BAB 27

10.9K 466 8
                                    

Di pasaraya, aku menolak troli menuju ke bahagian sayur-sayuran

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Di pasaraya, aku menolak troli menuju ke bahagian sayur-sayuran. Sara mencadangkan sayur campur dan kari ayam untuk menu makan tengahari hari ini.

"Sara, kau pilih sayur. Aku pergi ambil ayam," cadangku dan Sara mengangguk. Aku meninggalkan troli di tepi Sara dan bergerak ke bahagian basah.

Ayam yang paling elok keadaannya menjadi pilihan aku. Seterusnya aku ke kaunter timbang.

"Sayang, ambilkan I plastik tu. I nak beli epal ni," suara seorang gadis menerpa pendengaranku.

Aku kenal suara tu. Tanpa berfikir lama, aku menoleh. Seperti yang aku jangkakan. Memang Nelly. Dan 'sayang' yang dimaksudkan itu ialah Faiz. Faiz aku lihat mencapai plastik dan menghulurkannya kepada Nelly.

Saat plastik bertukar tangan, kepala Faiz berpaling ke arah di mana aku berdiri. Menyedari hal itu, aku mengalihkan pandangan dan segera melarikan diri dari situ. Dia nampak aku ke? Harap-harap tak.

Aku menghampiri Sara. Gadis itu kemudian menolak troli menuju ke bahagian rempah ratus. Aku hanya mengekori langkah Sara.

"Kau ni dah kenapa Hana? Dari tadi lain macam je," tegur Sara.

"Huh? Takda apa-apa. Cepat sikit Sara. Aku dah lapar ni," renggekku. Sengaja.

Sara lantas mencapai rempah kari dan santan sebelum kami berdua menolak troli ke kaunter pembayaran. Selesai membuat pembayaran, aku membantu Sara menjinjing beg plastik menuju ke skuter yang diparkir di luar.

Helmet disarung, enjin dihidupkan dan aku memulas throttle memecut pergi. Mujur tidak terserempak lagi dengan dua manusia tadi. Sudah berbaikkah mereka? Atau Faiz masih belum berterus terang? Ah gasaklah! Apa yang kau nak sibukkan Hana? Just stay away.

Sampai sahaja di rumah, aku dan Sara terus menyinsing lengan mula menyiapkan menu makan tengahari kami. Aku mengupas bawang,halia dan ubi kentang manakala Sara pula mengambil tugas membersihkan ayam dan menyiang sayur. Semerbak bau aroma rempah kari saat aku mula menumis. Wangi. Sementara menunggu rempah garing, aku menanak nasi.

Hampir sejam di dapur akhirnya juadah makan tengahari kami berdua siap. Pakej dengan sambal belacan. Fuh! Boleh bertambah nasi nanti. Masa ni tak fikir diet dah. Eh pernah ke kau diet-diet ni Hana oi? Cait.

Usai makan, Sara menawarkan diri untuk mengemas meja makan dan mencuci pinggan. Aku beredar ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat zohor. Jam 3 petang nanti ada kelas lain pula.

Bunyi notifikasi dari whatsapp menghentikan langkah aku ke bilik air. Aku kembali ke katil dan mencapai handphone yang terletak di atas meja. Jari jemari laju menekan skrin. Mesej dari Adib.

Adib: Hai sweety. Teman saya jogging petang ni, jom!

Aku menaip sesuatu. Membalas.

Hana: Boleh. Pukul berapa? Saya habis kelas pukul 4.30 nanti.

BUTAKAH CINTA ©️ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora