BAB 7

13.7K 603 13
                                    

Tamat sahaja kelas hidraulik petang itu, aku menyusun langkah ke parkir motor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tamat sahaja kelas hidraulik petang itu, aku menyusun langkah ke parkir motor. Sara juga bersamaku. Dia menunggang skuter Yamaha Solariz. Aku pula dengan skuter Yamaha Ego S. Sara mempunyai sebuah kereta tetapi jarang digunakan. Hanya sesekali bila perlu sahaja baru dia memandu. Dia lebih selesa menunggang motor. Senang katanya tak pening hadap jammed.

Baru sahaja mahu bergerak, telefon Sara berbunyi.

"Hello. Ya, saya masih dekat poli. Kenapa awak? Oh, kejap ya. Nanti saya sampai. Bye," kata Sara lalu memutuskan panggilan.

"Babd, Saif nak jumpa aku. Kau nak ikut ke atau nak balik dulu?" Soal Sara. Aku berfikir sejenak sebelum menjawab.

"Aku balik dululah. Nak rehat. Jumpa kat rumah nanti je."

Kami berpamitan di situ. Aku mula bergerak keluar dari kawasan poli. Ketika ini jalan agak lengang kerana waktu pejabat belum berakhir. Selepas lampu isyarat, aku membelok ke kiri. Dari jauh aku lihat ada seseorang sedang menolak motor. Aku memperlahankan kelajuan. Macam kenal je.

Aku memberanikan diri memotong dan berhenti di hadapan. Lelaki itu mengangkat muka.

"Kenapa dengan motor awak? Rosak?" Aku bertanya.

"Taklah. Aku saja je exercise petang-petang ni tolak motor," jawapan sarkastik yang aku terima.

Eh dia ni aku tanya baik-baik boleh pulak bagi jawapan menyakitkan hati.

"Oh, rajin ya exercise panas-panas macam ni? Baguslah tu, baik untuk kesihatan," aku membidas. Geram.

Malas ingin bertanya lanjut, aku memusingkan badan mahu berlalu. Namun Faiz kembali bersuara.

"Kau pandai tunda motor tak?" Soalnya. Aku mengerutkan kening.

"Pernahlah sekali dulu tunda. Kenapa? Nak minta tolong ke?" Sengaja aku memerlinya.

"Dah kau berhenti ni buat apa kalau tak nak tolong?"

Hampeh betul! Aku juga yang kena akhirnya. Tulah kau Hana siapa suruh berhenti?

Akhirnya aku akur membantu Faiz. Motor bertukar tuan. Faiz menunggang skuterku. Aku pula naik ke atas motor miliknya. Dia mula menunda perlahan-lahan sehingga ke bengkel berdekatan.

"Terima kasih tolong aku. Kawan-kawan aku semua ada kelas. Tak dapat nak keluar," terangnya tanpa aku pinta.

Aku menanggalkan topi keledar. Meletakkannya di atas seat. Bersandar di sisi skuterku.

"Sama-sama. Hal kecik je. Dulu awak tolong saya, sekarang giliran saya pula tolong awak," ujarku.

Faiz tersenyum.

Alahai kenapa kau senyum pulak? Kang aku cair. Siapa nak bertanggungjawab? Hoi, Hana kau dah kenapa? Angau ke sewel? Cepat-cepat aku beristighfar di dalam hati. Apalah yang aku mengarut ni?

"Kalau takda apa-apa saya balik dululah. Lagipun, saya tak solat asar lagi ni," aku meminta diri.

"Kejap. Err... boleh bagi nombor telefon kau?" Permintaan Faiz mengejutkan aku.

Nombor telefon? Motif?

"Awak nak buat apa?"

"Err... takda apalah. Lupakan. Hati-hati balik tu," Faiz berkata lalu menghilang ke dalam bengkel.

Aku terpinga-pinga sendirian. Apabila tersedar, aku terus beredar dari situ. Sikap Faiz yang tak menentu kadang buat aku bingung sendirian. Adakalanya dia nampak okay, ada masa pula jadi sarkastik. Paling teruk bila dia buat muka takda perasaan. Susah nak tebak apa yang ada dalam kepala dia.

Haih Hana. Kenapa pulak kau kena fikir pasal boyfriend orang tu. Kau jangan cari penyakit. Buatnya girlfriend dia datang serang kau nanti macam mana?

Gerun pula memikirkan kemungkinan itu. Lebih baik aku jangan ambil tahu apa-apa pasal dia.

...

Malam itu aku dan Sara hanya duduk di rumah. Aku memilih untuk memasak sahaja makan malam. Lauk ringkas. Sup sayur dan ayam goreng. Cukuplah untuk mengisi perut kami berdua.

Siap memasak, Sara menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kami berdua makan bersama dengan tenang.

"Hana, assignment Encik Jo kau dah siap? Kena submit lusa kan?" Soal Sara.

"Ha'ah kena submit lusa. Aku dah hampir siap. Kau?" Soalku kembali, memandang Sara.

"Samalah. Aku pon dah nak siap. Senang siapkan awal. Boleh relaks," ujar Sara. Kami berdua ketawa.

"Babe, weekend ni kawan-kawan Saif nak buat bbq kat pantai. Saif ajak aku tapi aku seganlah nak pergi sorang. Kau temankan aku nanti boleh?"

"Kawan tu kawan yang mana?" Soalku.

"Team ragbi dia. Diorang ada away game nanti. Sebelum tu diorang plan nak buat bbq tu," terang Sara.

Team Ragbi?

"Maksud kau mamat captain tu ada sekali?"

"Haruslah ada. Dah nama lagi dia captain. Alaaa jomlah Hana. Temankan aku please." Sara merayu sambil membuat muka comel.

Aku menjeling tanda menyampah dengan pujukannya. Akhirnya aku mengangguk. Sara menjerit kegembiraan. Amboi minah ni, over nau!

 Amboi minah ni, over nau!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now