BAB 28

10.8K 450 3
                                    

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.


Hari terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula. Esok Sabtu pagi aku akan pulang ke kampung menaiki bas. Sara dah berjanji untuk menghantar aku ke terminal bas.

Pagi ni aku ada kelas Tamadun Islam. Kelas sebelah petang dibatalkan. Jadi aku ada masa untuk berkemas.

Bersesuaian dengan hari ni hari Jumaat, kami berdua sama-sama menggayakan baju kurung. Bagaikan perempuan melayu terakhir. Cewah! Masih awal ketika kami tiba di poli. Ada lagi 30 minit sebelum kelas bermula. Aku dan Sara duduk di bangku batu di luar kelas.

Sedang asyik bersembang, bunyi notifikasi whatsapp. Aku menggeledah beg mencari handphone. Lock screen aku buka. Whatsapp dari Faiz. Lama menyepi tiba-tiba pagi ni hantar whatsapp pula.

Faiz📩 Morning.

Mesej itu sengaja aku biarkan sepi. Hanya meninggalkan tanda bluetick sahaja. Kemudian masuk lagi mesej lain.

Faiz📩 Bluetick je? Tak nak reply?

Diam lagi. Aku malas nak layan Faiz yang dah macam chipsmore. Sekejap ada sekejap hilang.

"Siapa whatsapp tu Hana?" Soal Sara terganggu dengan bunyi notifikasi dari handphoneku.

"Faiz."

"Apa dia nak? Kenapa kau tak reply?"

"Morning wish. Nothing more.  Just ignore him," kataku.

Sara hanya menjungkit bahu.

Tit! Satu lagi mesej baru.

Faiz📩 Bas pukul berapa pagi esok? Aku hantar.

Aku terkejut Faiz tahu aku akan balik naik bas esok pagi. Siapa bagitahu dia? Aku memandang Sara. Gadis itu terpinga-pinga.

"What?" Sara berpura-pura bertanya.

"Kau bagitahu dia aku balik esok pagi naik bas?"

"Dia tanya jadi aku jawablah. Kau tak pesan apa-apa. Mana aku tahu." Sara tersengih bagai kerang busuk. Aku mengeluh lantas tangan menaip sesuatu.

Hana📩 No need. Sara akan hantar saya esok.

Faiz📩 Aku hantar. Full stop. Bas pukul berapa?

Haish dia ni tak reti bahasa melayu ke? Tanpa membalas, aku menyimpan kembali handphone ke dalam beg. Lantak dia lah.

"Faiz nak apa?"

"Dia nak tau esok bas pukul berapa? Dia nak hantar," malas-malas aku menjawab.

"Okaylah tu. Look, Hana. Aku tahu aku dah janji nak hantar kau esok. Tapi kalau Faiz insists, why not biar je dia yang hantar? You know..lagipun kita nak cuti mid sem ni kan. Nanti kau jugak yang rindu nak tengok muka dia. Kan? Kan?" Sungguh-sungguh Sara meyakinkan aku. Aku diam.

BUTAKAH CINTA ©️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن