BAB 29

11.4K 469 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Bunyi hon kereta di luar, aku menjengah melalui tingkap. Faiz dah sampai. Bagasi di sisi katil aku tarik keluar dari bilik. Sara sedang bersiap ketika aku mengetuk pintu kamarnya. Gadis berkulit cerah itu sibuk memasukkan baju ke dalam bagasi.

"Sara, Faiz dah sampai. Aku gerak dulu beb," kataku lalu kami bersalaman dan berpelukan seketika.

Sara hanya mengiringi aku ke muka pintu. Dia masih belum mandi. Segan nak keluar katanya. Aku iyakan sahaja. Kami berbalas lambaian sebelum aku membuka pintu pagar. Faiz menanti di sisi kereta dengan senyuman manisnya. Bagasi yang aku tarik beralih tangan. Lelaki itu membantu aku memasukkan bagasi ke dalam bonet.

"Terima kasih." Sempat aku ucapkan terima kasih atas bantuannya.

Faiz masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat pemandu manakala aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Dah ready semua? Tak ada apa yang tertinggal? Phone? Handbag?" Soal Faiz. Aku tersenyum lalu menggeleng. Semuanya sudah aku bawa bersama.

Faiz membalas senyuman, mula memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Kereta bergerak perlahan-lahan meninggalkan rumah sewaku.

"Awak nak breakfast kat mana?". Aku menyoal sebaik sahaja kereta memasuki jalan utama.

"Aku tak kisah. Mana-mana pun boleh," jawab Faiz. Lalu aku mencadangkan untuk ke sebuah gerai yang berhampiran dengan terminal. Lebih mudah. Satu jalan dan tak perlu tergesa-gesa nanti. Faiz hanya menurut. Lelaki itu tenang memandu. Aku pula hanya diam di sebelah. Hanya suara dj yang bergema di corong radio.

Faiz memberhentikan kereta di hadapan sebuah gerai yang tidak jauh dari terminal bas ekspress tersebut.

"Awak ada training ke cuti ni?". Aku bertanya ketika menunggu makanan sampai.

"Yup. Jadual training pack sepanjang cuti," jawabnya.

"Oh..memang tak dapatlah nak balik kampung, ya?" Lelaki itu menggelengkan kepala.

"Kejap. Macam mana kau tau aku training? Oh! Lupa. Must be Sara, right?" Dia tanya dia jawab sendiri. Tak sempat aku nak menjawab apa-apa. Faiz ketawa kecil.

"Err..buah hati awak tak balik?" Aku memberanikan diri bertanya. Sebetulnya aku tak tahu apa yang nak dibualkan dengan Faiz bila berdua begini. Terasa janggal. Entahlah.

"Buah hati? Balik. Ni aku nak hantar dia pergi terminal lah ni," selamba sahaja jawapan Faiz. Aku tergamam seketika. Faiz tersenyum senget. Sengajalah tu nak kenakan aku.

"I see. Dia naik bas pagi ni ke?" Aku cuba melayan. Sesekali ikut kepala masuk air dia ni apa salahnya kan?

"Bas pukul 10. Kalau ikutkan hati aku nak hantar je dia balik kampung tapi aku busy dengan training kan? Dapat hantar kat pintu bas pun dah okay," jawabnya.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now