Bab 14

2.2K 126 3
                                    

Hyeran menutup pintu biliknya dengan perlahan. Tanpa menyedari, satu keluhan kedengaran, dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia yakin yang dia sudah melakukan apa yang dimahukan Appanya tetapi, kenapa dia berasa seperti menyesal? Menyesal kerana harus bekerja di bawah naungan smALL, agensi yang paling dibencikannya itu? Tidak. Dia tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan membuat keputusan mengikut kehendak hatinya sendiri.

Dia kini cuba mengingati peristiwa yang telah berlaku hari ini. Banyak perkara yang telah berlaku pada hari ini hingga membuatkan dia berasa amat letih. Dia ingin berehat selepas membersihkan badan tetapi seluruh badannya terasa penat dan lenguh. Dia tidak yakin dia dapat berdiri dan berjalan ke bilik mandi.

Dan… satu persatu perkara terbayang di fikirannya.

Dia hanya berdiri kaku di situ sehingga membuatkan semua mata disitu tertarik melihatnya. Dia tidak bergerak beberapa ketika dan dahinya berkerut sedang sibuk memikirkan sesuatu di mindanya. Dia tahu yang dia perlu segera masuk ke dalam ruang ujibakat itu tetapi dia hanya berdiri di situ, tidak bergerak seolah-olah masa telah terhenti. Dia juga tahu yang ramai orang telah menunggunya dan ramai juga yang pelik melihatnya tetapi… dia tetap kaku berdiri di atas kakinya.

“Cik! Cik!”

Hyeran tersentak melihat seorang perempuan lingkungan 30-an memandangnya dengan riak muka yang pelik bercampur risau.

“Ya?” Suara Hyeran kedengaran serak apabila dia cuba membuka mulutnya dan melemparkan suaranya namun, tiba-tiba suaranya menjadi keras.

“Cik, silakan masuk.” Ujar perempuan itu dengan sopan kepadanya. “Juri semua sudah menunggu.”

“J-Joisonghaeyo…” Ucap Hyeran separuh berbisik. “Tetapi, saya tak nak meneruskan ujibakat ni.”

Dengan perlahan dan penuh hormat, Hyeran menundukkan kepalanya terhadap perempuan itu. “Joisonghaeyo.” Katanya lagi sebelum menoleh pergi meninggalkan tempat itu.

Apabila dia menoleh, dia dapat menangkap renungan mata seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi di ruang menunggu. Oh ya.. Dia masih lagi belum mengetahui nama perempuan itu tetapi, dia rasa dia perlu balik sekarang untuk berjumpa dengan appanya. Ada sesuatu di dalam begnya yang perlu ditunjukkan kepada appanya yang mungkin boleh membuatkan appanya berasa gembira.

Hanya segaris senyuman dilemparkan kepada perempuan itu sebelum dia meninggalkan bangunan PJY Entertainment lalu menuju ke perhentian bas yang terletak beberapa meter jauhnya.

Setelah mendapat tempat duduk di sebelah tingkap di dalam bas, Hyeran membuka begnya. Dia Cuma ingin memastikan benda itu ada di dalam begnya. Kalau dia tunjukkan kepada appanya, pasti appa tidak percaya. Dia juga… tidak percaya. Siapa sangka, bukan?

Hyeran kini membaringkan badannya di atas katil. Satu lagi keluhan dilepaskan apabila dengan tiba-tiba suara Kim Chiwon terngiang-ngiang di telinganya.

“Tunggu dulu, Cik Yoon Hyeran.” Suara garau itu lantas menghalang Hyeran dari keluar bilik itu. Hyeran memberhentikan langkahnya sebelum memusingkan badannya menghadap Kim Chiwon.

“Saya betul-betul tiada masa.” Hyeran mengeluh. “Sebenarnya, saya harus ke ujibakat PJY Entertainment.” Beritahunya.

“PJY?” Ketawa Kim Chiwon meletus walaupun Hyeran berfikir yang ini bukanlah masa yang sesuai untuk Kim Chiwon menggelakkannya.

“Saya harap Tuan dapat benarkan saya pergi.” Hyeran menunduk hormat buat sekali lagi.

Kim Chiwon hanya ketawa mengejeknya. “Awak ingat PJY Entertainment akan ambil awak? Awak fikir awak akan lukus ujibakat mereka?” Soal Kim Chiwon bertalu-talu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now