BAB 40

11.7K 456 17
                                    

"Sam, bangun!" Suara garau yang mengejutkan Sam, membuatkan aku ikut terjaga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sam, bangun!" Suara garau yang mengejutkan Sam, membuatkan aku ikut terjaga. Sam menggeliat kecil. Kantuk aku masih bersisa. Jari menenyeh perlahan kelopak mata lalu melihat gerangan yang bersuara. Faiz. Lelaki itu juga memandangku.

"Bangunlah, semua orang dah turun dari bas. Kau je sedap membuta lagi," perli Faiz.

"Hurmm kita dah sampai mana ni Faiz?" Soal Sam dengan suara seraknya.

Aku melihat sekeliling. Kosong. Cuma tinggal kami bertiga sahaja. Dari tingkap bas, aku menjengah ke luar. Bas berhenti di hentian rehat.

"RNR Tapah," sempat Faiz menjawab sebelum dia berlalu keluar dari perut bas. Sam bangun diikuti aku. Kami berdua turun dan mula mencari arah yang hendak dituju.

"Awak nak makan ke? Minum ke?" Soal Sam.

Aku mengangguk. "Jom, saya lapar."

Sam mendahului aku, menuju ke arah deretan kedai yang masih dibuka. Terang benderang walaupun jam sudah 3 pagi. Melihat kedai menjual air, aku berhenti seketika dan masuk ke dalam.

"Bang, kopi o panas satu," aku memesan minuman. Beberapa minit kemudian, air yang dipesan siap. Aku keluar dari kedai mendapatkan Sam di gerai sebelah. Gerai menjual makanan. Di tangan Sam ada sebungkus nasi lemak.

"Awak nak makan apa, Hana?"

"Saya nak makan sandwich jelah. Dah tiga pagi, perut tak lalu nak telan yang heavy," Sam mengangguk lalu memberi laluan kepadaku untuk mengambil makanan.

Selesai membeli, aku mencari tempat duduk yang dipenuhi rata-rata peserta rombongan kami. Melihatkan satu meja kosong di bahagian tepi tiang, cepat-cepat aku menapak ke situ. Sam turut melabuhkan punggungnya di tempat yang sama. Kami menikmati makanan masing-masing dengan senyap.

Ketika hendak ke sinki mencuci tangan, aku bertembung dengan Faiz yang juga mahu ke tempat yang sama. Kami hanya diam tanpa sepatah kata sebelum membawa haluan masing-masing.

Setengah jam kemudian, semua pelajar sudah berada di dalam bas. Encik Johan dan Puan Marisa memeriksa setiap kerusi sebelum bas mula menyambung perjalanan.

"Woi Sam! Kau ke belakang sekejap!" Arah seorang lelaki yang duduk di sebelah Faiz.

Sam menoleh ke belakang. "Alah kau ni, nak apa?"

"Eh cepatlah. Ada benda lah aku nak cakap. Jangan melawan boleh? Faiz, kau tukar tempat dengan Sam kejap. Aku ada hal nak cakap dengan dia," ujar lelaki itu. Faiz tidak banyak soal terus bangun menuju ke arah Sam.

Melihat Faiz ke arahnya, Sam bangun dan mereka berdua bertukar tempat. Aku hanya diam sebaik sahaja Faiz melabuhkan punggungnya di sebelahku. Kedua-dua tangan aku genggam rapat. Aircond yang tadinya terasa sejuk tiba-tiba bagaikan berhenti berfungsi. 

Ish kau ni Hana dah kenapa?

"Just relax and sleep," Faiz mengumam perlahan. Dia menyandarkan kepala dan tubuhnya di kerusi. Melalui ekor mata, aku melihat Faiz mula menutup mata.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now