BAB 9

13.1K 550 15
                                    

Selepas peristiwa di barbeque tempoh hari, aku mengelak untuk bertembung dengan Faiz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas peristiwa di barbeque tempoh hari, aku mengelak untuk bertembung dengan Faiz. Bukan apa, aku malas nak hadap muka si ulat bulu tu. Tapi nak tak nak aku kena juga ke bengkel setiap minggu. Dah lah satu kumpulan dengan dia. Hadap jelah Hana oi!

Seperti biasa, Cik Delaila akan meminta kami duduk dalam kumpulan masing-masing. Lisa dan Razif duduk bersebelahan. Jadinya kerusi di sebelahku siapa lagi yang akan duduk kalau bukan Faiz. Aku diam sepanjang sesi penerangan dari Cik Delaila mengenai kerja kayu harini. Sesekali aku terdengar Faiz berdehem. Aku abaikan sahaja.

Bila tiba masa untuk melakukan kerja-kerja amali, Faiz menghampiriku. Di tangannya ada kayu yang akan dipotong nanti. Kayu itu kemudian diagihkan kepada kami berempat.

"Razif, kau tolong Lisa potong kayu tu. Aku tolong Hana," Faiz memberi arahan.

"Beres, bos!" Jawab Razif. Amboi dah macam apa tabik hormat bagai.

"Takpe, saya boleh buat sendiri," aku membalas. Aku melangkah ke meja memotong kayu. Faiz mengekori dari belakang.

"Sinilah bagi aku potong. Kau tu perempuan. Apa-apa jadi nanti aku lagi yang nak kena jawab," bebelnya.

"Tak payahlah. Saya boleh buat. Bukan susah mana pun," aku tetap berdegil. Ish dia ni orang cakap tak payah tu tak payahlah. Sibuk je!

"Degil!" Faiz merengus.

Aku meletakkan kayu di atas meja dan mula memotong menggunakan gergaji. Faiz berpeluk tubuh di sebelah memerhatikan aku membuat kerja. Aku sedaya upaya cuba berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan. Aku tak nak lagi kejadian di bengkel tempoh hari berulang. Aku tak nak Faiz berjaya buktikan kata-katanya dulu. Aku clumsy? No way!

Kali ini aku dapat menyelesaikan kerja-kerja memotong kayu tanpa berlaku sebarang insiden. Terasa bangga dengan kemampuan diri sendiri. Tanpa sedar aku memandang Faiz dan menjungkit kening sebelah. Berlagak. Faiz menjuih bibir. Namun selepas itu terukir senyuman di bibirnya.

'Alahai cairlah hati saya ni! Janganlah senyum-senyum macam tu. Nanti saya tak boleh buat kerja.'

Ya Allah, Hana! Kau ni dah kenapa? Aku menepuk dahi.

"Kau kenapa tepuk-tepuk dahi? Berangan? Ingat sapa? Kalau ingat aku tak apa. Jangan ingat orang lain pulak." Selamba badak je Faiz menuturkan kata-kata. Tersentap aku seketika.

"Ingat awak? Nak buat apa? Buang masa saya je."

Faiz tiba-tiba ketawa. Pertama kali aku lihatnya ketawa begitu. Apa yang kelakar aku pun tak tahu. Akhirnya aku beredar dan menyambung kerja-kerjaku kembali.

Hampir jam sebelas pagi semua mula mengemas dan menyusun kembali peralatan-peralatan yang digunakan di bengkel kayu. Usai semuanya, kelas bersurai. Aku beriringan dengan Sara meninggalkan bengkel. Terasa lapar pula perut. Matahari dah terpacak atas kepala ketika ini. Mata dikecilkan menahan terik cahaya.

Sara mengajakku untuk makan di Kafe B sahaja. Dah tak tahan lapar. Nanti menggigil pula bawa motor, katanya. Drama sangat kau Sara!

Menuruni bukit dari bengkel, kami melalui kawasan parkir sebelum menapak ke arah kafe. Setibanya di situ, aku memilih untuk duduk dahulu sebelum mengambil makanan. Menyejukkan badan seketika.

Aku ni pula jenis kalau dah duduk setempat, mata tak reti nak diam. Merata je melilaunya.

Kafe masih lengang. Ada lagi sejam sebelum menginjak ke angka dua belas tengahari.

"Panasnya cuaca. Petang ni ada kelas BI pulak kan? Balik ni sempat tidur kot?" Ujarku.

"Sempat lagi kau fikir tidur, Hana?" Tergeleng-geleng kepala Sara. Aku tersenyum kambing. Penatlah menukang tadi. Dapat selelap pon jadi ni!

"Eh, aku pergi ambil makanan dulu ya?" Aku meminta diri. Sara mengangguk.

'Hmm ... nak makan apa ya harini?'

Aku menyenduk nasi ke dalam pinggan. Melihatkan pajeri nenas, kecur air liurku. Laju tangan mencapai senduk. Tiba-tiba ada satu tangan mendarat ke atas tanganku. Spontan, aku menarik kembali tangan. Aku menoleh ke sebelah. Seorang lelaki aku kira seorang senior, juga kelihatan terkejut. Namun senyuman terukir di bibirnya selepas itu.

"Sorry. Ladies first," ujarnya, gentleman.

"Terima kasih," aku menjawab seraya tersenyum kepadanya.

"Sama pulak menu kita ya? Pajeri nenas ni favourite saya," kata lelaki itu ramah.

"Ya? Samalah dengan saya. Dapat pulak makan dengan sambal belacan. Boleh bertambah nasi. Habis diet," aku juga terikut menjadi peramah. Kami berdua ketawa.

"Dah kurus, kenapa nak diet? By the way, saya Adib." Dia memperkenalkan diri. Aku ketawa mendengarkan komennya tentang kurus.

"Hana," jawabku, tersenyum.

"I see ... nice name, Hana. Simple, senang nak ingat," Adib berbasa-basi.

Aku tersenyum lagi. Entah kenapa aku selesa berbicara dengannya walaupun kami tak pernah kenal sebelum ini.

"Hana sorang je ke?"

"Tak. Saya dengan kawan saya."

"Boleh saya join Hana makan? Tapi itu pun kalau tak keberatan lah."

"Boleh je," tanpa ragu-ragu aku menjawab.

Wajah Sara kelihatan blur ketika melihat aku dan Adib mampir. Aku memperkenalkan mereka berdua seterusnya menyampaikan niat Adib untuk menyertai kami. Sara tidak membantah. Aku mengambil tempat dan Adib memilih untuk duduk di sebelahku.

Sara menghilang ke dalam kafe, gilirannya pula mengambil makanan. Melihat Adib menadah tangan membaca doa, aku turut serta dan mengaminkan. Kami berdua menjamu selera sebelum Sara kembali menyertai.

Sambil makan, Adib bercerita sedikit sebanyak mengenai dirinya. Dia kini di semester lima. Sama dengan Faiz.

'Eh kenapa pula aku ingat lelaki tu? Aduh!'

Adib merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Berasal dari utara semenanjung Malaysia. Orangnya peramah dan agak kelakar. Pandai melawak. Tak kering gusi aku dan Sara mendengar celotehnya.

Sebelum berpisah, kami bertukar nombor telefon. Kata Adib dia mahu berkawan. Aku iyakan sahaja. Klise kan alasannya?

 Klise kan alasannya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now