perangai abang-abang saya. Diorang memang suka bergurau.."

"Takda apalah. Aku okay je. By the way, cuak juga lah kena jumpa family kau takda prepare apa-apa ni," Faiz ketawa.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now