BAB 13

12.5K 498 11
                                    

"Hai sayang," sapa Nelly mesra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai sayang," sapa Nelly mesra.

Ketika Faiz menghubunginya tadi dia sedang bersiap-siap untuk keluar. Bukan main seronok dia apabila Faiz mengatakan ingin berjumpa. Sejak akhir-akhir ini dia jarang dapat berjumpa buah hatinya itu. Faiz susah nak diajak keluar kecuali kalau dipaksa.

"Duduk!" Arah Faiz tegas. Nelly yang terkejut dengan nada suara Faiz terus terduduk di sebelah lelaki itu.

"Kenapa ni sayang? You marah-marah ni kenapa? Soal Nelly buntu. Kelakuan Faiz malam itu berlainan sangat.

"Kenapa you jumpa Hana? Siap warning?" Soal Faiz.

"So you ajak I jumpa ni sebab betina tu la ye? Kenapa? Dia mengadu kat you ke?" Sindir Nelly.

"Watch your mouth, Nel. Hana bukan betina!"

"Yang you nak back up sangat dia kenapa? I ni girlfriend you, Faiz. You sepatutnya back up I, bukan dia!" Tengking Nelly. Dia geram.

"I takda apa-apa hubungan pun dengan Hana, okay? Kitorang just kawan. That's it!"

"Really, Faiz? Just kawan? Keluar makan berdua, siap hantar balik rumah?" Nelly menyindir lagi.

Faiz terdiam. Nelly nampak dia dan Hana malam tu?

"Kami cuma keluar makan je, Nel. Tak lebih dari tu," Faiz membela diri. Suaranya sedikit mengendur.

"Huh, keluar makan? Bila I ajak you keluar macam-macam alasan you bagi. Busy la apa la. Tapi dengan perempuan tu ada pulak masa you? Dah lah Faiz. Mengaku jelah you dah tawar hati dengan I. You dah tak perlukan I, dah tak sayang I lagi," rajuk Nelly.

"Look Nel. I'm sorry okay? I tahu I silap. I sayangkan you, I sayangkan hubungan kita. You dengan I bukan baru kenal. Dah dua tahun kita bersama. Please Nel, maafkan I okay?" Situasi seakan terbalik.

Nelly hanya mendiamkan diri. Tapi dalam diam dia tersenyum. Dia tahu Faiz sayangkannya. Dia tahu Faiz setia dengannya.

Faiz yang melihat senyuman di wajah Nelly berasa lega. Dia bukan jenis yang pandai sangat memujuk tapi dia perlu lakukannya kerana sayangkan hubungan mereka. Baginya andai jodoh antara dia dan Nelly tak panjang, dia tidak mahu menjadi punca mereka berpisah. Biarlah sebab lain. Tapi bukan dia!

"Promise me something?"

"What?"

"Promise yang you takkan keluar dengan dia lagi,"

"I promise," Faiz menunjukkan jari kelingkingnya. Nelly tersenyum senang.

"So, sebagai hukumannya malam ni you kena temankan I tengok movie okay?" Ujar Nelly.

Faiz hanya mengangguk seraya menadah tangan meminta kunci kereta Nelly. Dia mengambil tempat di bahagian pemandu. Nelly dengan senang hati masuk ke dalam kereta, duduk di sebelah Faiz. Faiz kemudiannya memandu keluar dari kawasan tersebut.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now