BAB 30

11.8K 432 2
                                    

Belum sempat lagi Abang Fiq mematikan enjin kereta, aku meluru keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum sempat lagi Abang Fiq mematikan enjin kereta, aku meluru keluar. Terus menerpa ke arah ibu dan abah yang sedang menunggu di pintu rumah. Susuk tubuh tua di hadapan, aku peluk kedua-duanya bagai tidak mahu lepas. Aku hamburkan segala kerinduan yang terpendam. Ibu dan abah ketawa melihat keletah anak bongsu mereka ini.

"Rindunya!" Jeritku.

"Ibu dengan abah pun rindu Hana. Sihat, sayang?" Soal ibu. Tubuhnya masih dalam rangkulanku.

"Hana sihat. Alhamdulillah. Ibu abah macam mana? Ni kenapa tak nampak tua pun? Tak aci lah macam ni."

Sekali lagi bergema ketawa mereka diikuti Abang Fiq di belakang. Aku meleraikan pelukan.

"Alhamdulillah kami semua sihat je kat sini, Hana. Eh jom masuk. Apa yang berdiri kat muka pintu ni je?" Ibu mendorong aku masuk. Abang Fiq pula membantu menarik bagasi aku.

"Hana dah makan ke?" Abah pula menyoal.

"Belum, abah. Hana dah spare perut siap-siap untuk makan masakan ibu tau?"

Tergelak abah mendengar jawapan dari aku. Kami berempat menapak masuk ke dapur. Segala jenis juadah sudah sedia terhidang.

"Ibu tak makan ke?" Soalku melihat ibu hanya mengambil sebiji pinggan sahaja.

"Dah. Ibu dengan abah mana boleh makan lewat. Abang Fiq pun dah makan sekali tadi. Ni kami temankan Hana makan ya."

Aku mengangguk faham. Yelah, dah pukul berapa ni. Orang lain dah nak minum petang Hana oi. Kau baru nak lunch. Ibu menghulurkan pinggan berisi nasi. Aku menyambutnya dan mula mencedok lauk pauk. Berselera sungguh hingga tak sedar dua kali aku menambah.

Akhirnya aku tersandar kekenyangan. Ibu tersenyum melihat aku berselera menjamah air tangannya.

"Alhamdulillah. Kenyangnya Hana, bu. Sedap sangat! Terbaik!" Aku menaikkan ibu jari, thumbs up!

"Seronok ibu tengok Hana makan. Hilang rasa penat memasak."

"Makan macam anak dinasour!" Usik Abang Fiq.

"Eh biarlah. Kalau Hana anak dinasour, abang pun samalah!"

Semua ketawa senang hati. Aku kemudiannya bangun dan mencuci tangan serta pinggan di sinki. Selepas itu kami berempat ke ruang tamu, menyambung perbualan di sana.

"Abang Is balik bila, bu?"

"Kejap lagi baliklah dia. Hari ni kan cuti. Tapi pagi tadi katanya ada hal kat kem. Tu dia takda ni."

"Assalamualaikum," seseorang memberi salam.

Semua mata terarah ke muka pintu. Terjengul wajah Abang Is. Laju aku bangkit dan menerpa ke arah abang keduaku. Abang Is yang terpinga-pinga menepuk lembut belakang badanku.

"Abang Is!! Lamanya tak jumpa! Rindu!"

"I miss you too, sister! Bila sampai?"

"Baru je. Abang dari kem ke?"

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now