Special Chapter 1

11.4K 519 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Azan subuh berkumandang mengejutkan aku dari lena yang panjang. Mata yang terkatup, dibuka perlahan-lahan. Gelap. Hidungku bertemu dengan suatu objek yang keras. Tanganku naik menyentuh objek itu. Oh, dada Faiz yang tidak berbaju. Aku tersenyum sendiri sebelum meleraikan pelukan Faiz di pinggang.

Getah rambut yang berada di pergelangan tangan, aku lurut keluar sebelum mula memperbetulkan rambut yang serabai. Selesai, tocang satu.

Wajah Faiz yang sedang lena aku tatap lama. Wajah lelaki kesayanganku. Lelaki yang tidak pernah aku termimpi untuk memilikinya. Perlahan, aku tunduk mencium dahinya.

Kelopak mata Faiz sedikit bergerak, memberi respon kepada sentuhanku. Kemudian, matanya mula terbuka sedikit demi sedikit. Berbalas pandangan seketika, Faiz tersenyum nipis.

"Morning, sayang.." ucapnya dengan suara serak. Husky. Seksi.

"Morning, awak.."

Perlahan-lahan Faiz bangun dan duduk bersila. Tubuhnya menghadapku. Digenyeh sedikit kelopak matanya.

"Come.." gamitnya seraya menepuk ribanya. Aku mengerutkan wajah. Cuba memahami maksud arahan Faiz.

Melihat aku terpinga-pinga, Faiz menarik lenganku hingga aku terdorong ke arahnya. Didudukkan aku di atas ribanya sebelum kepala Faiz santai bersandar di bahuku. Tangannya melingkar di pinggang, memelukku dari belakang.

"Awak..saya nak mandi ni. Nak solat subuh," ujarku.

"Hurmm..sekejap. Saya mengantuk lagi ni," balas Faiz.

Aku tersenyum mendengarkan rengekannya. Untuk seketika, aku biarkan lelaki itu terlena dalam keadaan begitu. Walaupun pinggangku mula terasa lenguh, aku cuba tahankan. Perutku yang sudah memboyot juga sedikit membataskan pergerakanku.

Tiba-tiba terasa tendangan yang kuat dari dalam. Perut terasa sengal namun itulah pengalaman terindah bergelar seorang ibu. Faiz mengangkat kepalanya. Kepalaku menoleh memandang wajah Faiz. Matanya bundar, bercahaya memandangku.

"She's kicking..I can feel it.." ujar Faiz sedikit teruja. Hilang sudah kantuknya.

"Yaa..senak perut saya. Baby marah lah tu ayah dia menempel macam ni," ujarku seraya tertawa kecil.

Faiz menyentuh perutku. "Sorry, sayang. Ayah saja nak manja-manja dengan ibu. Jangan naughty-naughty tau, kesian ibu penat.."

Aku tersenyum bahagia. Setiap hari Faiz tidak pernah gagal berkomunikasi dengan bayi yang berada di dalam kandunganku yang sudah melangkau 7 bulan ini. Aku dilayan bagaikan seorang permaisuri. Apa jua yang aku idamkan, sehabis baik Faiz cuba tunaikan.

"Jom, mandi..lepas tu kita solat sama-sama," kata Faiz.

"Saya mandi dulu, ya?" Aku berkira-kira mahu turun dari katil apabila Faiz bersuara lagi.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now