BAB 24

11.8K 484 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hana, kau dah siap ke belum?" Soal Sara. Terjengul wajahnya di muka pintu bilik aku. Aku yang sedang berkemas terhenti seketika dan berpaling.

"Sikit je lagi ni. Kenapa? Saif dah sampai ke?"

"Belum lagi tapi dia kata dah on the way. Kejap lagi sampailah tu," ujar Sara.

Aku menganggukkan kepala. Sara yang baru hendak keluar dari bilik aku gamit kembali apabila teringatkan sesuatu.

"Eh The Three Musketeers tu macam mana? Tak sampai lagi? Janji 8.30 pagi kumpul kat sini," aku bertanya seraya mengerling jam di tangan. Hampir 8.40 pagi.

"Tadi aku tanya dorang kata dah gerak dah. Sekali Saif la kot sampai nanti,"

"Orait!"

Sara keluar dari bilik aku sementara aku menyiapkan apa yang patut. Selesai sahaja, aku menapak keluar dan membantu Sara menyiapkan keperluan lain di dapur. Pagi Sabtu kami merancang untuk berkelah di air terjun. Hakim, Aizad dan Fikri juga turut serta.

10 minit kemudian kedengaran bunyi enjin kereta menderu di luar rumah. Aku membuka pintu. Kelihatan 3 buah kereta sudah terparkir di depan pagar rumah.

The Three Musketeers bawa pasangan masing-masing. Mereka menaiki dua buah kereta. Manakala sebuah lagi kereta Saif. Sara terkedek-kedek membawa bakul berisi bekalan makanan yang dimasak sesudah subuh lagi. Aku membantu Sara menjinjing beg pakaiannya.

Apabila semua sudah bersedia, kami bersembilan memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang setengah jam. Semua kelihatan seronok dan teruja. Maklumlah dah lama tak spent time together dengan geng-geng kelas.

Setibanya di air terjun, semua membawa barang keperluan yang telah disiapkan masing-masing dari rumah. Bahagian makanan dah tentulah aku dan Sara. The boys pula bawa khemah, tikar dan keperluan lain.

Suasana masih agak lengang. Masih pagi. Sejuk terasa hingga ke tulang. Hutan keliling yang menghijau menjadikan lokasi air terjun ini sangat mendamaikan. Tenang dan bersih. Jauh dari hiruk pikuk bandar.

Hakim dan pasangannya, Raisya menghamparkan tikar dan membantu aku mengeluarkan makanan dari dalam raga. Fikri, Aizad dan pasangan mereka pula mendirikan khemah. Saif dan Sara mencari kayu untuk dibuat bahan bakar.

Nampaknya hanya aku seorang yang tidak berpasangan. Tapi tak apa. Aku okay je. Mereka semua di sini kawan-kawan aku juga. Lagipun aku dah biasa. Faiz? Dah beberapa hari menyepi. Sejak kami keluar malam itu, dia tak lagi menghubungi aku. Whatsapp takda. Call pun sama.

Aku juga tak jumpa dia di poli. Entahlah apa yang dia buat. Sibuk agaknya. Aku memilih untuk tidak mencari lelaki itu. Memberi ruang dia menyelesaikan masalah hubungannya dengan Nelly.

"Woi, berangan ingat siapa? Dari tadi aku mintak hulurkan penyepit arang tu," sergah Hakim membuatkan aku sedikit terkejut.

"Berangan apa plak? Aku tengah menghayati keindahan alam ni. Sibuk je," balasku, mengundang tawa dari Raisya.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now