BAB 37

10.8K 448 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Satu meja panjang di kedai mamak penuh dengan pemain ragbi poli. Semua lelaki di situ kecuali aku dan Sara. Dua kuntum bunga di antara kawanan kumbang. Ewah. Ini semua Sara punya pasal. Paksa aku join mereka semua melepak di sini selepas game tadi. Orang lain takda pulak bawak girlfriend, si Saif sorang je yang heret buah hatinya ke sini. Sekali dengan aku terheret. Huh!

Sara duduk di sebelah Saif. Aku pula mengambil tempat di sebelah Sara. Di sisi aku sebelah lagi, Nick salah seorang pemain. Faiz? Ada ni haa, depan aku. Sibuk je. Macam dah takda tempat lain dia nak duduk. Aku mengjuling mata ke atas.

Selesai membuat pesanan, masing-masing riuh bersembang. Geram aku dengan Sara ni. Dia ajak aku datang, dia buat tak nampak pula aku kat sebelah ni. Bukan main seronok bercerita itu ini dengan Saif.

Aku menjeling Faiz di hadapan. Lelaki itu sedang enak bersandar pada kerusinya dengan tangan direhatkan di atas penyandar kerusi sebelahnya. Nampak santai. Mata Faiz leka menonton televisyen. Tidak menyedari aku mencuri pandang. Kulit muka Faiz aku lihat sedikit terbakar. Mungkin sebab setiap hari training dan harini pula hampir separuh hari di padang. Berpanas terik. Tapi walau terbakar kulitnya pun, dia tetap kacak di mata aku. Eh! Eh! Kau ni Hana??

Faiz berpaling membuatkan aku sedikit tersentak lalu mengalihkan pandangan ke arah lain. Tanpa di sangka, Faiz meletakkan tangannya di atas meja dan mendekatkan mukanya hampir dengan aku.

"Aku suka kau curi-curi tengok aku. You look naughty," ujar Faiz perlahan tapi aku dapat mendengarnya dengan jelas.

Membulat mata aku melihat Faiz yang sudah kembali duduk di tempatnya kembali. Faiz ketawa kecil. Mujur juga yang lain tidak perasan. Haish mamat ni. Lagi lama aku kat sini entah apa lagi dia nak buat.

"Sara, aku balik dululah. Nanti kau suruh Saif hantar kau, boleh?" Aku berbisik di telinga Sara.

"Eh, kenapa ni? Tiba-tiba je nak balik?"

"Aku rasa tak sedap perut ni. Aku balik dulu okay? Kunci kereta mana?"

Lambat-lambat Sara menghulurkan kunci keretanya. Dari ekor matanya, aku pasti dia tahu kenapa aku mahu pulang. Sara mengangguk perlahan.

"Take care, babe. Drive elok-elok," kata Sara.

Aku bangun dari kerusi, mencapai purse dan handphone di atas meja. Sempat memandang Faiz yang nyata terkejut dengan tindakanku. Tanpa mempedulikan reaksinya, aku beredar ke kereta yang diletakkan berhampiran kedai.

Enjin kereta aku hidupkan dan meluncur pergi. Sebelum aku kalah dengan ayat manis dan panahan mata Faiz, sebaiknya aku beredar. Bukan membencinya tapi aku tahu aku tak kuat untuk terus berhadapan dengan lelaki itu.

...

Aku terjaga dari tidur apabila mendengar pintu rumah diketuk. Dengan malas, aku bangkit menuju ke pintu utama dan membukanya. Panahan mentari memaksa aku mengecilkan mata. Oh, Sara. Aku menyandar di bingkai pintu.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now