BAB 36

10.7K 431 4
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.


Seminggu berlalu. Setakat ini aku berjaya mengelak dari bertemu Faiz. Rindu? Terpaksa aku lawan sendiri. Namun Faiz tidak jemu-jemu mencari. Whatsapp, call, mesej, semua digunakannya. Aku kentalkan hati untuk tidak mengalah.

Sehari sebelum kelas di bengkel, aku berjumpa dengan Cik Delaila. Puas aku pujuk untuk tukar kumpulan. Usaha aku tidak sia-sia apabila berjaya membuatkan Cik Delalila akur dengan permintaanku.

Sesi kelas di bengkel di bahagikan kepada 2 bahagian. Separuh kumpulan akan membuat amali di bengkel lain dan separuh lagi di bengkel yang lainnya. Kemudian akan bertukar giliran pula. Situasi menyebelahi aku apabila aku tidak lagi satu bengkel dengan Faiz. Ada juga Lisa whatsapp bertanyakan keputusan aku untuk bertukar dengan ahli lain. Apa sahaja alasan aku berikan asalkan dapat menjauhi Faiz.

Aku tidak mahu lagi ada peluang dan ruang untuk aku letakkan harapan pada lelaki itu. Lebih baik begini. Tidak bertemu, tidak berhubung langsung. Aku tidak rasa seperti diperbodohkan atau dipermainkan.

Minggu berikutnya, aku bertembung dengan Nelly di tangga Jabatan Kejuruteraan Awam. Gadis itu hanya menghadiahkan jelingan tajam. Ah, biarkan. Tak luah sedikit pun.

"Simpan angan-angan kau nak dapatkan Faiz," kata-kata Nelly sempat singgah di telingaku. Aku berpusing, berhadapan dengan si gadis berambut karat ini.

"He's all yours. I don't care at all," balasku lalu terus melangkah pergi.

Kata Sara yang ada bersamaku ketika itu, muka Nelly merah padam sebaik sahaja aku menuturkan kata-kata itu. Serve her right!


...

"Jomlah Hana, please...," Sara memujuk. Walau berkali kali aku menolak, gadis kelahiran Johor ini tidak mengenal erti putus asa.

"Sara, kalau kau sayang aku..stop begging me. Kau tau aku tak nak jumpa dia lagi kan. Please.."

"Of course I love you, babe. But Hana, kau just teman aku je tengok tournament tu. Kalau dia ada kau buat tak tahu je. Kau tau jelah kalau ada game, majoriti lelaki kot yang datang tengok. Plus, Saif memang tak bagi aku tengok game dia kalau aku datang sorang. Please, babe" pujuk Sara lagi.

Aku diam sejenak. Berfikir. Akhirnya aku mengalah. Dengan syarat Sara kena sentiasa dengan aku dan tidak meninggalkan aku untuk bersama Saif atau sesiapa sahaja. Laju kepala Sara mengangguk. Gadis itu menjerit dan melompat kegembiraan. Macam kanak-kanak ribena!

...

Hari perlawananan ragbi antara politeknik satu Malaysia akhirnya tiba juga. Perlawanan berlangsung di padang poli. Sara mengheret aku ke tempat duduk bertingkat di tepi padang. Ramai penonton memilih untuk duduk di situ bagi menyaksikan perlawanan.

Sara berjaya mendapatkan tempat di level paling bawah, berdepan dengan bangku pemain. Alasannya dapat tengok Saif dari dekat. Huh! Nak tengok game ke nak tengok boyfriend?

BUTAKAH CINTA ©️ Onde histórias criam vida. Descubra agora