BAB 26

11.5K 461 8
                                    

Hari baru, minggu baru bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari baru, minggu baru bermula. Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah sebelum cuti pertengahan semester bermula. Beberapa siri ujian juga akan dijalankan pada minggu ini. Kelas padat seperti biasa.

Tiket bas untuk pulang ke kampung sudah aku beli siap-siap. Kebiasaannya tiket cepat habis bila musim cuti-cuti begini. Jadi langkah selamat, beli awal-awal.

Pagi itu aku kelas seperti biasa bersama Sara. Semasa memakir motor, aku terperasankan motor Faiz selang beberapa buah dari motor aku. Dia ada kelas juga pagi ni. Sejak kebelakangan ini dia dah jarang kacau aku. Tiba-tiba rasa rindu. Ah, jangan nak mengarutlah Hana!

Setibanya di kelas, kebanyakan pelajar telah sampai. Aku dan Sara mengambil tempat duduk seperti biasa. Assignment minggu lepas yang diberikan perlu dihantar hari ini, aku keluarkan dari beg sandang.

Tiba-tiba wakil kelas kami, Amar bangun dan memaklumkan kelas pagi ini dibatalkan atas sebab Encik Ismail ada urusan penting yang tak dapat dielakkan. Namun, pensyarah berusia awal 40an itu sempat berpesan kepada Amar untuk memungut assignment yang perlu dihantar pagi ini.

"Assignment! Assignment! Hantar cepat!" Laung Amar dari depan. Semua berpusu-pusu menghantar tugasan yang telah siap sebelum keluar dari kelas.

"Nah," ujarku seraya menghulurkan helaian kertas yang telah siap dibinding.

"So Sara, ke mana hala tuju kita pagi ni?" Aku menyoal Sara selepas gadis itu menyerahkan tugasannya kepada wakil kelas.

"Jom lepak Sitiman. Aku dah lama tak pekena mee kari dia ni. Sedapnya!" Sara membuat muka comel. Nak je aku luku minah ni. Mujur sayang member.

Aku melihat jam di tangan. Kelas seterusnya lagi dua jam. Sempatlah kalau nak pergi.

"Orait. Jom!"

Sara sempat bergurau sambil berlari ke arah tempat parking. Aku juga turut mengikutinya berlari. Dah macam kanak-kanak ribena je. Bahagia benor kelas cancel eh pagi-pagi ni? Haruslah! Bukan selalu.

Tiba di Restoran Sitiman, aku dan Sara kedua-dua kami memesan mee kari. Memang mee kari di sini sedap! Jadi favourite kami berdua. Kalau datang sini memang itu saja yang kami pesan. Makanan lain sedap juga tapi mee kari tetap di hati. Cewah!

Sambil menunggu order sampai, kami bersembang kosong. Macam-macam topik yang dibualkan. Sampai sahaja makanan, masing-masing diam membisu. Betul-betul menghayati nikmatnya makanan. Fuh ayat tak tahan!

"Lepas mengidam aku nak makan mee kari ni tau. Takda la anak-anak cacing dalam perut aku ni meleleh air liur dorang kan," ujar Sara.

Serentak itu kami ketawa.

"Anak cacing ya? Siapa bapaknya?"

"Bapak dia macam-macam jenis ada. Mee kari, nasi ayam, kue teow kerang. Banyak kan?"

"Layan kepala gila kau ni sampai esok pun tak habis. Eh, ni kejap lagi ade maths test, dah cukup ke ilmu di dada cik Saraku, sayang?"

"Aku? Dalam tidur pon boleh jawab tau?"

"Eh-eh minah ni. Riaknya. Takabburnya dia. Allah tarik ilmu tu nanti baru tau.."

"Alah kau ni Hana. Gurau sikit je dah tak boleh. Period eh?"

"Banyak la kau punya period. Weh, nanti kau balik kampung Saif hantar ke?" Soalku menukar topik. Malas nak layan kepala masuk air Sara ni.

"Tak. Dia tak balik pun. Busy dengan training ragbi katanya. Samalah dengan buah hati kau si kapten tu..," ujar Sara.

"Buah hati apa benda ni? Aku siku muka kau yang cantik tu nak? Eh, biarlah dia nak balik ke tak. Tak ada kena mengena dengan aku okay?"

Sara ketawa dengan reaksi dari aku.

"Eleh. Mengaku jelah kau dah syok kat Faiz tu, kan? Jangan hidup dalam denial. Nanti kau jugak yang merana," ujar Sara.

"Dah! Dah! Tak payah nak jauh sangat merapu tu. Jom bayar. Lepas tu balik poli semula. Test menanti," kataku cuba berdalih.

Kami berdua bangun dan menuju ke kaunter pembayaran dan kembali ke poli setengah jam sebelum kelas matematik bermula.

...

Seperti biasa, kelas sunyi sepi saat ujian dijalankan. Kadang-kadang aku menggaru kepala yang tidak gatal. Adakalanya melurut dagu yang tidak berjanggut. Eh!

Boleh tahan juga tahap kesukaran ujian kali ni. Berpeluh nak habiskan. Tulah kau Hana. Masa lecturer mengajar kau berangan. Haaa rasakan! Mata aku melingas ke tepi. Wei dia tidur betul budak Sara ni! Kakinya di bawah meja aku sepak perlahan.

Sara terkejut dan bingkas bangun. Dia memandang aku di sebelah kirinya. Keningnya diangkat mempersoalkan tindakan aku tadi. Aku mengisyaratkan mata ke arah kertas di atas meja.

"Aku dah siap lah! Jangan kacau. Aku nak tidur!" Sara berbisik perlahan.

Mak aih! Betul-betul genius minah ni. Aku berpeluh nak jawab, dia boleh habis jawab siap tidur lagi? Sah! Memang mak dia tanam uri dia dengan laptop. Aku kembali menyambung menyiapkan ujian.

"Ok kelas. Time's up! Boleh hantar paper ke depan. Assignment masa cuti ni nanti saya pass pada Amar. Class dismissed!" Ujar Puan Fatimah.

Sara yang tidur terus terjaga mendengar suara nyaring Puan Fatimah. Gadis itu bangun dan menyerahkan kertas ujiannya dan berpatah balik ke tempat duduknya. Aku juga turut melakukan perkara yang sama.

"Weh, kau nak tidur kat kelas ni ke?" Soal aku melihat Sara kembali meletakkan kepalanya di meja.

"Kejap. Mengantuk weh,"

Seisi kelas sudahpun kosong. Hanya tinggal aku dan Sara sahaja.

"Kau ni tadi makan mee kari ke ubat tidur?"

"Aku pun confius ni. Eh, dah lah. Jom balik!" Ajak Sara.

Tahu pun! Ingatkan nak tidur kat kelas je tadi sampai petang.

...

"Hana," seseorang menegur ketika aku sedang melangkah ke arah motor.

"Oh, awak. Baru habis kelas ke?" Soalku.

"Ha'ah. Ni nak pergi lunch dulu. Lepas tu balik rumah. Hana nak join saya lunch?" Soal Adib.

Melihatkan dia bersama kawan-kawannya, aku menolak. Lagipun aku dan Sara dah rancang untuk masak tengahari ni.

"Tak apalah saya dah janji nak lunch dengan Sara. Lain kali je, ya," aku menolak lembut.

"Oh macam tu ke? Okay. Maybe next time. Jumpa lagi Hana," ujar Adib lalu meminta diri.

"Kau dengan Adib pulak macam mana Hana?" Soal Sara tiba-tiba.

"Macam mana apa? Kitorang kawan biasa je la. Macam aku dengan Faiz juga. Just kawan. Okay stop jadi kepochi ya, makcik. Enough pasal aku. Sekarang ni jom pergi pasaraya cari bahan nak masak. Kau kena tolong aku ya? Jangan nak mengelat!"

"Baiklah ibu tiri!" Jawab Sara. Meletus ketawa kami berdua sehinggakan mengundang pandangan pelajar lain.

 Meletus ketawa kami berdua sehinggakan mengundang pandangan pelajar lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now