BAB 5

15.5K 689 7
                                    

Pagi Rabu itu hujan turun renyai-renyai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi Rabu itu hujan turun renyai-renyai. Mujur aku sempat sampai ke kuliah. Kalau tidak mahu lencun aku. Harini aku memakai jaket makmal dipadankan dengan tudung bawal berwarna hitam dan jeans hitam.

Kelas di bengkel kejuruteraan awam hampir penuh saat aku melangkah kaki masuk ke dalamnya. Sara juga turut bersamaku. Kami bersama-sama menuju ke tempat duduk biasa. Pagi ni kelas bersama Cik Delaila, pensyarah bagi modul bahan binaan kejuruteraan. Antara modul kegemaranku.

Sepuluh minit sebelum ketibaan Cik Delaila, perutku meragam. Aku memberitahu Sara aku mahu ke tandas. Bimbang jika pensyarah masuk, aku tiada di dalam kelas. Nanti dikira lewat pula.

Usai urusan di tandas, aku bergerak kembali ke bengkel. Melewati suatu selekoh, aku terkejut bertemu dengan Faiz. Di sisinya seorang gadis sedang memeluk mesra lengannya. Dia sepertinya tidak menyedari kehadiranku. Aku berjalan laju tanpa memandang ke arahnya. Dari ekor mata, aku terperasankan wajah terkejut Faiz saat mula menyedari kehadiranku.

Kenapa riaknya begitu? Terkejut sebab aku nampak dia dengan kekasihnya? Ah, takda kena mengena dengan aku. Buat apa aku nak semakkan fikiran.

Tiba di kelas, Cik Delaila baru sahaja memulakan kuliahnya. Segera aku mengambil tempat. Beberapa minit kemudian, pintu kelas diketuk. Setelah diberi kebenaran masuk, terjengul wajah Faiz bersama sengihan buat Cik Delaila.

"Maaf, cik. Saya lambat sikit. Ada hal urgent tadi."

Huh, urgent lah sangat! Aku menjulingkan mata ke atas.

"It's okay. Saya baru je mulakan kelas. Duduklah," pelawa Cik Delaila.

"Baiklah, untuk pengetahuan semua, Faiz akan join kelas saya untuk semester ini. He's actually your senior. Sepatutnya last semester dia ambil modul ni tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa drop," terang Cik Delaila panjang lebar. Rata-rata pelajar hanya mengangguk tanda faham.

Pandangan mata kami bertaut seketika. Faiz menyusun langkah dan mengambil tempat di belakang aku yang sedia kosong. Aku menarik ke depan sedikit kerusiku.

Aduh, kenapalah aku satu kelas dengan dia ni pula?

Faiz berdehem. Aku buat tak peduli. Dia mengulanginya sehinggalah aku menoleh ke belakang.

"Sakit tekak ke apa? Tolong jangan bising boleh? Saya nak fokus," marahku sambil mengetap bibir. Geram.

Dia hanya memandangku kosong. Buat muka tak bersalah. Aku kembali memandang ke depan. Cuba memberikan tumpuan sepenuhnya.

"Okay, semua. Saya akan bahagikan kamu pada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang pelajar. Senarai nama ahli setiap kumpulan saya dah siapkan. Boleh datang ke depan, semak nama masing-masing dan terus duduk dalam kumpulan yang dah ditetapkan ya. No more argument. Keputusan muktamad!" Tegas Cik Delaila.

Semua berpusu-pusu ke hadapan untuk melihat senarai ahli kumpulan masing-masing. Aku antara yang terakhir dapat melihat senarai tersebut.

Okay. Lisa, Razif, Hana dan... Faiz!

Biar betik! Cik Delaila bergurau kasar sangat ni.

"Harini kita akan buat kerja bata. Dalam modul dah ada senarai apa yang kamu semua perlukan. Jadi saya nak kamu semua agih-agihkan tugas sesama ahli. Jangan ada yang curi tulang ya. So now, lets get it started!" Bersungguh-sungguh Cik Delaila memberi arahan.

Bagaikan bersemangat, semua pelajar berkumpul dalam kumpulan masing-masing dan mula mengagihkan tugas.

"Saya rasa sebaiknya kita lantik Abang Faiz jadi ketua. Yalah, dia kan senior dari kita," cadang Lisa lalu dipersetujui si Razif.

Abang Faiz? Eeww... abanglah sangat! Bangla boleh.

"Okay, bang. Apa yang kita nak buat sekarang?" Tanya Razif.

Tanpa banyak soal Faiz segera mengagihkan tugasan pada ahli kumpulannya. Lisa dan Razif diminta mengambil peralatan yang diperlukan. Aku pula ditugaskan membantu Faiz menyediakan bata dan bancuhan simen.

Aku mula bergerak ke belakang bengkel untuk mengambil bata. Faiz mengekoriku dari belakang.

"Pilih yang elok sikit. Jangan main sauk je. Aku nak kerja ni siap dengan kemas," arah Faiz ketika aku sedang memilih bata yang diperlukan nanti.

Aku menghadiahkan jelingan tajam buatnya.

"Baiklah Abang Faiz," balasku sengaja mengejek.

Faiz kelihatan bengang dengan reaksiku. Baru sahaja dia ingin menghampiriku, aku berpaling. Tidak semena mena bata yang aku pegang terlepas dari genggaman dan jatuh menimpa kaki.

Aku menjerit kesakitan. Walaupun memakai kasut tetapi tetap terasa peritnya. Faiz panik. Dia terus berlutut dan memegang kakiku.

Perlahan-lahan dia membuka kasut dan stokin untuk memeriksa keadaan kakiku. Kelihatan merah dan sedikit bengkak. Spontan tangan aku memegang bahunya untuk menstabilkan diri.

"Kau okay tak? Bengkak ni."

"Aduh, jangan sentuh. Sakitlah!" Hampir-hampir aku menjerit kepadanya.

"Tulah lain kali buat kerja tu hati-hati. Dah jadi macam ni, apa aku nak jawab kat lecturer nanti?" Bebelnya.

"Eh, salahkan saya pulak? Siapa suruh awak datang dekat sangat? Kalau awak duduk jauh sikit tadi mesti tak jadi macam ni tau. Sudahlah, ketepi. Saya nak lalu," bidasku, sebal.

Dia yang muncul tiba-tiba, aku pulak yang disalahkan? Huh, buat sakit hati je dengan dia ni!

Aku menyarung kembali kasut dan stokinku lalu menolak tubuhnya ke tepi. Terhincut-hincut aku berjalan menuju ke dalam bengkel.

Sudahnya aku hanya mampu duduk di kerusi memerhatikan ahli kumpulanku yang lain menyiapkan kerja- kerja bata. Melepas peluang nak buat kerja amali hari ini.

Malang betullah jumpa mamat ni! Sebal rasa dalam hati.

Malang betullah jumpa mamat ni! Sebal rasa dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now