BAB 15

11.7K 504 15
                                    

Melalui ekor matanya, Faiz hanya melihat Hana melangkah ke arah Adib

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melalui ekor matanya, Faiz hanya melihat Hana melangkah ke arah Adib. Nelly di sebelah yang sedang bercerita itu ini tidak dipedulikannya. Hana tersenyum saat Adib memandangnya. Tiba-tiba hati Faiz sakit melihat adegan itu. Lantas dia berpaling. No Faiz! Ingat janji kau pada Nelly dulu.

"Sayang, you dengar tak apa I cakap?" Soal Nelly seakan-akan merajuk.

"Ya, I dengar. You betul ke nak teman I training ni? Nanti you bosan pulak," ujar Faiz sambil menunduk mengemaskan ikatan tali kasutnya.

"Betul lah. Lagipun I tak nak orang lain menggatal dengan you," ujar Nelly seraya menjeling ke arah Hana. Faiz faham maksud kata-kata Nelly.

"Jangan nak mengarutlah. I nak start dah ni. Tapi kalau you boring, you nak balik..you balik lah. I okay."

"No. I nak tunggu sampai you habis training,"

"Oklah kalau macam tu I pergi dulu," ujar Faiz sebelum menyertai rakan pasukannya memanaskan badan.

Nelly mengambil tempat di tepi padang. Dia duduk beralaskan surat khabar yang dibawanya. Sempat dia melambai ke arah Faiz ketika lelaki itu menoleh ke arahnya sebelum bergerak ke tengah padang.

Di suatu sudut padang yang lain, Hana dan Adib duduk bersebelahan. Kedua-dua mereka asyik bersembang. Adib bercerita sedikit sebanyak mengenai sukan ragbi kepada Hana. Dia dahulu pernah menyertai sukan itu sebelum terpaksa melupakan impiannya menjadi pemain rofesional akibat kecederaan yang dialaminya. Hana tekun mendengar. Di tengah padang pula Faiz mula berlatih bersama pasukannya. 30 minit berlalu Nelly mula berasa bosan. Lalu dikeluarkan handphonenya. Dia membuka aplikasi whatsapp dan menghantar mesej kepada seseorang. Sesekali bibirnya menguntum senyuman. Dia leka membalas whatsapp tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sedar-sedar Faiz sudah berdiri di hadapannya.

"Eh, you dah siap training ke?" Soal Nelly terkejut.

"Take five kejap. You busy whatsapp dengan siapa?" Faiz bertanya serentak melabuhkan punggung di sebelah Nelly. Dengan rakus dia meneguk air mineral yang dibawanya. Lencun badannya dengan peluh dan air mineral yang mengalir. Kenapa kacak pulak Faiz ni? Aip author..ingat suami. Hahaha!

Nelly cepat-cepat menyimpan telefonnya ke dalam handbag.

"Tak ada siapa lah. Ni haaa si Mimi ajak I keluar malam ni," Nelly berbohong.

"Oh..," ringkas respon dari Faiz. Matanya meliar ke arah Hana dan Adib. Bukan main seronok mereka berbual berdua. Ada apa-apa ke antara mereka? Tapi dorang baru je kenal. Mustahil lah kalau dah tahap serious. Faiz bermonolog dalam hati.

"Sayang, malam ni I keluar dengan Mimi ye?"

"You ni, I tengok kerap keluar. Tak ada assignment ke?"

"Alah you ni, kan tadi I baru lepas study. I siapkan assignment sekalilah tu," dalih Nelly.

"Yela. Ikut suka you lah. Ok lah I nak sambung balik ni. You nak tunggu sampai I habis ke?"

Nelly mengangguk. Faiz kembali ke padang. Nelly sempat menjeling Hana. Kau jangan ingat kau boleh cover line dengan bawa lelaki lain. Aku takkan biarkan kau rapat dengan Faiz. Jangan mimpi nak rampas dia dari aku!

...

"Ok guys. Jangan lupa datang esok macam biasa. Jangan lewat kalau tak nak kena denda," ucap Faiz selaku captain. Semua mengangguk tanda faham. Perlahan-lahan mereka bersurai. Latihan hari ini tamat lebih awal daripada kebiasaannya. Beberapa orang pemain mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Faiz menggalas beg sandangnya. Hairan dia hari ini Nelly mampu bertahan sampai dia habis latihan. Selalunya sekejap je dia dah panas punggung nak balik. Bosan katanya. Tapi kemudian dia faham apabila melihat Nelly memandang Hana dan Adib yang bergandingan keluar ke parking kereta.

Oh, kes cemburu!

Matanya juga tertancap pada pasangan tersebut. Dia lihat Adib membuka kereta untuk Hana. Bibirnya menjuih. Romantik lah sangat.

"Sayang, you nak I hantar you balik ke?" Soal Nelly.

"Tak payahlah. I datang tadi naik motor. You nak gerak dulu, pergilah," ujar Faiz.

"Okay. Kalau macam tu, I balik dulu ya. Jumpa esok, sayang," pamit Nelly. Dia akhirnya beredar dari situ.

Faiz menghidupkan enjin motosikalnya dan memecut pergi.

...

Usai mandi dan solat, Faiz baring di atas katil. Fikirannya melayang mengingatkan Hana. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu memikirkan gadis itu. Sedangkan dia dah ada Nelly dan mereka baru sahaja berbaik.

Terbayang-bayang gelak ketawa Hana bila bersama Adib. Faiz cemburu. Tapi ego mengatasi segala-galanya. Dia tak boleh rapat dengan Hana tapi dalam masa yang sama dia tak boleh tengok ada lelaki lain di samping gadis itu. Ah, tak boleh jadi macam ni. Baik aku study lagi baik! Getus Faiz di dalam hatinya.

Sejam menghadap buku dan assignment, handphone nya berbunyi. Tit!tit!

Bunyi notifikasi whatsapp. Mesej dibuka. Daripada Baihaqi.

Baihaqi📩 Bro, lepak jom! Aku kat tempat biasa ni.

Aik, bila masa pulak dia keluar? Tak dengar bunyi motor pon. Dah tu tak ajak aku pulak. Dah sampai baru ingat member kat rumah ke?

Faiz📩 Kau apahal dah kelauar baru ingat nak ajak aku?

Baihaqi📩 Aku tak plan pun ni. Tadi keluar kejap pergi jumpa member. Alih-alih terus ke sini. Sorry bro!

Faiz📩 Okay. 10 minit aku sampai.

Faiz bersiap-siap untuk keluar. Dia hanya mengenakan jeans dan tshirt berwarna hitam.

Setibanya di tempat yang dijanjikan, Faiz memakir motor dan berlalu ke meja di mana Baihaqi dan kawan-kawannya yang lain berada. Setelah memesan minuman, mereka bersembang sambil menonton televisyen. Suasana di situ seperti biasa gamat dengan manusia yang rata-rata di kalangan pelajar poli. Ada yang bersendirian, berpasangan dan tidak kurang juga yang bersama kawan-kawan. Masing-masing leka dalam dunia mereka sendiri.

Handphone Faiz bergetar di dalam poket seluar. Dia mengeluarkannya dan melihat skrin.

"Hana?"

"Faiz, tolong saya..," suara Hana tersekat-sekat.

"Hana? Kau kenapa?" Soalnya cemas.

"Tolong saya. Sakit..," rayu Hana.

Faiz bingkas bangun. Suara Hana jelas dalam kesakitan. Apa dah jadi pada Hana?

 Apa dah jadi pada Hana?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now