BAB 66

9.2K 407 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Sedar tak sedar dah sebulan sejak semester baru bermula. Faiz agak sibuk dengan kelas, assignment, tutorial dan latihan ragbi. Hana pula sibuk dengan praktikalnya. Faiz faham apa yang dilalui Hana kerana dia terlebih dahulu sudah melalui fasa itu. Faham penat gadis itu. Jadi, hari bekerja mereka jarang dapat bertemu. Cuma berbalas whatsapp setiap hari.

Pulang dari kelas pada tengahari itu, Faiz merebahkan badan ke atas katil. Cuba memejamkan mata buat seketika. Mujur juga sebelah petang dia tiada apa-apa kelas. Cuma selepas asar, ada latihan ragbi di padang yang perlu dihadiri. 

15 minit berbaring, Faiz bangkit dan duduk di birai katil. Handphone di atas tilam dicapai. Instagram dibuka. Jarinya menari di atas skrin, menolak ke atas melihat gambar-ganbar yang diupload oleh kawan-kawannya. Jari Faiz terhenti apabila melihat gambar yang Hana upload pagi tadi. Gambar gadis itu di site project bersama Medina dan seorang lelaki yang tidak Faiz kenali. Mungkin pekerja di site itu juga.

Setelah menekan ikon love, Faiz meneruskan lagi aktivitinya menscroll. Satu lagi gambar Hana menarik perhatiannya. Gadis itu memakai topi keselamatan bersama segulung kertas putih di tangan dan sepasang safety boots, sedang bercakap dengan seseorang. Kelihatannya diambil secara candid. Medina yang ambil agaknya. 

Ada gaya engineer tak? Acah2 busy😝

Faiz ketawa melihat caption yang ditulis oleh gadis kesayangannya itu. Laju tangannya menekan ikon love dan comment.

+ My Baby Panda looks cute in that hat and boots.

Tidak lama selepas itu, Hana membalas.

+ Hey! I'm not a panda!

Faiz ketawa lagi. Tanpa membalas Faiz masuk ke bilik air membersihkan diri sebelum menunaikan solat zohor.

Petang itu seperti biasa, latihan ragbi dijalankan di padang poli. Faiz menunggang motosikal bersama Baihaqi dan Khairul. Aktiviti memanaskan badan dimulakan setelah semua ahli pasukan sudah berada di padang. Kemudian latihan dimulakan seperti biasa.

Encik Zaki memanggil semua pemain-pemainnya agar berkumpul sebaik sahaja latihan selesai. Ada beberapa perkara yang akan disampaikan.

"Hujung minggu ni kita ada friendly match dengan team ILP.."

"Kat mana coach?"

"Padang depan masjid negeri. Jam 8 pagi. Don't be late.."

Kesemua pemain menganggukkan kepala tanda faham. Selepas itu, mereka dibenarkan bersurai. Faiz, Baihaqi dan Khairul tidak terus pulang ke rumah. Mereka bersantai dahulu di tepi padang. Merehatkan badan. Lagipun hari masih awal. 

"Kau apahal Bai? Berangan?" Tegur Faiz.

"Berangan ingat awek Myvi tu ke, Bai?" Usik Khairul pula. Faiz memandang Khairul dengan kerutan di wajah.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now