BAB 54

9.6K 389 11
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.



"Beb, Faiz call. Dia nak cakap dengan kau.."

Aku hanya membatu di atas katil. Segala panggilan dan whatsapp yang aku terima hanya dibiarkan sepi. Waima ibu abah sekalipun. Tubuh aku masih menggigil tatkala bayangan kejadian tadi datang menerpa.

"Hello, Faiz. Sorry, aku rasa buat sementara waktu ni bagi Hana rehat dulu okay? Haa..okay. apa-apa nanti aku update..," ujar Sara. Antara perbualannya dengan Faiz yang sempat aku tangkap.

"Hana, kau rest ya. Cuba tidur. Badan kau penat tu," kata Sara perlahan sambil mengusap belakang badan aku.

"Aku takut Sara..,". Untuk kesekian kalinya aku menangis lagi. Sara menarik aku ke dalam pelukannya. Aku menangis semahunya di bahu Sara.

"Syhh..syhh..aku ada kat sini temankan kau. Tak ada sesiapa boleh buat apa-apa pada kau, okay? Aku mintak maaf Hana. Tak sepatutnya aku biarkan kau seorang tadi..," Sara turut menangis. Berulang kali gadis itu meminta maaf. Katanya dia juga bersalah kerana membiarkan aku berseorangan ke parking lot.

Malam itu aku tertidur bertemankan Sara di sisi.

...

"Hana, bangun. Family kau dah sampai," suara Sara mengejutkan aku dari lena. Terpisat-pisat aku bangun.

Melihat sahaja wajah ibu dan abah, terus sahaja aku meluru ke arah kedua orang tuaku. Aku menangis semahunya di dalam pelukan mereka. Ibu juga turut mengalirkan air mata. Tidak sanggup melihat keadaan satu-satunya anak perempuannya.

"Syukurlah Hana selamat. Sepanjang malam ibu tak boleh lelapkan mata. Ibu tak sanggup nak tunggu sampai pagi untuk datang sini jumpa anak ibu. Ya, Allah! Terima kasih Kau lindungi anak aku," kata-kata ibu membuatkan air mata aku semakin laju membasahi pipi.

"Hana takut, ibu.."

"Syhh..syhhh..ibu ada dengan Hana. Abah dengan abang-abang pun ada sekali. Kami semua sayang Hana. Kuatkan semangat ya, sayang?"

Aku mengangguk. Ibu meleraikan pelukan lalu mengesat airmata aku.

Kami sekeluarga serta Sara duduk di ruang tamu. Pelbagai soalan dilontarkan Abang Fiq dan Abang Is kepada Sara. Kasihan pula aku melihat sahabatku itu seperti menghadap soalan dari pendakwaraya. Sara menceritakan kejadian semalam dengan lebih terperinci.

"Report polis dah buat, kan?" Soal Abang Is. Sara mengangguk laju.

"Lepas kejadian tu, saya terus bawa Hana ke hospital untuk further check up sebelum kami ke balai buat report polis," terang Sara.

"Hana tahu tak siapa yang ugut Hana tu?" Soal Abang Fiq pula.

"Hana tak nampak muka dia abang..," kata-kataku terhenti di situ saat aku terbayangkan kejadian semalam. Aku jadi jijik memikirkan tubuh lelaki itu yang melekap di belakang tubuhku. Aku menangis kembali. Ibu panik melihat keadaanku.

BUTAKAH CINTA ©️ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang