BAB 20

12.7K 581 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



NOTE:

OK FIRST OF ALL SIS NAK MINTA MAAF SEBAB TERLEPAS PANDANG SATU PART DARI BAB 19. SO SIS DAH EDIT SKET UNTUK SYNCHRONIZED DENGAN BAB 20 NI. KALAU ADA YANG TAK PERASAN PART MANA SIS EDIT TU..ABAIKAN JE EH. JUST ENJOY READING. HEHE.

SEPERTI BIASA, DONT FORGET TO HIT LIKE, VOTE OR LEAVE ANY COMMENT IF YOU WANT. THANK YOU GAIS!

...

Petang tadi ketika Hana melalui tepi padang, Faiz hanya mampu memandang gadis itu. Dia tahu dia agak berkasar dengan Hana tengahari tadi. Ketika berlatih Faiz seakan hilang fokus. Akhirnya dia menamatkan latihan lebih awal. Muka kehairanan ahli pasukannya yang lain tidak dihiraukan. Faiz segera mengemaskan barang-barangnya dan bergegas pulang.

Sampai di rumah, Faiz membersihkan diri. Selesai solat maghrib, dia hanya berteleku di sejadah. Termenung seketika. Fikirannya bercelaru. Wajah Nelly dan Hana bersilih ganti. Arghh kenapa kena serabutkan kepala kau Faiz?

Faiz bingkas bangun dan menyalin pakaian. Dia mencapai kunci motornya dan keluar dari rumah. Niat asalnya untuk ke tempat biasa dia dan kawan-kawannya melepak tapi akhirnya di menyimpang ke arah pantai. Bersendirian dia memakir motor dan berjalan tanpa arah tuju. Pantai tersebut agak ramai pengunjung pada waktu malam-malam begini.

Sebuah bangku batu menjadi pilihan Faiz untuk melabuhkan punggungnya. Dia bersandar dengan kepala didongakkan sedikit. Angin sejuk dari laut menyapa rambutnya yang lebat. Tangan Faiz menyeluk poket mengambil telefonnya. Dia memeriksa whatsapp yang dihantarnya pada Hana lewat petang tadi. Masih tiada balasan. Masih marahkah Hana?

Dia membuka pula whatsapp daripada Nelly yang diterima maghrib tadi.

Nelly📩 Sayang, malam ni I ada study group dengan Mimi and Khayra tau. Esok kita jumpa ya. Muah!

Faiz hanya mengeluh kecil. Hampir 2 jam Faiz hanya duduk di situ. Sekejap termenung sekejap dia memeriksa telefon. Bunyi beep dari notifikasi whatsapp membuatkan jarinya laju membuka mesej. Hana! Akhirnya gadis itu membalas.

Mesej Hana dibuka.

Hana📩 Pernah ke saya cakap saya suka awak?

Faiz tersenyum. Dari cara kau aku boleh tahu Hana. Laju jari jemarinya membalas mesej tersebut. Tak disangka akhirnya Hana mengaku jugak. Walaupun bukan secara jelas tapi kata-kata Hana memberi makna yang sama.

Faiz bangun dari duduk dan melangkah ke arah motornya. Whatsapp terakhir Hana sengaja tidak dibalas. Dia mahu berjumpa sendiri gadis itu. Faiz mengenakan topi keledar dan memecut pergi meninggalkan pantai tersebut. Di persimpangan lampu isyarat, Faiz memberhentikan motor. Sebuah kereta juga turut berhenti di sebelahnya.

Kepala ditoleh ke arah kereta tersebut. Ada seorang gadis dan seorang lelaki berduaan di dalamnya. Tingkap kereta yang separuh terbuka membolehkan Faiz melihat gerangan si gadis. Berderau darah Faiz tatkala menyedari gadis yang manja melentokkan kepala di bahu lelaki di sebelahnya itu adalah Nelly!

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now