BAB 19

11.5K 542 21
                                    

Usai kelas petang itu, aku menunggang skuter untuk pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai kelas petang itu, aku menunggang skuter untuk pulang ke rumah. Melalui tepi padang, aku sempat bertentang mata dengan Faiz yang kebetulan berada di situ. Hampir dengan jalan raya. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Fokus kembali pada jalan.

Setibanya di rumah aku meletakkan beg di atas meja. Aku meyinsing lengan baju hingga ke paras siku lalu kaki menapak ke dalam bilik air. Mengambil wudhuk dan menunaikan solat asar. Masih dalam telekung, aku berbaring di sejadah. Terasa tenang jiwa saat ini. Bunyi beep dari telefon aku biarkan sahaja. Terasa malas mahu melihat pesanan entah dari siapa.

Entah bila aku terlelap. Sedar-sedar sudah hampir waktu maghrib. Aku bingkas bangun dan menanggalkan telekung. Tuala dicapai dan aku ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu aku menunaikan solat maghrib.

Perut berbunyi meminta diisi. Aku ke dapur melihat apa yang ada di dalam peti yang boleh dimasak. Melihatkan bahan2 yang ada aku memutuskan untuk membuat nasi goreng kampung sahaja. Favourite aku lagi-lagi yang pedas. Telur mata sebiji. Cukuplah untuk dinner malam ni. Getus aku dalam hati. Sara, esok baru gadis itu pulang. Makanya harini aku makan sendirian.

Aku menadah tangan membaca doa makan dan mula menikmati nasi goreng kampung hasil air tangan sendiri. Sedap jugak! Eh! Eh! Puji diri nampak Hana?

Selesai makan aku menghadap assignment dan tutorial untuk hari itu. Banyak jugak yang perlu disiapkan. Berjaga malam la aku harini. 2 jam setengah aku berteleku di meja belajar ditemani lagu-lagu yang berkumandang dari radio. Sekali lagi notifikasi dari whatsapp aku berbunyi. Aku mencapai handphone di atas katil.

Selain dari group whatsapp, ada dua personal message daripada Adib dan Faiz. Aku buka mesej daripada Adib terlebih dahulu.

Adib📩 Hai Hana. Buat apa tu?

Aku tersenyum. Laju tangan membalas.

Hana📩 Hai Adib. Saya tengah siapkan assignment. Awak?

Send!

Sementara menunggu balasan dari Adib, aku membuka mesej daripada Faiz.

Faiz📩 Kau marah aku ke?

Mesej petang tadi. Aku tak balas jadi dia hantar mesej lain.

Faiz📩 Hana, aku mintak maaf okay pasal apa aku cakap tadi. Aku cuma tak nak kau letak apa-apa harapan pada aku. Please Hana reply.

Aku lihat statusnya online. Teragak-agak untuk membalas. Akhirnya aku menaip sesuatu.

Hana📩 Pernah ke saya cakap saya suka awak?

Hanya beberapa saat, Faiz membalas.

Faiz📩 Aku bole baca isi hati kau Hana. Tak perlu kau bohong.

Aku terdiam. Mamat ni pandai betul baca isi hati orang. Fuh!

Faiz📩 Kenapa kau diam? Betulkan apa aku cakap?

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now