BAB 44

11.2K 455 23
                                    

Bermacam-macam gambar kami ambil berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bermacam-macam gambar kami ambil berdua. Gambar paling mencabar sekali masa di LOVE LOCK. Faiz menyuarakan idea untuk bergambar dengan berlatar belakangkan perkataan LOVE tetapi melihat keadaan sekeliling yang rata-ratanya kawan-kawan kami juga berada di situ, terpaksalah kami curi-curi masa untuk bergambar. Fuh, susah juga jadi kekasih gelap ni. Eh?

Ada pertunjukan ular ketika kami melalui pentas yang ada di puncak Bukit Bendera. Sam dan dua orang lagi kawan Faiz juga ada bersama. Mereka berempat mengajak aku naik ke pentas untuk sesi bergambar bersama ular sawa albino. Mulanya aku menolak kerana agak takut dengan ular tetapi setelah diyakinkan semuanya baik-baik sahaja, aku akhirnya mengalah.

Faiz memegang bahagian kepala, aku dan Sam pula bahagian badan yang diletakkan di atas belakang bahu manakala yang lain memegang bahagian ekor. Meremang bulu roma ketika bersentuhan dengan ular tersebut.

"Takut?" Soal Faiz menoleh ke arahku.

"Tak takut tapi geli. Kulit dia sejuk..," kataku sambil membuat mimik muka. Faiz tergelak.

"Nak try pegang kepala dia tak?"

"Eee..tak naklah saya. Awak berdiri je diam-diam, eh?"

Faiz mula menyakat. Disuanya kepala ular itu kepada aku. Apa lagi, laju aku melompat ke belakang. Yang lain bukan main seronok ketawa melihat aku dibuli.

"Amboi Sam, seronok ya kenakan saya? Awak nak ke?"

"No. No. Don't you ever dare, Hana," marah Sam. Tahu pun takut. Ketawakan aku tadi bukan main lagi.

Selesai sesi bergambar, kami ke kaunter untuk membayar harga gambar tersebut. Aku tersenyum melihat gelagat kami yang bermacam-macam gaya. Gambar tersebut aku simpan di dalam beg galas. Kenangan indah aku dan Faiz.

...

Kami berlima berjalan ke tempat lain pula. Aku lupa aku berada di antara empat orang lelaki ketika ini. Kesemua mereka senior pulak tu. Ini semua salah Sam. Dah dia tu lembut jadi aku lupa dia lelaki. Hahaha!

"Aku dah agak dah korang berdua ni mesti ada something. Rapat semacam je. Tak payahlah nak dalih-dalih dengan aku, Faiz oi," ujar Sam ketika kami sedang minum di sebuah gerai. Mujur juga dua orang kawan Faiz tadi ke tandas.

"Diamlah kau, Sam," kata Faiz. Sam hanya menjeling.

"Kau sedar kan benda macam ni tak lama lagi sampai kat telinga Nelly?" Soal Sam. Saat ini aku terdiam. Faiz mengangguk. Kami berdua sedar hal itu.

"Sam, saya...."

"But you know what Faiz? Aku prefer this girl instead of Nelly. Yeahh..," ujar Sam tiba-tiba menunjuk ke arah aku.

Faiz ketawa. Aku pula rasa kekok. "Ada ke aku minta pendapat kau?" Perli Faiz. Sam merengus. Bengang dengan jawapan dari Faiz.

"Hana?" Tiba-tiba satu suara menegur. Aku menoleh ke tepi. Hazril! Spontan aku berdiri.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now