BAB 43

11.1K 452 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Encik Johan membuat pengumuman ketika subuh tadi melalui pembesar suara agar semua pelajar berkumpul di hadapan asrama selepas selesai bersarapan pagi.

Program hari ini merupakan lawatan ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Aku agak teruja kerana ini kali pertama aku menjejak kaki di Pulau Mutiara ini. Sebelum ini aku hanya melihat rakan rakan berkongsi foto bercuti di sini. Dapat mencuba makanan-makanan yang sangat sinonim dengan Penang iaitu nasi kandar dan pasembur. Meleleh air liur tengok tau?

Untuk hari ini, aku mengenakan jeans biru, tshirt lengan panjang warna hitam dan tudung soft pink serta berkasut snikers. Santai sahaja. Selesai bersarapan, aku, Wani dan Tasya menyertai pelajar lain berkumpul di hadapan asrama.

Sementara menunggu Encik Johan dan Puan Marisa muncul, mataku melilau ke sekeliling mencari seseorang. Wajahnya tidak kelihatan di situ. Semasa sarapan tadi pun aku tak nampak bayang Faiz.

"Cari aku ke?" Faiz tiba-tiba muncul dari belakang mengejutkan aku. "Ish awak ni. Terkejut saya.." Faiz ketawa. Lelaki itu berdiri di sebelah aku ketika Encik Johan memberi penerangan berkenaan perjalanan program hari ini.

Aku perasan banyak mata yang memandang kami. Tidak selesa dengan pandangan itu, aku berganjak sedikit menjauhi Faiz. Pasti ada di kalangan mereka yang mengenali Nelly. Tidak mustahil juga Nelly tahu apa yang terjadi di sini.

Faiz yang menyedari aku berganjak, memandang pelik. Aku buat tidak endah dengan pandangannya.

"Okay, now semua boleh naik bas," ujar Puan Marisa.

Di dalam bas, aku duduk di tempat yang sama seperti semalam. Faiz masih di bawah, Sam juga masih tidak muncul. Sebaik sahaja driver bas mengambil tempat, barulah Faiz dan kawan-kawannya naik. Sam mengambil tempat di sebelah aku tetapi hanya seketika apabila Faiz mendekati.

"Kau pergi duduk belakang Sam," arah Faiz.

"Alaaa..tak nak. Nanti diorang semua buli aku macam semalam," Sam kedengaran merengek. Aku ketawa kecil melihat gelagat Sam.

"Takda..takda. Aku cakap pergi belakang baik kau pergi. Ke kau nak aku duduk atas riba kau?"

"Aku rela kau duduk atas riba aku, tau," ujar Sam. Faiz ketawa, matanya memandang mata aku.

"Biarlah dia duduk sini dengan saya. Kesian dia kena buli nanti," aku menyokong Sam. Sam menoleh ke arah aku lalu membuat muncung seperti mahu mencium, keluar bunyi macam tikus. Konon hadiah sebab back up dia lah. Pantas Faiz menumbuk bahu Sam. Lelaki itu mengadu kesakitan sambil mengusap bahu.

"Sekali lagi kau buat mulut macam tu, aku tumbuk..," ugut Faiz. Sam terus menutup mulutnya dengan tapak tangan dan menggeleng.

"Yang kau beriya nak duduk sini kenapa? Ada apa-apa ke dengan Hana ni, hurm?" Tebak Sam. Aku terdiam. Begitu juga Faiz tetapi dia lebih pantas mengelak.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now