Bab 097

603 47 1
                                    

Nasi goreng kimchi, beberapa lauk sampingan tersimpan di peti ais yang hanya perlu dipanaskan oleh Hyeran, buah-buahan sebagai pencuci mulut maka, siaplah sarapan pagi mereka buat hari itu meskipun sedikit lewat. Tidak lupa juga sejag air masak walaupun Chanyeol merengek mahukan air kola dari peti ais. Hyeran hanya mengendahkan kemahuan Chanyeol. Memanglah, siapa yang minum air berkarbonat pagi-pagi buta?

"Nak tambah nasi lagi?" Hyeran yang menyedari pinggan Chanyeol hampir licin terus bertanya namun Chanyeol yang menggelengkan kepalanya sangat membuatkan dia kecewa.

"Maaf, Hyeran. Suho Hyung kata yang saya tak boleh terlepas dari rehearsal. Jadi, saya tak boleh kalau tak datang. Tengoklah, tanpa saya mereka tak boleh buat apa-apa, kan?" Seloroh Chanyeol sambil tertawa kecil. Akan tetapi, tawanya terus hilang sebaik melihat wajah masam Hyeran. "Maafkan saya. Maafkanlah saya, ya? Saya betul-betul minta maaf." Mohon Chanyeol berulang kali namun ia langsung tak mengubah perasaan Hyeran ketika itu.

Tiba-tiba Hyeran berasa dia tiada selera untuk makan. Sudu di genggamannya terus diletak di atas pinggan yang masih berisi sisa nasi goreng kimchinya. Dia terus memeluk tubuh sambil menjeling Chanyeol.

"Saya ingat awak cuti hari ini." Keluh Hyeran. Dia bukannya mahu merajuk atau terlalu sensitif tetapi dia sudah berharap yang Chanyeol akan meluangkan masa bersamanya kali ini.

"Memang pun saya nak cuti tetapi Suho Hyung cakap tak boleh. Saya masuk lewat sedikit hari ini. Lain kali ya, Hyeran? Saya janji." Janji Chanyeol.

Bagaikan laser yang memancar, Chanyeol merasakan yang renungan tajam Hyeran itu hampir-hampir sahaja membutakan matanya. "Habis tu, siapa nak habiskan nasi ini? Saya masak banyak. Awak makan setengah pinggan je." Dengan tidak berpuas hati, jari telunjuk Hyeran menunjukkan sebuah mangkuk porselin di atas meja yang masih berwap dan berisi nasi goreng masakannya yang hampir penuh.

Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memanglah dia mahu menghabiskan makanan masakan Hyeran itu namun dia paling tidak suka leteran Suho di dalam dunia ini. Bingit! Nak pekak telinganya. "Kalau macam tu..." Kata-kata Chanyeol terhenti di pertengahan ayat, sedang mencari idea. "Kalau macam tu, awak masukkan ke dalam bekas. Saya boleh bawa bekal pergi ke kerja, kan? Macam suami orang lain. Saya pun boleh tunjuk dekat kawan-kawan saya yang isteri saya pandai masak, masakannya sangat sedap." Ujar Chanyeol, berharap Hyeran berpuas hati dengannya.

"Ah, kata-kata manis! Saya rasa awak nak pergi sebab nasi goreng saya buat ni tak sedap." Hyeran meneka.

"Mana ada." Nafi Chanyeol, yang mula risau Hyeran tidak mahu memasakkan makanan buatnya selepas ini. "Ya, Hyeran? Bungkuskan ya?"

"Apa-apalah. Saya pun tak nak buang. Membazir nanti." Ujar Hyeran pada akhirnya. Terpaksa mengalah juga. Takkanlah dia nak habiskan semuanya. Silap-silap boleh mati kekenyangan dia nanti.

Hyeran bingkas bangun dari tempat duduknya. Ke hulu ke hilir dia dibuatnya membuka satu-persatu laci dan ruang kabinet dapur itu untuk mencari bekas. Mujurlah dia dapat menjumpainya tidak lama selepas itu. Chanyeol juga tidak membantu dia mencari. Mahu dipiat sahaja telinga Chanyeol itu biar bertambah capang.

Sedang Hyeran menyendukkan nasi ke dalam Tupperware, riak wajahnya tiba-tiba berubah. Dia diganggu oleh sesuatu. Suatu fikiran yang menambah kekecewaan di hatinya. "Tapi Chanyeol, saya nak buat apa di rumah ini seorang diri?" Hyeran bertanya tatkala dia menutup bekas tersebut dengan rapat dan kemas.

Chanyeol mendekati Hyeran lalu memeluknya dari belakang. "Awak nak pergi ke Vivapolo, tak? Awak boleh temankan umma di sana." Dia menyoal sambil merehatkan dagunya di atas kepala Hyeran.

"Bagus juga idea tu! Daripada saya duduk tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya tolong eomeonim kerja. Saya tak bolehlah bermalas-malasan kan? Lagipula tempat tu..." Hyeran menggigit bibirnya. Dia sudah terlepas cakap jadi dia rasa tidak perlu untuk meneruskan kata-katanya itu lagi.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now