BAB 8

13.3K 599 7
                                    

Keadaan di dalam library yang tenang membuatkan aku lebih fokus untuk menyelesaikan tugasan yang diberi

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Keadaan di dalam library yang tenang membuatkan aku lebih fokus untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Gelagat Sara dan Saif yang asyik berbisik sesama sendiri di hadapan sedikit pun tidak mengganggu konsentrasiku. Love birds, orang putih kata. Asalkan tak buat benda pelik-pelik aku okay je.

Dua jam di library terasa berpinar sekejap mata. Aku memutuskan untuk menyambung kerja-kerja di rumah malam nanti. Aku mula menyusun buku-buku dan mengemas alat tulis yang berterabur di atas meja. Semua aku masukkan ke dalam beg sandang.

"Jom, Sara. Malam nanti lah kita sambung buat. Kita pergi minum dulu kat kafe?"

"Okay. Aku pun dah sakit pinggang duduk lama ni. Jom, awak," dipelawanya Saif sekali.

Kami bertiga keluar dari library menuju ke kafe bersebelahan. Aku segera ke bahagian menjual minuman diikuti oleh Sara. Saif pula mencari tempat duduk.

Kebiasaannya aku akan memesan nasi ayam bila makan tengahari di kafe ini. Kafe yang terletak bersebelahan library ini adalah antara favourite 'port' budak-budak poli bersantai sambil menjamu selera. Harga makanan yang berpatutan dan tempatnya bersih. Pensyarah juga tidak ketinggalan memilih untuk mengisi perut di sini memandangkan lokasinya terletak berhampiran dengan bangunan pentadbiran.

Hari ini aku hanya ada kelas di sebelah pagi. Jadinya waktu terluang sebelah petang aku manfaatkan di perpustakaan. Menyiapkan assignment dan menelaah.

Air teh o ais kusedut perlahan. Lega rasanya apabila cecair sejuk itu melalui kerongkong.

"Hana, ada Sara cakap pasal barbeque, weekend ni kat kau?" Soal Saif.

"Ada. Baru semalam dia bagitahu aku. Lembut gigi girlfriend kau ni pujuk aku tau," balasku seraya tertawa kecil.

"So, macam mana? Kau join tak?"

"Kalau dah sampai lembut gigi tu pujuk aku, takkanlah aku nak kata no pulak. Kenalah ikut juga. Nasib baiklah aku sayang kau, tau? Kalau tak, tak kuasa aku nak layan request kau ni," panjang lebar aku membebel.

Sara tersenyum kambing memandangku. Saif hanya ketawa melihat gelagat kami berdua.

...

Pagi Ahad.

Sara sibuk di dapur menyiapkan dessert kegemaran Saif untuk dibawa ke majlis barbeque nanti. Puding roti karamel itu dibuat malam semalam. Perlu disejukkan dulu dalam peti. Jadi, pagi ini Sara hanya perlu memotong dan menyusun ke dalam bekas. Tapi dia punya sibuk tu macam buat nasi arab. Kemain kan?

Jam hampir menunjukkan angka sembilan pagi ketika bunyi hon kedengaran dari luar rumah. Menandakan Saif telah tiba untuk menjemput kami.

"Ready?" Soal Saif sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.

Serentak aku dan Sara menjawab.

"Ready!"

Gamat dalam kereta dengan ketawa kami bertiga.

Saif memulakan pemanduannya menuju ke destinasi yang ditujui. Lima belas minit kemudian kami tiba di tempat yang dijanjikan. Dari kejauhan kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul di bawah sepohon pokok yang rendang.

Saif bersalaman dengan kawan-kawannya. Manakala aku mengikut langkah Sara beramah mesra dengan beberapa kenalan mereka.

Rata-rata pemain membawa pasangan masing-masing. Aku? Semestinya solo molo. Apa ada hal?

Di suatu sudut, aku lihat seorang gadis duduk di sisi Faiz. Gadis yang sama aku terserempak tempoh hari. Kekasihnya, mungkin? Mata kami bertemu, aku segera mengalihkan pandangan dan beredar dari situ. Telefon di dalam kocek aku keluarkan sebelum melabuhkan punggung di atas tunggul kayu berhampiran meja makan.

Sara sedang rancak berbual dengan Saif dan kawan-kawannya. Aku malas nak kacau jadi aku duduk dan bermain game sendirian. Piano Task ke apa entah namanya. Bila aku tersalah tekan, game over. Adoi!

"Syok main game?"

Faiz tiba-tiba muncul dan duduk di sebelahku menyebabkan aku terkejut dan mengesot sedikit ke tepi. Alahai kenapa dia duduk sini? Buatnya girlfriend ulat bulu dia tu nampak tak ke naya nanti aku dituduh nak menggatal dengan Faiz?

"Kenapa awak duduk sini? Pergilah kat girlfriend awak tu. Nanti dia nampak, dia kata saya menggatal dengan awak pulak." Aku menghalaunya secara halus.

"Hmm ... biar jelah," jawabnya selamba.

Faiz diam. Memandang laut. Aku juga melakukan perkara yang sama. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak respon macam mana. Situasi ini sangat janggal bagiku. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran gadis bernama Nelly itu di sini.

Sara muncul menyelamatkan keadaan.

"Hana, jom makan!" Pelawa Sara. Pantas aku berdiri mengikut langkah Sara, meninggalkan Faiz sendirian.

Sewaktu sedang mengisi air minuman, bahuku dilanggar seseorang menyebabkan air tumpah mengenai baju dan tudungku.

"Opss! Sorry, tak sengaja," Nelly menekup mulut dengan tangannya.

Dari riak wajahnya aku tahu dia sengaja. Pasti dia bengang melihat Faiz duduk di sebelahku tadi. Kini semua mata tertumpu ke arah aku.

"You ni dah kenapa Nelly main langgar-langgar orang?" Entah bila tiba-tiba Faiz muncul dan menegur sikap Nelly.

"I dah cakap kan I tak sengaja? You beriya nak marah kenapa?"

"It's okay. I'm fine. Sikit je ni," ujarku tersenyum kelat.

Dalam hati hanya Tuhan je tahu betapa aku geram nak tarik rambut karat si ulat bulu tu. Tak sengaja konon! Dia ingat aku tak tahu yang dia jeles? Apa yang nak dicemburukan entah. Bukannya aku menggedik dengan si Faiz.

Kau, ulat bulu ... jangan sampai aku rampas betul pakwe kau nanti. Haa baru padan dengan muka kau tu!

Sara segera menghampiriku lalu menghulurkan tisu. Dia membantu aku membersihkan baju dan tudung yang terkena air manis tadi. Faiz menarik lengan Nelly dan membawanya pergi dari situ. Entah apa yang diperkatakan Faiz pada Nelly. Ah, lantak korang la! Eloknya jangan muncul lagi depan aku. Aku tak boleh janji kalau aku boleh bersabar lagi!

 Aku tak boleh janji kalau aku boleh bersabar lagi!

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
BUTAKAH CINTA ©️ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora