BAB 16

11.1K 501 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Bro, aku gerak dulu. Ada hal. Urgent!" Faiz meminta diri. Baihaqi yang terkejut dengan tindakan Faiz yang terburu-buru pergi hanya mampu mengangguk.

Faiz berlari mendaki bukit menuju ke rumah flat Hana. Mujurlah rumah Hana dekat dengan tempat dia melepak. Jadi dia tidak memerlukan masa yang lama untuk tiba di rumah gadis itu. Sejurus tiba di depan pintu, Faiz memberi salam dan mengetuk pintu. Tiada sahutan. Dia cemas. Tidak sempat hendak menimbang baik buruk, pintu rumah Hana dirempuh kuat. Dia mencari kelibat Hana di ruang tamu tiada. Langkahnya laju menuju ke bilik yang terbuka sedikit pintunya.

Saat pintu bilik dikuak, dia melihat Hana yang merengkok di atas katil. Gadis itu memeluk lutut. Hana tak memakai tudung! Lantas dia mencapai tudung yang tersangkut di sisi katil dan menutup kepala Hana. Kemudian dia memanggil nama Hana.

"Hana! Kau kenapa ni?" Soal Faiz.

"Sakit.." Hana mengerang kesakitan.

"Sakit kat mana?" Faiz panik.

"Perut saya sakit awak. Sakit sangat..," rintih Hana.

"Jom aku bawak kau pergi klinik. Kereta kawan kau ada kan? Kunci mana?" Soal Faiz. Hana hanya mampu menunjuk ke arah luar bilik. Faiz segera ke ruang tamu dan menemui kunci kereta milik Sara. Tiada tanda-tanda rakan serumah Hana itu ada di rumah. Kalau ada, takkan Hana minta pertolongan darinya. Dia kembali ke dalam bilik, membantu Hana untuk bangun. Gadis itu dipapah ke kereta. Setelah memastikan rumah dikunci, Faiz masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.

"Sakit, Faiz.." adu Hana ketika dalam perjalanan.

"Hang on Hana. Tak jauh dah," suara Faiz jelas cemas. Bagai nak gugur jantungnya tadi melihat wajah pucat Hana. Dari tadi gadis itu mengadu kesakitan. Pedal minyak ditekan lebih kuat. Mujurlah ketika itu malam, kereta tidak banyak di atas jalan raya. Jalan raya pun tidak sesak. 

Tiba di klinik, Faiz membantu Hana untuk berjalan. Gadis itu membongkok menahan sakit. Masuk sahaja di dalam klinik Faiz segera mendapatkan bantuan staf yang berada di situ. Hana diberikan kerusi roda dan ditolak masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Faiz hanya menunggu di luar bilik. Resah gelisah semua bercampur baur. Kenapa dengan Hana? Apa yang berlaku?

10 minit kemudian, Hana keluar dari bilik pemeriksaan. Jururawat yang bertugas membantu menolak kerusi roda yang dinaiki Hana. Muka Hana masih pucat tetapi badannya tidak lagi membongkok seperti tadi. Faiz menghampiri.

"Doktor cakap apa? Kau sakit apa ni?"

"Gastrik," jawab Hana lemah. 

"Gastrik? Kau makan tak ikut time ke?" Soal Faiz. Hana hanya diam menunduk. Kebelakangan ini masa makannya tak menentu. Mungkin sebab itu gastriknya menyerang kembali.

"Sekarang macam mana? Dah okay sikit?" 

Hana hanya mampu mengangguk. 

"Good. Kau tunggu sini kejap. Aku pergi ambil ubat," ujar Faiz apabila nama Hana dipanggil.

Selesai urusan di klinik, Faiz membantu Hana untuk masuk ke dalam kereta. Dia kemudian mengambil tempat di bahagian pemandu. 

"Awak, telefon saya mana?" Soal Hana.

"Kau nak buat apa?" Soalan dijawab dengan soalan. 

"Saya nak call Sara bagitahu dia saya pinjam kereta dia ni," jawab Hana lemah.

"Tak payah. Aku dah call dia masa kau kat dalam bilik doktor tadi," Faiz memaklumkan.

"Awak dah bagitahu dia? Dia tahu ke apa jadi kat saya?"

"Dah. Dia nak datang tadi aku kata tak payah. Aku ada.."

Hana mengangguk. Faiz memasukkan gear dan mula memandu. Hana disebelah dikerling. Gadis itu bersandar lemah di pintu kereta. Ketika hampir di persimpangan lampu isyarat bertukar merah. Faiz memberhentikan kereta. Dia menoleh ke arah Hana. Gadis itu tertidur. Patutlah senyap je. Faiz mengambil peluang untuk memerhatikan wajah gadis di sebelahnya. Walaupun tudung dah senget benget akibat kelam kabut tadi, Hana masih kelihatan cantik. Keningnya tersusun, hidungnya elok terletak. Punya bibir yang tidak terlalu kecik atau besar. Sedang elok, kena dengan wajah dan bentuk mukanya. Indahnya ciptaan Tuhan! 

Eh, kau dah kenapa Faiz tenung anak dara orang macam tu? Spontan, tangannya naik menampar pipi.

Lampu isyarat bertukar warna. Faiz segera fokus dengan pemanduannya.

Sampai sahaja dia rumah Hana, Faiz melihat Hana yang masih lena. Perlahan-lahan dia mengejutkan gadis itu.

"Hana, bangun. Kita dah sampai," perlahan tutur kata Faiz.

Hana diam tidak berkutik. Faiz menyentuh lengan gadis itu yang berlapikkan baju. Dia memanggil lagi. Seketika kemudian Hana bergerak sedikit dan mula membuka mata. Dia memandang Faiz di sebelahnya dengan muka terpinga-pinga.

"Bangun. Dah sampai," ujar Faiz buat kali kedua. Hana memandang keadaan sekeliling. Apabila tersedar bahawa mereka sudah berada di hadapan rumahnya, Hana membuka pintu kereta. 

"Kau okay tak? Boleh jalan?"

"Takpa..takpa..saya okay sikit dah ni. Dah boleh jalan," ujar Hana sambil melangkah keluar. Faiz keluar dari kereta dan mendapatkan Hana. Dia mengekori Hana dari belakang hingga ke pintu rumah. Setelah memberi salam, Sara muncul di muka pintu.

"Hana! Kau okay ke? Sorry beb. Sorry sangat-sangat. Aku keluar tadi tak perasan phone aku mati. Bateri flat. Sorry weh," berkali-kali Sara memohon maaf. 

"Takpa..aku faham. Kau tak salah pun," ucap Hana. 

"Thanks Faiz tolong Hana tadi. Kalau kau tak ada aku tak tahu la apa jadi dekat dia tadi," Sara berkata sambil memandang Faiz.

"Takda hal. Aku pon kebetulan ada dekat kedai bawah tu," balas Faiz.

"Kau boleh jalan sendiri tak ni Hana? Meh aku bawakkan ubat kau tu." Faiz menghulurkan plastik ubat dan kunci kereta kepada Sara.

"Takpa aku okay dah ni," jawab Hana.

Gadis itu kemudian menoleh ke belakang, menghadap Faiz.

"Thanks awak. Tolong saya," ujar Hana. Dia tersenyum sedikit.

"Sama-sama. Jangan lupa makan ubat. Yang paling penting makan kena on time. Aku balik dulu," pesan Faiz dan melangkah pergi sebaik sahaja Hana mengangguk dan masuk ke dalam rumah.

Faiz mendapatkan motosikalnya di tempat yang ditinggalkan tadi. Dia terus pulang ke rumah sewanya. Sebelum tidur, Faiz mencapai handphone dan menaip sesuatu di whatsapp.

Faiz📩 Have a good rest. Sleep tight. Take care princess.

Send!

Send!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now