BAB 51

10K 415 6
                                    

Dua minggu berlalu semenjak hubungan Nelly dan Faiz berakhir

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Dua minggu berlalu semenjak hubungan Nelly dan Faiz berakhir. Hampir saban hari juga sepanjang tempoh itu, Nelly tidak putus-putus mencari Faiz. Merayu untuk menerima dirinya kembali. Mendengar cerita daripada Faiz, membuatkan aku merasa kasihan pada gadis itu.

Hujung minggu, aku menemani Faiz bermain futsal berhampiran kawasan perindustrian.

"Kau okay tak ni duduk sorang?" Soal Faiz.

"Okay. Awak pergilah. Kawan-kawan awak semua dah tunggu tu..," kataku.

Faiz mengeluarkan wallet dan handphone dari poket lalu disua kepadaku. Beg sandangnya juga turut dihulur.

"Tolong pegangkan?" Pintanya dan aku mengangguk. Wallet dan handphone Faiz aku masukkan ke dalam begnya lalu di letakkan di atas riba.

Aku menjadi pemerhati di luar gelanggang. Faiz seorang lelaki yang sangat aktif. Agak kontra dengan aku yang tidak begitu meminati sukan. Aku terfikir, tidak penatkah? Ragbi, futsal kadangkala berjogging di waktu pagi atau petang jika tiada training.

Seketika kemudian handphone Faiz berbunyi. Aku menarik zip, mencapai handphonenya untuk melihat si pemanggil. Nelly? Perlukah aku jawab? Namun akhirnya panggilan itu dibiarkan sepi sahaja.

Aku tidak punya keberanian untuk menjawab. Setelah itu, beberapa kali Nelly cuba lagi menghubungi Faiz. Dan aku tetap dengan keputusanku untuk tidak menjawab apa-apa bagi pihak Faiz. Risau keadaan menjadi lebih parah.

Akhirnya tiada lagi panggilan dari gadis itu. Aku menarik nafas lega namun cuma seketika apabila tiba-tiba Nelly muncul di gelanggang. Demi terlihatkan kehadiranku di situ, Nelly laju menghampiri aku yang duduk di bangku. Aku karget.

"Kau? Berani kau datang sini? Dasar betina perampas!" Jerit Nelly. Hampir sahaja tangannya melayang ke muka aku tetapi aku sempat mengelak.

Faiz yang berada di dalam gelanggang, berlari keluar apabila menyedari kehadiran Nelly. Lelaki itu pantas berdiri di antara aku dan Nelly.

"You buat apa datang sini, Nel? You tak malu ke orang tengok perangai you macam ni?" Sindir Faiz.

"You ke tepi Faiz. Ni antara I dengan betina tak tahu malu ni!"

"Stop it, Nelly! Enough!" Jerkah Faiz. Nelly sedikit tersentak.

"Sampai hati you layan I macam ni, Faiz? Kita couple dah lama. Tapi you pilih perempuan jalang ni daripada I!"

"Cukup! I tak nak dengar you hina Hana lagi. Dia tak salah. You tanya diri you sendiri kenapa semua ni jadi. Puncanya dari siapa?"

Aku hanya membatu di belakang Faiz. Tidak berani untuk berganjak. Hujung baju Faiz aku genggam. Teringat kembali serangan pertama Nelly dulu. Hampir sama dengan kali ini.

Nelly bagaikan histeria. Dia meraung, menjerit dan merintih. Keadaan menjadi lebih teruk apabila tiba-tiba gadis itu pengsan tidak sedarkan diri. Mujur Faiz sempat menangkap tubuh Nelly sebelum gadis itu rebah ke lantai.

BUTAKAH CINTA ©️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن