BAB 70

10K 358 31
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Faiz tiba di hadapan rumah sewa Hana ketika jam di tangan menunjukkan jam 10 malam. Handphone dikeluarkannya dan dia menghubungi gadis itu.

"Hello," suara Hana kedengaran perlahan.

"Hello. Dah tidur ke?"

"Err terlelap tadi. Awak dah settle urusan awak?". Faiz terdiam. Kalau lah kau tahu apa urusan aku tadi, Hana.

"Hurmm. Dah makan?"

"Saya masak maggi je tadi. Malas pula nak keluar. Awak kat mana?"

"Ada depan ni haa. Jom, aku temankan kau makan.."

"Hah? Laaa awak buat apa datang sini?"

"Keluarlah. Aku tunggu.."

"Kejap saya siap.."

10 minit kemudian Hana muncul di pintu rumah. Faiz menguntum senyuman manis buat gadis kesayangannya itu. Hana mampir. Jelas muka Hana sembab baru bangun tidur. 

"Dah gosok gigi ke ni?" Usik Faiz.

Hana menjelingnya. Faiz ketawa. Sudah lama rasanya dia tidak ketawa begini. Macam-macam yang dah terjadi sejak akhir-akhir ini menyebabkan fikirannya bercelaru.

"Awak bawa motor? Dah tu nak keluar macam mana?" Soal Hana sebaik sahaja melihat Faiz dengan motornya.

"Kita pergi bawah je boleh? Jalan kaki. Dah lama tak berjalan dengan kau.."

"Boleh je. Dekat sikit.."

Beriringan bersama dengan Hana membuatkan hati Faiz bahagia. Sesekali dia mencuri pandang gadis di sebelahnya yang becok bercerita tentang apa yang dibuat ketika praktikal siang tadi.

"Abang backhoe tu ajak saya dengan Dina naik backhoe dia. Saya pun apalagi, teruslah naik. Gayat juga masa backhoe tu bergerak. Terhuyung-hayang jadinya. Mr. Loh dengan Mr. David geleng kepala je tengok perangai kitorang, tau?" Cerita Hana sambil tergelak.

"Happy sangat tu dapat naik backhoe. Apa lagi yang kau belajar setakat harini?". Hana tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

"Saya belajar drawing harini. Pening jugak tapi takpalah. Slow-slow. Nanti lama-lama saya pandai lah..",

"Good girl. Nanti lama-lama kau mahirlah baca drawing tu. Tak susah mana.."

Hana mengangguk bersetuju.

"Awak, pagi tadi awak pergi mana? Saya ada terserempak dengan awak tadi. Pakai baju melayu tapi awak tak pergi poli pun?"

Faiz tergamam. Hana nampak dia pagi tadi? "Kau nampak aku kat mana?"

"Simpang nak pergi ke bandar. Awak tak perasan saya pun.."

"Tak ada apa. Keluar pergi kedai sekejap. Harini kan hari Jumaat. Pakai baju melayu lah. Senang nak pergi solat Jumaat.." bohong Faiz.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now