BAB 57

9.2K 384 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Awal pagi aku keluar bersama ibu ke pasar. Kata ibu mahu mencari sedikit lagi lauk tambahan untuk makan tengahari nanti. Maklumlah ada tetamu nak datang.

Balik sahaja dari pasar, aku membantu ibu di dapur. Sesekali berbalas whatsapp dengan Faiz. Bertanyakan lokasi terkininya. Dalam pada teruja, aku juga nervous memandangkan ini kali pertama Faiz datang ke sini.

Ibu memasak Ikan Siakap Sweet Sour, aku pula menyiapkan Ayam Masak Lemak Cili Api. Lauk-pauk lain yang aku dan ibu siapkan, Ikan Goreng, Kailan Ikan Masin dan Sambal Belacan serta ulam-ulaman. Hampir jam 12 tengahari semua menu sudah siap di atas meja.

Aku mencuci tangan dan meminta diri ke bilik untuk membersihkan badan. Siap sahaja menyikat rambut, ibu mengetuk pintu memaklumkan Faiz sudah tiba.

"Kejap, ibu. Hana nak pakai tudung," ujarku.

"Okay. Cepat sikit," kata ibu.

5 minit kemudian aku keluar dari bilik. Menuju ke pintu utama, aku lihat Faiz sedang berbual dengan abah di tepi keretanya. Ibu pula memanggil mereka berdua masuk. Panas katanya bersembang di luar.

Saat mata aku dan Faiz bertemu, lelaki itu tersenyum manis. Ouch!

Abah menjemput Faiz masuk.

"Hai, awak.." sapaku sebaik sahaja Faiz mampir.

"Hai, princess," Faiz menjawab perlahan.

"Senang tak nak cari rumah saya tadi?"

"Guna waze je. Takda lah susah mana.."

"Alhamdulillah. Jomlah masuk.."

Kami berdua kemudian mengambil tempat masing-masing di ruang tamu. Abah berbual seketika dengan Faiz sewaktu aku dan ibu menyiapkan meja makan.

"Bang, jom lah. Ajak si Faiz tu makan," pinta ibu. Abah hanya mengangguk lalu menjemput Faiz ke meja makan.

"Haa..duduk Faiz," pelawa ibu.

Setelah selesai bacaan doa yang diketuai oleh abah, kami semua menikmati juadah makan tengahari bersama.

"Tambah lagi, Faiz. Jangan malu-malu. Lauk-lauk ni Hana masak. Makcik tolong sikit-sikit je," ujar ibu seperti melegoku. Hahaha!

"Awak dengarlah cakap ibu tu. Padahal dia yang masak. Pandai-pandai je..," kataku menahan malu.

"Sedap makcik dengan Hana masak. Terima kasih."

Aku tersenyum membalas ucapan terima kasih dari lelaki itu.

...

"Malam ni, awak tidur bilik Abang Is. Dia jarang ada kat rumah. Banyak tidur di kem..," ujarku saat menunjukkan bilik Abang Is yang akan menjadi tempat tidur Faiz untuk malam ini.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now