BAB 74

10.5K 491 41
                                    

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.



Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar hari ni merupakan hari terakhir aku dan Medina menjalani Latihan Industri di Teguh Construction. Encik Kamarulzaman dan Tuan Mohsin berbaik hati mengadakan jamuan perpisahan buat kami berdua. Jamuan yanh dihadiri semua staff Teguh Construction. Selepas kata-kata aluan dari Tuan Mohsin, giliran aku dan Medina pula memberi ucapan perpisahan.

Terasa sebak di dalam hati tatkala menyatakan ungkapan penghargaan buat Tuan Mohsin, Encik Kamarulzaman dan semua staff-staff yang lain atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Mengalir jugalah air mata dek kerana sebak. Banyak yang aku pelajari sepanjang bergelar pelajar praktikal di syarikat ini. Ilmu yang berguna untuk aku aplikasikan setelah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan nanti.

Selesai ucapan-ucapan, Tuan Mohsin menjemput kesemua staff untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Kenyang aku harini makan free. Eh! 

"Dina, kau balik Ipoh bila?" Soalku ketika sedang menjamu selera.

"Lusa. Family aku datang ambil. Lagipun Khairul balik hari yang sama. Saje kitorang nak spent time together before...," ayat Medina tergantung tatkala melihat perubahan wajahku saat mendengar nama Khairul.

"Err..sorry Hana. Aku tak sengaja cakap pasal apa-apa berkaitan dengan dia.."

"It's okaylah. Aku tak kisah pun.."

"Kau pula bila balik?" Soal Medina, cuba mengalih perhatianku.

"Aku sehari selepas kau. Nak settle banyak benda dulu. Tak enjoy mana lah cuti sem kalini kan? Kena hadap report LI plak..," aku ketawa kecil. Menutup rasa janggal bila ada berkait dengan lelaki itu.

"Itulah. Dah tu naik semester baru kena interview plak. Haih, banyak betul benda nak kena fikir ni..," tambah Dina lagi.

...


Keesokan harinya, sedang aku menyapu di luar rumah, sebuah kereta berhenti di hadapan. Khairul keluar dengan bercermin mata. Sudah lama aku tidak berjumpa lelaki itu. Sejak aku dan dia..err abaikan! Melihat aku, Khairul menguntum senyuman.

"Hai Hana..," sapa Khairul mesra.

"Hai, Khai. Kejap, saya panggilkan Dina..". Lelaki itu menanggalkan cermin matanya lalu mengangguk.

"Kejap ya, dia tengah siap.."

"Oh, okay. Hana sihat? LI dah habis ni..bila balik kampung?" Soal Khairul.

"Alhamdulillah sihat je. Macam ni lah. Lusa saya balik. Tahniah, Khai. Dah habis belajar. Lepas ni tunggu grad jelah ye?" 

Khairul ketawa. "Hana, Hana tau dah pasal Fa..."

"Hai awak!" Sapa Medina mencelah. Khairul tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya.

"Hai Dina. Dah siap?"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now