BAB 58

9.5K 390 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ahad pagi, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa. Selesai bersarapan, Faiz membantu aku memasukkan bagasi ke dalam bonet keretanya.

"Ibu, abah..Hana balik dulu ya. Nanti cuti semester Hana balik. Terima kasih sebab selalu ada untuk Hana. Hana sayang ibu dan abah sangat-sangat," ujarku sebelum tunduk mencium tangan kedua orang tuaku. Ibu menarik aku dalam pelukannya.

"Hana, jaga diri baik-baik ye sayang..," pesan ibu berkali-kali. Aku mengangguk. "In shaa Allah, bu.."

"Faiz, hati-hati drive. Apa-apa jangan lupa maklum pada kami," abah pula berpesan sambil memandang Faiz.

"In shaa Allah pakcik, makcik. Terima kasih sudi terima kedatangan saya. Kami minta diri dulu ye?" Ujar Faiz berpamitan.

Aku melambai tangan ke arah ibu dan abah sebelum kereta Faiz bergerak meninggalkan perkarangan rumah. 

"Pakai seatbelt tu, sayang..," ujar Faiz mengingatkan. Aku tersengih menyedari kealpaanku.

"Sorry and thank you..". Faiz sekadar tersenyum sebelum kembali fokus ke jalan raya.

Perjalanan daripada kampung aku ke rumah sewa memakan masa lebih kurang 4 jam. Aku yang agak keletihan dan mengantuk tidak sedar bila aku terlelap. Sedar sedar sahaja Faiz mengejutkan aku untuk turun makan tengahari seterusnya menunaikan solat jamak.

"Kita pergi makan dulu, okay? Lepas tu baru pergi solat," cadang Faiz memandangkan belum masuk lagi waktu zohor.

"Okay.."

Kami berdua berjalan beriringan menuju ke food court yang terletak di hentian rehat itu. Usai makan, masing-masing membawa haluan ke surau untuk solat. Orang agak ramai di hentian tersebut. Surau juga agak penuh. Mujur aku membawa telekung dan sejadah sendiri jadi tidak perlu menunggu giliran untuk menggunakan telekung wakaf di situ.

Selesai memberi salam, aku berdoa sebelum bangun melipat telekung dan sejadah. Tudung yang tadi aku sangkutkan di ampaian, disarung kembali ke kepala. Aku menyarung selipar dan keluar dari kawasan surau, mencari kelibat Faiz. Sedang aku mencari, seseorang menghulurkan sebungkus buah dari arah belakang. Aku memalingkan badan ke belakang.

"Terkejut saya, awak ni.."

"Lah, ingat kau dah nampak aku tadi. Sorry. Takda niat nak terkejutkan kau."

"It's okay. Awak pergi mana tadi?"

"Beli jambu ni. Nah, untuk kau." Faiz kembali menghulurkan bungkusan yang tidak bersambut tadi. Perlahan-lahan aku mengambilnya. 

"Thanks." Lidi dicucuk ke dalam buah, lalu aku suapkan ketulan kecik jambu itu ke dalam mulut.

"Jom," ajak Faiz. Aku mengekori langkahnya menuju ke kereta. Kami menyambung perjalanan kembali. Kali ini aku tidak tidur. Kantukku tadi hilang selepas mengambil wudhuk dan solat.

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now